Thursday, March 27, 2008

Umno Dalam Gerhana

Idris dan Rosol derhaka
Kata natang dekat raja
Siapa natang sebenarnya
Mu lah natang ba alif ba ya
Maaf patek punya bahasa
Tapi patek geram kat depa
Hina raja yang beragama
Rosol macam nama nabi kita
Tapi buruk perangai macam ba alif ba ya

Lihatlah bagaimana harta
Dan kedudukan kuasa
Telah menjadikan manusia
Sanggup kata apa-apa saja
Satu perbuatan yang hina
Kepada Sultan yang mulia
Tak pernah dilalui oleh baginda
Mereka yang mengeluar kata nista
Ini pula natang betul betul hina
Maka Sultan Mizan begitu murka

Idris dan Rosol ada yang membela
Dia tu yang duduk Putrajaya
Duduk rumah free Sri Perdana
Sapa lagi kalau bukan Bapa Mertua
Sayang sangat kat Derih tu sebab apa
Patek pasti mesti banyak rahsia
Antara menantu dan anak angkat Cina
Banyak projek akan tergendala
Dan terlepas wang ehsan berjuta-juta

UMNO dalam gerhana
Sepatutnya membela istana
Mempertahan institusi raja
Tapi lihatlah sedara-sedara
Apa yang dia orang buat kat raja
Habis dia orang bising tak undi mereka
Siapa yang nak undi penderhaka
Kalau lagi sekali ada pilihanraya
Aku pastikan aku undi deme semua
Aku akan UNDI TAK PERCAYA!!!

Padan muka deme!!

Keris Silau
27 March 2008

7 comments:

Anonymous said...

huhu...tabik spring utk yg ini!menyampah yg amat psl MB diterengganu ni...

Apa2,check out...salute to keris-silau at my blog!Special utk Bro/Sis, keris silau! Ntah laki ntah perempuan...huhuhu! Rasanya keris tu merujuk pada laki2...huhu!

Keep it up bro/sis...

Keris Silau said...

Brother Aboo,

I am a MAN!

Thank you.

Anonymous said...

Cuma ba alif ba ya tu aje yg jelik sikit in this gurindam. Masyarakat Melayu/Islam memang pandang rendah pada ba alif ba ya. Otherwise, as usual, love your karya.

Keris Silau said...

Terima kasih di atas teguran. Memang betul perkaaan tu kasar dan keras sikit tapi kadangkala saya berpendapat perlu perkataan sedemikian untuk memberi kesedaran kepada mereka yang masih belum beringat. Sebab tu saya kata maaf selepas menyebut ba alif ba ya.

Anyway, thank you for your support.

abu muhammad said...

beyond believe bila baca perangai orang UMNO ni, betul ka depa ni agama islam? ka agama umno? I think my question is harsher than saying ba alif ba ya to someone.

Anonymous said...

saudara keris.......
saya nak mengucapkan terima kasih yg teramat kerana pendedahan dari saudara buat saya dan keluarga 'celik politik'.kalau boleh saya nak minta saudara mengemaskini blong sekerap yg mungkin sebab ianya penting untuk tatapan kamai semua.
salam dari pg

Keris Silau said...

Miss Bukit Bendera,

Terima kasih kerana blog saya dapat memberi kesedaran politik kepada keluarga saudari.

Saya selalu ke Bukit Bendera, dan suka makan Laksa gerai hujung.