Tuesday, September 13, 2011

Hang punya pasai Mat Sabu....

Negara diselubungi jerebu
Dari KL hingalah ke Sibu
Banyak asap dan debu
Reda sedikit isu Mat Sabu
Senyap terus isu JAIS serbu
SPR pula diam dalam kelambu
Semakin hari semakin kelabu
Dakwat kekal atau guna jari ibu

Hari-hari ada cerita baru
Timbul pula profesor keliru
Mungkin dia mabuk tairu
Kepala tak gatai pun dia garu
Dijajah atau tak jadi isu terbaru
Pening semua cikgu dan guru
Guru konpius murid haru-biru
Nak guna pen merah atau biru
Cerita sejarah macam katak puru

Habis kita nak gelar apa kat Tunku
Bapa Kemerdekaan dah tak laku
Laungan merdeka jadi lawak tigasuku
Kena cetak semula semua buku-buku
Salah fakta tentang sejarah tanahairku
Profesor Kling buat rakyat terkaku
Tak sangka ada professor kuku

Keris Silau
13 September 2011

5 comments:

Anonymous said...

keris silau ..tak pernah menghampakan.

Mohd Affandi Hassan said...

Salam Sdr. Keris Silau.

Saya telah gunakan seloka sdr. dalam posting saya terbaru. Seloka ini bagus dan betul-betul menyengat. Harap sdr. tidak keberatan dan izinkan saya menggunakannya. Terima kasih.

adahanz said...

nice.... from a blogwalker..

NGINAP SRENGENGE said...

salam kerissilau,

nice puisi,

permisi saya mencedoknya.

Ramesh said...

Wow that was an awesome presentation. You have a great writing style. Cheers you have a blog follower.
Keep Posting
Nice Writing Style
Very Interesting
Good Presentation
Clean Post
Thoughtful Post
Useful Blog
Great Post