Monday, September 19, 2011
Boria Mat B
Mahatma Gandhi nama diberi
Kepala botak berseri-seri
Ada orang mimpi siang hari
Nak tawan semua lima negeri
Sanggup jual maruah diri
Guna pengundi luar negeri
Taraf kerakyatan dapat free
Demi nak terus jadi Menteri
Mat B senyum tidak terperi
Tak payah tunjuk degree
Tak perlu cari bapa tiri
Cuma perlu cap jari
Tapi hari undi kena mari
Jangan jalan balik negeri
Mesti undi ikut cakap Puteri
Lepas tu boleh kerja sendiri
Buka kedai capati parpu kari
Boleh bawa bas atau lori
Sudah kaya boleh pakai Camri
Tapi jangan kahwin lari
Bini baru boleh pakai sari
Sini juga duduk buat kenduri
Raya buat open house aidilfitri
Hospital sekolah semua free
Itulah sketsa di satu negeri
Kerja jahat dato-dato seri
Jiran bawa masuk bijak bistari
Kita bagi pati kerakyatan free
Keris Silau
19 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Saya suka baca gurindam ini:))
nice lorh..really adore it
Memang best, aku suka cara tulisan camgini
He,,,he,,,,, mantappp
haha
terbaik dari ladang,,
pehh.. dasat ayat ni :)
siiip...mantab...
Post a Comment