Islam tidak galakkan pembaziran
Islam juga tidak galakkan bermewah-mewahan
Cukup sekadar sederhana dalam sambutan
Tidak kira majlis pertunangan atau perkahwinan
Pertama dari segi barang hantaran
Kedua-dua pihak akan bertukar-tukaran
Untuk mencukupkan serba satu salinan
Itu yang boleh nampak kasut naik atas pinggan
Diangkat sekali bersama bunga dan buah-buahan
Dan dihiaskan bunga bertatah emas mushaf AlQuran
Sekali lagi AlQuran jadi bahan pameran
Tak siapa pun buka baca isi kandungan
Yang mengatakan pembaziran itu kawannya syaitan
Apabila tiba di masjid atau rumah pengantin perempuan
Jurucakap akan berpantun dan buat pengumuman
Jurucakap mengumumkan harga cincin berlian
Boleh cek di kedai kalau ragu akan ketulenan
Dan umumkan mahar sebanyak RM999,999
Dan sebuah kereta mewah Mercedes Kleeman
Yalah kita tahu banyak wang tunai dalam simpanan
Tak habis makan dua tiga keturunan
Kita mungkin ikhlas dalam pemberian
Sebagai sebuah tanda cinta kepada pengantin perempuan
Namun semua ini tidak mencerminkan ciri-ciri keIslaman
Apa salahnya dia berahsia dalam pemberian
Kenapa mahu ditonjolkan kekayaan
Jangan khawin kerana harta tok kadi memperingatkan
Kawinlah kerana berdasarkan Islam dan Iman
Itulah yang lebih baik dan berkekalan
Kerana harta tidak kekal dan mungkin kehabisan
Namun cinta sejati sentiasa kekal disisi Tuhan
Berapa ramai mereka yang gagal dalam perkahwinan
Masa kawin media-massa semua buat liputan
Wedding of the year lah katakan
Namun selang beberapa bulan berakhir dengan penceraian
Sudah berapa kali kita ingatkan
Bersederhanalah dan ikut apa yang agama anjurkan
Jangan sampai ikut adat yang bukan-bukan
Kadangkala apa yang dilakukan bertentangan
Bukan sahaja tidak diberkati malah timbul kemurkaan Tuhan
Seperti cara pengantin perempuan berpakaian
Walaupun sekali seumur hidup sebagai alasan
Namun aurat kena jaga dan jangan buat pendedahan
Walaupun baju merelip merelap bergemerlapan
Upah sahaja boleh bagi satu kampung makan
Namun yang penting mesti ikut apa yang Islam tetapkan
Tuan-tuan dan puan-puan
Ini semua sebagai satu nasihat dan panduan
Yang lepas-lepas tu jadilah pengajaran
Manusia ini tidak sunyi dari kesilapan
Namun setiap waktu kita mohon keampunan
Semoga Allah mengampunkan dan memaafkan.
Selamat EidulAdha @ Hari Raya Korban.
Keris Silau
21 Disember 2007
Friday, December 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Redup hati membaca nasihat ini. Terima kasih.
Post a Comment