Thursday, July 24, 2008

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum Ustaz Ustazah
Saya ucapkan selamat bermuzakarah
Tok Guru Nik Aziz kata bermuqabalah
Mufti Perlis kata bersumpah bermubahalah
Anwar failkan "qazaf" di mahkamah syariah
Walau sehebat mana fitnah kita terus istiqamah
Ayat-ayat diatas ihsan dari lughatul Arabiah

Kalau nak belajar bahasa Arab begitu mudah
Kalau penyatuan Melayu maknanya assabiyah
Kalau penyatuan Islam maknanya wahdatul ummah
Kalau berpolitik cara PAS itu maknanya siasah
Kalau berpolitik cara Islam itu maknanya fiqh-siasah
Berjamaah ikut Islam itu kehendak syariah
Berjamaah ikut Melayu itu kehendak Pak Lah
Kerajaan bersih ikut Islam bermaksud bebas dari rasuah
Kerajaan bersih ikut Melayu bermaksud sapu dan perah

Kalau jumpa Pak Lah itu tujuannya bermuzakarah
Walaupun tujuan asal ialah untuk sama-sama perintah
Jadi ada empat iaitu Selangor Perak Kelantan Kedah
Dalam erti kata lain maksudnya ialah berpaling tadah
Perjanjian dengan PKR dan DAP itu cuma satu helah
Ustaz Nasha bercita-cita nak ganti Pak Lah
Hassan Ali nak jadi MB Selangor negeri paling mewah
Enta ada can naik Exco wahai Abu Urwah

Ahli-ahli PAS dibawah siap bersumpah
UMNO adalah parti toghut engkar arahan Allah
Kafirkan sesetengah orang yang engkar Kitabullah
Ada yang tidak tegur-menegur bertegang lidah
Hangpa semua pakai songkok kami pakai kopiah
Hangpa pakai baju Melayu kami semua berjubah
Hangpa simpan misai kami ada janggut ikut sunnah
Hangpa songlap rasuah kami bersih dan amanah
Allah berfirman 'berpeganglah kepada tali Allah'
Kemudian baru bersatu dan jangan berpecah-belah
Sebelum muzakarah kononnya untuk kesatuan ummah
Eloklah tanya pendapat kami yang duduk di bawah!!

Keris Silau
21 Rejab 1429H

3 comments:

Anonymous said...

Siapa bersatu, orang atas keorang bawah.
Orang atas bersatu semuanya jadi mewah
Orang bawah masih tetap hidup bersepah
Kalau nak bersatu mesti bermula dari bawah
Diperinkat cawangan hendaklah mula bermuzakarah

TAKYAH

Kerajaan Rakyat said...

Hari Penamaan Calon 04.09.08

Datuk Seri Abdullah Badawi yang terkenal dengan berbagai kejutan sekali lagi memecahkan rekod terkejutnya dengan mengadakan dua pilihanraya umum dalam tahun yang sama setelah dia berjaya menyakinkan jemaah menterinya.

Hari ini 25hb July 2008. Pada 01.09.08 Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum.

Tarikh 04.09.08 adalah hari penamaan calon dan pada 13.09.2008 adalah hari pembuangan undi.

Pilihanraya umum ini terpaksa diadakan oleh Barisan Nasional demi menyelamatkan pengkhianat, pencuri, perompak dan kaki bodek yang berada dalam umno daripada kehilangan kuasa.

Kebimbangan kehilangan kuasa ini membuak-buak apabila Bahagian Risikan Politik UMNO mengesahkan bahawa plan induk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 telah dirancang rapi dan akan benar-benar berlaku.

http://www.kerajaanrakyat.com/

Azrul Zamir said...

Beginilah sikap Melayu Islam akhir zaman yang merobek dan merosakkan diri sendiri. Meruntuhkan kediaman yang ada, hendak diganti dengan pondok usang. Anak isteri peduli apa. Semuanya berpunca dari penyakit hati lalu enggan bersyukur.