Tahniah kepada rakyat
Suara rakyat suara keramat
Mesej rakyat jelas dan kuat
Kepada pemimpin yang khianat
Walaupun SPR penuh muslihat
Saat akhir menolak guna dakwat
Walaupun BN main mengelat
Mengunakan media sebagai alat
Walaupun bajet BN jauh lebih hebat
Mendapat dana dari tokoh korporat
Namun suara rakyat lebih kuat
Menolak parti yang sudah karat
Lalu Pak Lah gementar pucat
Tiba-tiba rasa tak berapa sihat
Hatinya hancur macam disiat-siat
Luka dan guris tidak terubat
Muka pun dah tak boleh angkat
Apa yang kita boleh banggakan
Cina dan India boleh undi bulan
DAP pun Melayu beri sokongan
Demi untuk tumbangkan Barisan
Sebenarnya inilah sebuah impian
Impian melihat semua bersepakatan
Tidak kira Melayu Cina India Kadazan
Kini impian sudah menjadi kenyataan
Kedah, Penang, Perak, Selangor Kelantan
Hampir jatuh Trengganu dan Negri Sembilan
Pak Lah hampir jatuh pengsan
Unsangkarable buat juak-juak Barisan
Sebenarnya inilah balasan dari Tuhan
Takbur bangga diri dan kesombongan
Pembohongan serta penyelewengan
Bermula Reformasi pada tahun 1998
Selepas 10 tahun doa kami dimakbulkan!
Keris Silau
11 March 2008
Tuesday, March 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment