Monday, March 10, 2008

10 Faktor Kekalahan BN dalam PRU12

(Analisa Ringkas oleh Keris Silau)

Faktor Pertama: Pak Lah

1) Rasuah - Pak Lah tidak kelihatan bersungguh memerangi rasuah dan sebaliknya lebih mengutamakan kroni seperti anaknya, menantunya dan mereka seperti Patrick Lim dan Kalimullah Hassan. Penganugerahan kontrak tanpa tender dan pengaruh Khairi dalam menentukan projek juga membuatkan orang sekeliling serta rakyat marah. Bukan sahaja mereka dari parti alternati yang marah malahan ramai dari UMNO sendiri yang merungut di belakang bos mereka tentang kelakuan menantu bos.

2) Badan Kehakiman - Pak Lah masih hendak menyambung kontrak Tan Sri Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara walaupun sudah heboh korup dan tidak disukai oleh rakyat. Ianya juga menjadi sejarah apabila DYMM Agung juga tidak mahu menandatangani perlantikan Ketua Hakim yang dipilih Pak Lah. Ini dilihat sebagai satu tamparan yang hebat kepada kepimpinan Pak Lah.

3) Ketua Polis Negara - melantik Tan Sri Musa Hassan dan menyambung kontraknya walaupun beliau adalah antara orang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar serta lapuran Malaysia Today mengenai penglibatan KPN dalam jenayah terancang.

4) Kepimpinan yang lemah digembar-gemburkan dengan kekerapan Pak Lah yang terlelap semasa mesyuarat dan majlis-majlis rasmi. Jarang mantan PM Tun M dilihat tidur semasa bermesyuarat walaupun umur lebih tua dari Pak Lah.

5) Khairy - punca besar kejatuhan BN ialah pengaruh Khairy dalam politik dan pentadbiran Pak Lah. Beliau bertindak seolah-olah beliaulah Timbalan PM dan Timbalan Presiden UMNO dan banyak mengeluarkan kenyataan berbau authoritif yang membuatkan ramai orang termasuk dari UMNO yang meluat dengan gelagat budak yang celupar mulutnya.

6) Cakap tak serupa bikin oleh Pak Lah sebagai pemimpin Islam Hadhari. Pemilihan isteri yang tidak bertudung membuatkan ramai merungut terutama kaum wanita Muslim yang tidak berpuashati kerana Pak Lah ialah cucu ulama dan dianggap sebagai pemimpin Islam Hadhari. Ini menggambarkan Pak Lah tidak berapa endah suruhan Islam yang menyuruh wanita menutup aurat. Gambar di mana Pak Lah memegang tubuh mongel Michele Yeoh yang tersebar luas dalam internet juga membuatkan orang membuat rumusan bahawa Pak Lah tidak mengendah suruhan Islam.

Faktor kedua: SPR
Kebongkakan Pengerusi SPR dalam banyak sidang-sidang akhbar yang juga bertindak seolah-olah seperti maksum dalam perihal pilihanraya membuatkan orang ramai merasa marah dan menyatakan kemarahan mereka melalui peti undi. Kemuncak kemarahan orang ramai terhadap SPR ialah apabila penggunaan dakwat dimansuhkan dengan alasan yang cukup kebudakan.

Faktor Ketiga: Internet
Penggunaan internet yang meluas dikalangan penduduk Malaysia terutama mereka yang terpelajar dan golongan muda membolehkan berita alternatif dan berita yang tidak disiarkan oleh media perdana dapat dibaca melalui medium ini dengan mudah sekali. Parti alternatif seperti PAS dan DAP menggunakan seluasnya internet dalam bentuk laman web, blog, video dan sebagainya. Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra mempunyai pengaruh paling besar dengan pendedahan yang cukup berani kebobrokan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin dan sekutu mereka. Blog-blog aliran alternatif tumbuh dengan banyak sekali dan di antara mereka ialah golongan yang pro-Mahathir. Video VK Linggam juga terbit melalui internet dan isu-isu di "spin" dari internet dan Pak Lah terpaksa mengikut arus menjawab isu-isu yang ditimbulkan dalam internet.

Faktor Keempat: Tun Mahathir
Apabila seorang negarawan seperti Tun M yang memerintah Malaysia selama 22 tahun dan disegani di seluruh dunia menasihati rakyat Malaysia supaya menolak pemimpin BN yang korup dan menyeleweng, ianya mempunyai pengaruh yang amat mendalam terhadap rakyat Malaysia terutama mereka yang masih meminati Tun M. Tun M berkata bahawa BN sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana rasuah dan politik wang di dalam parti UMNO sudah kronik.

Faktor Kelima: Hishamudin
Apabila Barisan Alternatif mengulang tayang gambar Hisham menjulung dan mencium keris dalam perhimpunan agung UMNO, ini jelas membuatkan ramai kaum Cina yang marah, dan insiden Abdul Aziz Kadir memberi amaran terhadap kaum Cina serta Khairy Jamaludin yang juga mengeluarkan amaran yang serupa. Kaum Cina dalam parti komponen juga marah tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa kerana UMNO ialah parti kelas satu dalam BN.

