Wednesday, July 02, 2008

Aku Masih Mencari Damai Abadi

Aku baru sahaja nak bercuti
Nak main dengan cucu anak Nori
Tiba-tiba keluar cerita Yong Tek Lee
Dia nak buat usul tak percaya melalui 2 MP
Betul-betul karutlah parti SAPP
Tak pernah dibuat ke atas Perdana Menteri
Rasa-rasa aku lah PM yang pertama kali
Aku rasa bangga juga boleh masuk history

Aku baru nak terlelap di siang hari
Keluar cerita Anwar balaih juboq Saiful Bukari
Balaih juboq tu bahasa utara maksudnya sodomy
Tak dak cerita lain ka puak-puak konspirasi
Ni semua mesti cerita Musang dan Gani
Lepas tu Anwar lari pi Kedutaan Turki
Katanya ada hired killer dari luar negeri
Dan dia tak percaya polis kita terutama Siput Babi
Jenuh aku nak jawab bukan kerja aku dan Khairi
Sebab semua tengok macam aku yang buat konspirasi
Otak aku tak leh memikir benda tinggi-tinggi
Kau orang lihatlah macam mana aku urus ekonomi
Semua aku serah kat Nor Yakob dan Zeti

Aku ingat bolehlah rilek dua tiga hari ni
Tapi bulan Disember aku akan dicabar Ku Li
Ku Li dah mula buat kerja melobi
Aku kena fokus dan buat lawatan semua negeri
Malu lah aku kalau Presiden kalah pertama kali
Tak boleh sebab Kamal kata hancurlah Skomi
ECM Libra tak boleh tukar jadi ECM Gemini
Khairi pula dok teringin nak jadi Menteri
Jean pun belum puas jalan luar negeri
Jadi aku kena pertahan Presiden punya kerusi

Oh ya sebab aku sibuk pilihanraya Umno nanti
I put up auto-pilot mode for managing the country
Nanti bila dia nak crash aku terjun for safety
Rumah di Perth dah lama tak ada penghuni
Aku landing kat Perth dapat PR Aussie
John Howard dah lama bagi garenti
Maka di sana aku mencari Damai Abadi

Hang Lah, Putrajaya 2 Julai 2008

Keris Silau
2 July 2008

4 comments:

Anonymous said...

hang lah, kalau hang nak terjun kapaih, make sure itu payung terjun no.. jangan tersilap ambik cucu hang punya beg sekolah tadika!

doc transz said...

kami link anda di blog kami
http://alternate-enter.blogspot.com/

;)

Anonymous said...

Hang Lah,
Hang kata ada Had ada Hari, tapi depa berkelahi tak dak had hang dok biark pi. Macam ni mampuihlah kami!

JEANE

Anonymous said...

SESIAPA yang selalu mau bermimpi,
PM bukan kerja yang patut punyai,
PM yang dinama sleeping beauty,
Adakah kamu mampu bertidur lagi?