Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Kelas Pertama

Eid Mubarak, Taqaballahhuminna waminkum (Semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu semua).

Tahniah kepada anda semua
Tahniah kerana menghabiskan puasa
Tahniah kerana berlapar dan dahaga
Tahniah kerana merasa mereka yang menderita

Tahniah kerana menundukkan nafsu dan menguatkan jiwa
Tahniah kerana banyak bersabar sepanjang puasa
Tahniah kerana memberi makan orang yang berpuasa
Tahniah kerana bersedeqah kepada fuqara, masakin dan yatama

Tahniah kerana tidak mengumpat atau mengata
Tahniah kerana jaga mulut dan mata
Tahniah kerana tidak bohong dan berdusta
Tahniah kerana solat jemaah di masjid bersama

Tahniah kerana solat Subuh berjemaah bersama
Tahniah kerana taraweh dengan sempurna
Tahniah kerana tidak tinggal witir satu rakaat atau tiga
Tahniah kerana solat berjemaah terutama solat wusta

Tahniah kerana qiyamulail di malam buta
Tahniah bertemu lailatul qadar penghapus dosa
Tahniah kerana doa anda diterima Allah taala
Tahniah kerana mengerjakan umrah di bulan puasa

Tahniah kerana tadarrus al Quran mukjizat Allah taala
Tahniah memahami ayat-ayat dan makna-makna
Tahniah kerana sudah mencapai matlamat menjadi orang yang bertaqwa
Tahniah kerana tamat Universiti Ramadan dengan IjazahKelas Pertama !

Keris Silau
1 Shawal 1432H

No comments: