Pak Lah macam ular dua kepala
Di Perlis dia tak kata apa-apa
Itu kehendak dan pilihan Raja
Walaupun Isa bukan pilihan dia
Lalu Shahidan undur terpaksa
Di Ganu lain pulak halnya
Dia tidak peduli pilihan istana
Nak pecat Mat Said pilihan raja
Idris Jusoh ialah pilihan saya
Shahidan Kassim pun pilihan saya
Tapi Perlis negeri kecil saja
Tapi Teganu negeri yang kaya
Wang ehsan Petronas ratusan juta
Projek kroni Pak Lah akan tergendala
Penang dah kansel projek tapak lumbakuda
Ini satu lagi projek Khairi punya
Jatuh saham Equine dan ECM Libra
Patrick Lim sudah jadi gubra
Mana Pak Lah nak letak muka
Sebab tu dia berani lawan raja
Dia tak peduli apa orang nak kata
Dia mai dari negeri tak ada raja
Cuma ada Mee Sultan dan Ulam Raja
Pak Lah tidak takut digelar derhaka
Sebab tu rakyat Teganu marah belaka
Negeri kaya rakyat papa kedana
Monsun Cup rakyat tak dapat apa
Pak Lah sudah sampai masa
Eloklah digesa berundur segera
Rakyat marah dan Raja murka
Apa punya haprak PM kita
Macam ular dua kepala!
Keris Silau
25 March 2008
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
setiap hari saya ternanti2 ulasan dari tuan.......teruskan tuan menegur puak2 yg kurang harga atau mungkin dah tak ada harga diri tu...
Usahlah dipanjangkan ketidakpuasan hati, tiadalah kemana mengikut rasa marah di hati. Islam tidak pernah menganjurkan sesama umatnya mengutuk sesama sendiri. Perkara politik bukanlah perkara besar bagi hidup, ada yang lebih utama yakni Islam. Sebaik umat adalah yang sentiasa sedia memaafkan saudaranya bukan setiap hari hidup dengan memburukkan peribadi sesiapa. Allah Maha Kaya lagi Maha Melihat, biarlah urusan dunia dan akhirat ditentukan-Nya, pohonlah petunjuk dari-Nya bukan mengharap petunjuk dari manusia yang sentiasa berbuat kesalahan. Ingatlah, jika tidak kerana Pak Lah yang membebaskan Anwar Ibrahim, bolehkah semua ini terjadi? Jangan dilupa, Pak Lah dan Anwar adalah rakan seangkatan dalam ABIM suatu ketika dulu, persaudaraan mereka tetap wujud biarpun hanya kita yang mempromosi seolah mereka bermusuhan. Bersyukurlah dengan perubahan yang sudah diperlihatkan, jangan lupa ianya adalah kehendak Allah bukan kehendak anda seorang! Bersabarlah dalam hidup, bukan perkara keduniaan itu yang harus dipertikaikan, seimbangkanlah dengan perkara akhirat. Saya orang Pulau Pinang, saya kenal Anwar dan Pak Lah namun saya kecewa dengan pandangan anda yang terlalu melulu dan melihat hanya pada keburukan. Walhal tanpa keburukan, manakan boleh wujudnya kebaikan? Kebaikan tidak akan boleh dizahirkan melainkan harus ditempuhi keburukannya. Sepertimana kita yang sentiasa berdosa dan berbuat salah, manakan dapat pahalanya jika tidak memohon ampun dari Allah?
Terima kasih di atas teguran. Jazakallahukhairan khathira.
Post a Comment