Monday, June 12, 2006

Piala Dunia Dan Kisah Remaja

Piala Dunia sudah bermula
German kalahkan Costa Rica
England pula menang bola buta
Sweden cuma mampu seri kosong sama
Trinidad masuk World Cup kali pertama
Hebat juga Trinidad penduduk cuma 1.4 juta
Ivory Coast hebat walaupun kalah kepada Argentina
Geng Milosovic kalah kepada pasukan Belanda

Mexico menang walaupun Iran hebat juga
Manakala Portugal kalahkan Angola
Itulah sahaja berita Piala Dunia
Heboh hingga menengelamkan banyak berita
Seperti Tun M dan Pak Lah saga
Seperti juga Samy Vellu dan Subra
Dan juga berita kekurangan gula

Tapi lain pula hal remaja kita
Mereka tak peduli apa-apa
Nak gaduh nak lawan ikut suka hampa
Sebab sudah bermula Akademi Fantasia
Tengok budak kita nyanyi terkinja-kinja
Penuh emosi kadang-kadang menitis airmata
Kita tanya mereka nangis pasal apa
Adakah sedih mengenang nasib bangsa
Atau sedih kepada rakyat Palestin yang menderita
Sedih peserta kesukaan tak ke peringkat seterusnya

Remaja oh remaja semakin risau kita dibuatnya
Diwaktu siang tidur malam berjaga
Solat lima waktu nak kena paksa
Kalau tidak dibuat dek aja
Nak berseronok buku tak mahu baca
Keluar dari pagi hingga malam entah buat apa
Langsung tak hormati orang tua
Bukan tidak diajar oleh agama
Tapi itu dipelajari sebab nak pass periksa
Lepas periksa lupa kesemuanya

Bukan semua remaja sedemikian rupa
Kita kena fokus membimbing mereka
Mereka mesti dipupuk nilai-nilai mulia
Kena pandai pakai umpan pancing baru boleh kena
Kena banyak buat program yang membina
Kalau tidak mereka akan terus leka
Bagaimana nak jadi bakal pemimpin negara
Atau mereka yang membawa obor agama
Memang penat tapi sudah terpaksa
AJK masjid diminta jangan menyisihkan mereka
Libatkan mereka dengan program sedia ada
Jangan memandang rendah dan marah sentiasa
Suruh mereka solat saf belakang bukan caranya
Bawa mereka solat sebelah dengan kita
Apa salahnya mana ada fatwa
Mereka kena solat dibelakang orang tua
Ada yang diantara mereka fasih dari kita
Berapa ramai dewasa yang hafal Surah An Naba
Tapi anak kawan saya dah hafal seluruh Juzu Amma
Baharu berumur 9 tahun sekolah darjah tiga
Itu beberapa contoh yang saya bawa
Jangan kita garang dan strict tak tentu hala
Tak boleh pakai seluar jean kena pakai telok belanga
Mendirikan solat itu yang utama
Kerana solat membezakan antara kafir dan kita

Kata DD kalau nak cari duit, sila
Nak cari duit tapi tak solat, gila!


Sekadar nasihat

No comments: