Wahai rakyat Malaysia
Anda masih mampu senyum dan ketawa
Menikmati masa bersama keluarga
Menjamah juadah yang beraneka rupa
Hujung minggu beriadah di taman-taman bunga
Setiap tahun pulang ke kampong berhari-raya
Menonton drama yang menghiburkan jiwa
Namun luangkanlah sedikit masa
Untuk menjenguk mangsa kekejaman ISA
Yang tiada tempat merintih rasa
Kerana dituduh pengganas tanpa bicara
26 mangsa sudah hampir 6 tahun di Kemta
Satu tempoh ISA yang paling lama
Isteri di rumah memendam rasa
Anak-anak merindui belaian manja
Rindu amat sangat bapa yang tercinta
Ada yang tidak tertahan menanggung derita
Jiwa tertekan hidup dalam trauma
Memikirkan nasib bapa pulang entah bila
Hampir enam tahun dikurung dipenjara
Terkurung di blok batu dan pagar raksasa
Seolah-olah Kem Xray Guatanamo di Cuba
Kalau benar mengancam keselamatan negara
Keluarkan bukti penglibatan dengan segera
Tempoh enam tahun bukti tak dapat jumpa
Ini benar-benar melanggari hak asasi manusia
Undang-undang kejam ala rimba
Kalau betul-betul nak pulihkan mangsa
Jikalau kamu yakin mereka terlibat sama
Pulangkan mereka ke pangkal keluarga
Wahai pembesar negara
Dengar sini kami ingin berbicara
Allah berjanji akan dimakbulkan doa
Orang-orang yang disiksa dan dianaiya
Takutkanlah hukuman Tuhanmu Allah Maha Esa
Kau masih mampu ketawa besar dan berpesta
Kau masih mampu terbang sini terbang sana
Tapi kau telah menyalahgunakan kuasa
Kau biarkan mereka menanggung derita
Akibat kesalahan yang telah direkacipta
Oleh mereka yang berperangai syaitan durjana
Kau juga membiarkan anjing-anjing mu menganggu isteri mangsa
Mengugut dan ambil kesempatan kelemahan wanita
Namun Allah Maha Berkuasa
Kau tidak akan terlepas dari siksaan neraka
Wahai kawan-kawan di luar sana
Bangunlah dan keluarkanlah suara
Bantah ISA sekeras-kerasnya
Kami tidak mahu harta-benda
Kami memerlukan doa anda
Kami mahu sokongan padu saudara
Kami sudah tiada lagi airmata
Cuma semangat yang membakar dan membara
Yang mahu keadilan ditegak dibumi tercinta
Keris Silau
12 December 2007
Monday, December 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment