Pilihanraya sudah semakin dekat
Tiap-tiap minggu ada mesyuarat
SPR pun sudah edar surat-surat
Untuk pekerja SPR setiap tempat
Yang belum daftar masih sempat
Daftar cepat sebelum terlambat
Seperti biasa kempen diperhebat
Dari kampung hingga ke pejabat
PAS berceramah dan zikir munajat
Supaya kali ni Kedah boleh dapat
Kelantan tak cicir terus terlekat
Teganu susoh seket sebab doh karat
DAP dan PKR dah pun sepakat
Nak tawan Penang dan pantai barat
Nana Non nak jadi CM yang keempat
Dari DPM ke CM turun pangkat
Tapi kita cuma boleh angan-angan
Bukan senang nak jatuhkan Barisan
Besar, teguh dan berwawasan
Rakyat pasti memberi sokongan
Walaupun dicemari penyelewengan
Walaupun setengahnya tak dak pelajaran
Cakap Bahasa Inggeris slang Hindustan
Kena tangkap bawa wang lebih muatan
Lepas tu bawa lari anak dara Sultan
Walaupun menjatuhkan moral perempuan
Kata wanita bocor tiap-tiap bulan
Sapa lagi kalau bukan jasin dan kinabatangan
Walaupun jelas menggunakan kedudukan
Guna AP untuk mengaut keuntungan
Itu semua dosa kecil boleh diampunkan
Ya memang susah kalahkan Barisan
Rakyat kita sangka baik dengan kerajaan
Harganya cuma kain pelikat dan turap jalan
Masuk tv hari-hari lebarkan senyuman
Gambar poster pakai songkok bukan serban
Nanti nampak macam imej Taliban
Kena nampak segak dan tampan
Puteri akan dikerahkan ke semua kawasan
Untuk pastikan mokcik-mokcik undi Barisan
Manakala Gagak Hitam juga akan main peranan
Memang susah pembangkang kalahkan Barisan
Dia orang ada machinery dan kukuh kewangan
Kita nak deposit pun hutang kawan-kawan
Tak boleh minta kat Nana Non atau Kak Wan
Tapi disebalik banyak halangan dan rintangan
Intimidasi dan ugut guna ISA dan akta hasutan
Namun begitu Lawan tetap Lawan!
Keris Silau
2 August 2007
Friday, August 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
memang betoi keris silau,
pembangkang dah mula nampak seryau,
masa berkempen jenuh melilau,
pi mai pi mai kita terpelau.
rasa di hati tak berbaloi berlawan,
depa guna taktik manusia dan haiwan,
habis gomen machinery kena tawan,
termasuk kenderaan darat, air dan di awan,
rasa di hati nak boikot pesta,
pasai tau dah padang tak rata,
kalau main jugak berputih mata,
dari referee, linesman semua dah sekata.
(BN,BN,BN itu sahaja)
kalau tak lawan mereka menang,
bila menang dia syok sendiri,
dia sangka dia boleh senang,
ropa-ropanya rakyat hanya nak makan free.
akhirnya dunia akan heran,
mengapa di Malaysia tiada tentangan,
mereka akan hantar rombongan,
untuk siasat kejadian pembohongan.
maka berkata lah PBB,
pilihanraya di Malaysia is not free,
dengan itu dia istihar sendiri,
kerajaan yang dok ada tak sedar diri,
maka kena undi lagi,
tapi dengan kelolaan Pemerhati.
Post a Comment