Thursday, July 03, 2008

Calun-Calun Perdana Menteri Malaysia

Hang Lah disahkan memang kurang upaya
Na Jeep pula tersangkut kat Altantuya
Tun M pula dah tua dan kurang bermaya
Ku Li pula kurang dikenali orang muda
Mohyi Din dan Hang Lah otak sama
Layak cuma pimpin negara kelas ketiga
Jadi siapakah yang layak memimpin negara

Mari kita lihat calun-calun yang ada
Anwar Ibrahim dilihat calun pertama
Ada visi, berpengalaman dan berkarisma
Walaupun dikatakan agen Amerika
Itu cuma persepsi dan sengaja direka-reka
Ada beberapa kerat yang memang percaya
Anwar suka meliwat budak-budak muda
Itu kita serah kepada Anwar dan Allah taala
Bukan mudah tuduh orang liwat dan zina
Ini bukan main-main punya benda
Itu antara dosa besar balasannya neraka

Shahril Samad aku letak calun kedua
Bukan pasai dia ni budak kolek MCOBA
Tapi dia nampak sensible dan terbuka
Cuma baru-baru ni dia banyak ampu bos dia
Kalau nak ambik orang Johor inilah orangnya
Tapi orang Umno tak berapa suka
Kalau macam tu masuk parti doktor mata

Calun ketiga ialah saudara Husam Musa
Kuat bekerja, berilmu dan berwibawa
Ada didikan Tok guru dan didikan agama
Misai dan janggut kontot hensem juga
Sebelum jadi PM elok jadi orang nombor dua
Banyak lagi pengalaman harus ditimba

Ramai lagi yang layak di luar sana
Tapi calun-calun di atas dapat undi dari saya
Oleh itu saya menadah tangan berdoa
Supaya Malaysia dipimpin orang bijaksana
Mereka yang ikhlas, jujur, dan berwibawa
Bukan bila naik tiba-tiba besar kepala
Bila naik anak-cucu dan kroni jadi kaya
Bila naik menantu pun tunjuk kuasa
Bila naik rakyat marhain terus dilupa
Bila naik cakap pun tinggi suara
Contohilah kepimpinan nabi yang mulia
Jangan cuma sebut Umar Aziz sebagai idola
Sebaliknya buktikan dengan perbuatan bukan kata-kata
Semoga Malaysia menjadi negara Kelas Pertama!

Keris Silau
3 Julai 2008

7 comments:

Anonymous said...

Keris Silau,
Kalau hang jadi PM lagi baguih, berpuisilah rakyat siang malam dan tengahari. Lupa pasai fuel subsidy, korupsi, judi dan sodomi.

TAMINGSARI

Anonymous said...

Syabas Hang pilihan mu tepat sekali!

Anonymous said...

Satu pilhan yang buruk, terutamanya Anwar Ibrahim. Saya cadangkan kita lantik Ustaz Asri

Keris Silau said...

Ustaz Asri tak nak masuk politik, tapi dia masuk IJN Jumaat lepas.

Anonymous said...

Sisiapakah yang "BUKAN DARI UNMO" boleh jadi PM.

UNMO= MASALAH!!!

Anonymous said...

Sepatutnya Dato Husam Musa jadi Perdana Menteri



Org cina

Azrul Zamir said...

Berpuisi, bercakap, memfitnah, mengumpat perkara yang membawa dosa sememangnya disukai manusia. Disenangi nafsu dan syaitan. Dunia adalah Darul Taklifiah. Kematian menanti kita dengan bekal dosa dan pahala. Tak takutkah?