Tuesday, June 27, 2006

Apa dah jadi?

Dahulunya mereka cium tangan dia
Mereka anggap dia sebagai Raja
Mereka hulurkan keris pertahankan dia
Mereka kata dia pemimpin agung di dunia
Mereka kata dia pemimpin yang bijaksana
Mereka kata dia jurucakap dunia ketiga
Mereka hamburkan pujian untuk dia
Dia bohong kata Anwar jahat semua depa percaya
Kalau tak percaya buat-buat macam percaya
Dia kutuk ulama mereka pun ikut sama
Malahan dia pernah kutuk janggut nabi kita
Inilah budaya wa ampu sini wa ampu sana
Inilah penyakit ahli-ahli parti yang tertua
Sekarang lihatlah apa jadi kat dia
Mereka sanggup istihar perang terbuka
Malahan mereka nak buat usul buang dia
Mereka kutuk dia nyanyuk punya orang tua
Inilah orang yang sama cium tangan dia
Sebab dia sudah tidak ada kuasa
Sebab dia tidak mampu tawarkan projek mega
Inilah yang dia kata Melayu mudah lupa
Malahan dia sudah jadi duri dalam daging mereka
Dia hentam pembatalan projek tambak ke Singapura
Dia hentam mereka pergi jual MV Augusta
Dia persoalkan Rafidah bagi AP kepada 2 orang saja
Dia persoalkan kenapa menantu begitu berkuasa
Apa nak jadi lepas ni kita tunggu episod seterusnya.


Keris Silau
27 Jun 2006

1 comment:

spy said...

Hidup ini tak terlepas drp sunatullah.Putaran roda sekejap diatas kejap dibawah.Puak-puak pengampu pasti akan mencari tangan-tangan baru untuk di jilat biar tuan ia gembira mengosak kepala.Kadang-kadang geli geleman bila puak jilat ni menjilat jari2 kaki.