Saturday, June 10, 2006

Mahatir hentam Pak Lah

Tun M marah kat Pak Lah
Pak Lah cool dia kata “tak apa lah”
Ini negara demokrasi tak jadi masalah
Tun M nak kata apa, katalah
Apa yang buat Tun M begitu marah
Apa yang Pak Lah buat salah
Keluar muka depan dua hari dah
Ramai bisnesman menggalabah
Takut stock market merudum rendah

Reaksi mentri-mentri kabinet biasalah
Menunjukkan kesetiaan menanti belah
Habis semua kena komen ikut perintah
Cuma tak dengar dari Kak Rafidah
Why? Why? Why? tanya Rafidah
Tun Mahathir kata dah lama dah
Dia kata Pak Lah tak pegang amanah
Proton, titi selat tebrau macam-macam kisah
Pak Lah kata dia perabis duit khazanah
Semua yang dia buat Pak Lah sanggah
Tak ada satu yang baik semua salah

Dulu Tengku buat kat dia, dia marah
Habis disisih Tengku dan Sharifah Rodiah
Kita nak nasihat kat Tun M, cukuplah
Bagilah can kat Pak Lah memerintah
Elok duduk diam bersama Hasmah
Atau bawa dia pergi umrah ke Mekah
Bertaubat dan beribadat depan Kaabah
Suruh Hasmah pakai tudung jangan terdedah
Lima waktu sehari sujud di sejadah
Memohon ampun dan maaf dari Allah
Minta maaf kat Anwar dan Azizah
Kesihan kat depa Tun M buat fitnah
Anwar pun minta maaf kat Tun M sebab dia kata “poorah“
Dan Tun M pergi masjid buat kebajikan dan dakwah
Tahun depan Maulid Nabi kita bagi anugerah
Untuk Tun M Tokoh Maal Hijrah
Sekali sekala bolehlah tegur Pak Lah
Kesian Pak Lah tak ada tempat mengadu masalah
Tahun lepas Kak Endon pulang ke Rahmatullah
Tun M tolong cari jodoh bagi Pak Lah menikah
Lebih baik daripada dok bising kat Pak Lah.

Keris Silau
2006-06-09
kerissilau@yahoo.com

2 comments:

test1 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Keris Batu Api said...

Well said! Betul-betul macam the spat that he had with the late Tunku. Deja Vu all over again!