Barisan akan buat apa saja
Untuk mengekalkan kuasa
Mana bisa serahkan harta
Kalau mau menang hilang berjuta
Sanggup hilang wang berjuta
Suap rakyat bawahan gula-gula
40% dari pengundi dapat merasa
Sudah melebihi dua pertiga
Cukup untuk kekal berkuasa
Cukup senang untuk memperdaya
Mereka tidak mengerti bom berjangka
Tambahan beban hutang negara
Yang berada ditahap bahaya
Sudah 500 billion jumlahnya
Di Greece rakyat hidup sengsara
Mengapa mereka sengsara
Beban hutang setinggi Himalaya
Negara ranap hancur jadinya
Jatuh teruk matawang mereka
Cuba bayangkan jatuh Ringgit Malaysia
Inflasi akan melonjakkan harga
Duit dalam bank susut nilainya
Ringgit sudah tidak ada harga
Dulu seringgit boleh beli roti perata
Kini seringgit cuma boleh beli kuahnya
Mereka bagi disini kutip disana
GST diperkenalkan selepas pilihanraya
Kadar tol kadar elektrik "dikaji semula"
Nak marah pun tak ada gunanya
Nasi sudah jadi bubur asyura
Senang sangat kamu diperdaya
Beri mandat untuk terus berkuasa
Kuasa untuk kumpul lagi banyak harta
Perasuah dan kroni bergelak ketawa
NFC akan diklonkan berlipat ganda
Projek bela lembu dan bela unta
Projek naik taraf jalan dan lebuhraya
Berbelanjalah sakan si Bik Mama
Beli berlian beli kain sutera
Tolong sedarkan rakyat segera
Mereka sedang dirasuah gula-gula
Ini akan menambah hutang negara
Kita takut tak dapat selamat semula
Lihat apa yang dibuat si Nanda
Dia mula menjual saham-sahamnya
Mungkin dia tahu sesuatu benda
Jangan asyik mimpi tawan Putrajaya
Politik kesenangan strategi akhir mereka
Keris Silau
20 March 2012
Tuesday, March 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
fajne
fajne
fajne
Cuba jawab bagaimana pembangkang memperoleh duit untuk tunaikan janji janji manis mereka? Untuk tunaikan janji-janji itu nanti, kita akan menjadi seperti Greece....
Opps maaf atau pun pembangkang tidak pernah menunaikan janji. :-p
Janji angin bahwa Petronas adalah duit rakyat hanyalah org mundur mempercayainya! Syarikat minyak mana didunia milik negara yang didiaminya?
Paling best scandle orang dia nampak, scandle sendiri no comment. Lolx... Azmin disuruh memberi komen oleh orgnya sendiri... wakil dari Ampang tu terus dipecat....
Post a Comment