Faktor Keenam: Kenaikan harga barang dan kesan inflasi
Ini memberi kesan kepada pengundi kelas pertengahan yang dicengkam dengan kenaikan harga barang keperluan asas serta kenaikan harga minyak dan bahan bakar yang lain. Apabila minyak masak kurang di pasaran, orang ramai panik sekejap dan menyalahkan kerajaan yang gagal mengawal sedangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Yuran sekolah yang dihapuskan seperti hendak menipu rakyat kerana yuran-yuran lain lebih mahal dari yuran sekolah. Ramai ibubapa yang merungut.

Faktor Ketujuh: Kadar jenayah yang meningkat
Peristiwa pembunuhan ngeri adik Nurin serta kehilangan adik Sharlinie yang masih belum diketemui membuatkan orang ramai tidak berasa selamat dan risau keselamatan anak-anak mereka. Lapuran polis mengenai beberapa nama yang dikatakan ketua kongsi gelap yang mempunyai pertalian yang rapat dengan mereka yang berada di tampuk kekuasaan. Ini jelas menakutkan orang ramai dan mereka mula hilang kepercayaan terhadap institusi polis. Jumlah pekerja asing dan pendatang haram yang dibawa masuk dan memasuki negara tanpa banyak halangan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Faktor Kelapan: Manifesto Barisan Alternatif dan isu hak orang India
Manisfesto tersebut yang mudah digarap oleh orang ramai, yang praktikal tanpa mempunyai perkara-perkara yang menyentuh isu-isu asas seperti kenaikan harga minyak dan ajakan jom ubah yang disambut oleh kebanyakan rakyat. Kaum India juga merasakan inilah masanya untuk mereka tidak lagi menyokong MIC yang sudah jadi pengecut dan dan berada di zon selesa untuk membela nasib dan hak kaum India. Demonstrasi pejuang hak asasi orang India merupakan titik tolak pengalihan undi kaum India yang merupakan penyokong BN selama ini. BN dibawah Khir Toyo yang merobohkan kuil Hindu membuat kesilapan besar terutama sekali dengan hampirnya pilihanraya.

Faktor Kesembilan: Jemaah menteri dan ahli parlimen yang mempunyai skandal, korup, penyalahgunaan kuasa dan dibenci oleh rakyat:
Nama-nama seperti Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Khir Toyo, Adnan Yaakob, Annuar Musa, Zainuddin Maidin, Chua Soi Lek, Chan Kong Choy, Zakaria Mat Deros, Bung Raden, Badrudin Amirudin, Jasin, Azalina Othman, Azim, Muhammad Taib, Nor Mohamad Yakob, Aziz Shamsudin, Musa Aman, Taib Mahmud, Tengku Adnan, dan ramai lagi yang boleh disenaraikan. Mereka bukan setakat mengambil kesempatan mengumpul harta malahan menyengutukan amanah untuk membangunkan rakyat yang miskin. Dengan itu, kita dapat melihat jurang pendapatan antara kaya dan miskin bertambah luas. Si kaya terus bertambah kaya dan si miskin terus bertambah miskin.

Faktor Kesepuluh: Anwar Ibrahim
Akhirnya, Pak Lah yang begitu sombong menyatakan bahawa beliau sudah lupa siapa Anwar terpaksa akur akan kehebatan Anwar Ibrahim membangkitkan gelombang rakyat serta memperincikan beberapa perkara yang akan dilakukan oleh beliau jikalau BA diberi mandat untuk memerintah. Sambutan yang diberi oleh rakyat terhadap kehadiran Anwar di luar dugaan. Puluhan ribu di sana-sini datang mendengar Anwar berceramah, dan apabila Anwar menyebut tentang perlunya semua kaum bersatu kita boleh lihat semua yang hadir tidak kira Melayu, Cina dan India bergemuruh tepukan dan terasa remang bulu dada. Langkah Pak Lah tidak mahu Anwar bertanding ialah kesilapan besar kerana Anwar tidak perlu menumpu kawasan yang akan ditandinginya kerana dia tidak layak bertanding. Kesempatan ini diambil Anwar dengan menjelajahi seluruh negara dengan sambutan yang begitu menggalakkan. Boleh dikatakan ucapan Anwar semua dengan nada yang sama iaitu penurunan harga minyak, hilangnya daya saing Malaysia di rantau Asia, dan penyatuan kaum untuk membangunkan Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

can somebody tell Niz Aziz or Anwar Ibrahim to whisper to this Hadi Awang to speak with WISDOM or remain shut up ... he starting or beginning again to sound like a bad Muslim leader....

Anonymous said...

I will not concur on it. I over warm-hearted post. Expressly the title-deed attracted me to study the sound story.

Anonymous said...

Genial post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.