Monday, April 11, 2011

Undi Tak Percaya

Percayalah kat saya
Rayu PM One Malaysia
Taib akan undur segera
Nampak risau benar ya
Fixed deposit dalam bahaya
Macam nak jadi tsunami kedua
PM dan TPM tinggalkan kerja
Tumpu masa kat pilihanraya
Tunggu kemunculan Bik Mama
Demi membantu suami tercinta
Mungkin naik heli lagi agaknya
Satu dah jatuh jadi jaga-jaga
Mungkin itu juga Satu petanda

Mohon SPR semak kira-kira
Pastikan wang rakyat tidak diguna
Bukan harta mak bapak dia yang punya
Ceramah BN ramai rebut hadiah percuma
Ceramah Pakatan ramai bagi duit derma
Orang datang nak tengok Nana
Kesian kena fitnah satu keluarga
Video dah kantoi kini isu jam Omega
Ceramah BN dapat kemeja T 1Malaysia
Burger dan air botol sebagai gula-gula
Ceramah Pakatan ramai yang meniaga
Bihun sup jagung bakar dan laksa
Orang ramai sanggup berdiri lama
Nampak tak apa yang berbeza

Sarawak negeri yang kaya
Tapi hartanya dirampas buaya
Buaya dua kaki Guang Eng kata
Buaya dua kaki ini banyak bahaya
Ngap sayot kalau tak apa
Tapi ini ngap tanah dan harta
Nanti bila free kitak tengok peta
Harta dia bernilai ribuan juta
30 tahun jadi Cahaya Mata
Dia antara yang terkaya didunia
Rakyat hidup papa kedana
Tapi Pehin kata dia tak kaya
Satu Malaysia tak sapa percaya
Oleh itu kasi dia undi tak percaya

Keris Silau
11 April 2011

3 comments:

Anonymous said...

Tuan Keris Silau,

Saya nak pebetui sikit. Pehin ni memang 'kaya' kalau kita ikut perkiraan manusia lah.

Yang sebenaq-benaqnya, tak dak sapa pun yang kaya. Yang Maha KAYA hanyalah ALLAH Taala, stop.

Kalau takat nak 'syok sendiri' sikit-sikittu bolehlah.

Orang Lama Kelawai.

Insan Marhaen said...

wait n see..

Keris Silau said...

Salam OLK,

Memang benar kekayaan Allah menjangkaui aqal manusia. Allah pemilik alam semesta Dan cakerawala yg mempunyai beratus-ratus ribu bintang dan salah satu bintang yg halus disisi Allah itu ialah bumi yg diduduki oleh manusia, maka manusia seolah2 seperti debu yg amat halus disisi Allah. Jika pehin hidup dan kumpul harta selama1000 tahun pun, dia pasti tidak dapat menandingi kekayaan Allah.