Thursday, December 01, 2011

Bermulalah Sandiwara

Maka bergemalah Seri Putra
Dengan gempita pelakun sandiwara
Berpantun membodek sutradara
Diselang seli seloka bicara
Menghunus keris sebagai juara
Juara membela nasib bumiputra
Amaran kepada yang cuba mara

Wanita berkain merah menyala
Nampak jambul ditudung kepala
Meneriak macam orang gila
Aku tak ada kena-mengena
Entah duit tu datang dari mana
Fidlot itu fitnah geng si Nana
Suamiku buat umrah cari pahala
Syarikatnya yang bayar semua
Tak minta duit dari sapa-sapa
Lembu punya susu sapi dapat nama
Lembu jantan tapi sapi betina

Apakah motif perjuangan mereka
Adakah untuk membela bangsa
Adakah untuk mempertahan agama
Adakah untuk memajukan negara
Adakah untuk membimbing generasi muda
Adakah untuk menang pilihanraya
Maka mereka dapat terus berkuasa
Merampok harta untuk terus kaya
Mengayakan kroni dan keluarga
Hantar ahli buat umrah sekali-sekala
Buat amal kebajikan di Somalia
Untuk mengelabui mata-mata kita

Keris Silau
30 November 2011

3 comments:

Pokeh Busu said...

Best la kau punya tulisan, pendek dan ringkas tapi tajam

MOHD RIZAUDIN said...

Cool stuff,!

Resikrisnadianto said...

top sekali tulisan kau... sangat-sangat tajam dan bersemangat.