Friday, August 05, 2011

Ramadan Bulan Keberkatan

Ramadan bulan keberkatan
Bukan bulan pergaduhan
Banyak media utama siarkan
Peniaga berebut pasar Ramadan
Macam budak kecil-kecilan
Menangis pasal kurang pendapatan
Malulah kat AhChong atau Ayapan
Orang bukan Islam tentu hairan
Mana dia dikatakan keberkatan

Ramadan bulan keberkatan
Tapi lihat buffet Ramadan
Orang bubuh penuh pinggan
Mata tengok semua nak makan
Nasi kerabu dan gulai ikan
Kueh-kueh dan manis-manisan
Makan separuh lain ditinggalkan
Berlaku 50 peratus pembaziran
Pembaziran adalah amalan syaitan
Malu kat Ah Seng dan Kaliapan
Dekat mana boleh lihat keberkatan

Ramadan bulan keberkatan
Allah bagi banyak tawaran
Diganda 70 kali setiap amalan
Yang sunat dinaikkan taraf gandaan
Tapi ada juga banyak iklan
Tawaran istimewa dibulan Ramadan
Lihat saja iklan yang disiarkan
Bermacam juadah yang disediakan
Diskaun hebat menanti di Giant
Potongan istimewa sutera Kelantan
Sale sale harga terendah di pasaran
Lalu terpedaya juga dengan pujukan
Walaupun digari semua syaitan
Kita masih beli berlebih-lebihan
Lalu berlakulah pembaziran
Sanggup pinjam duit kawan-kawan
Muka tak tau malu tak dak segan-segan
Bukankah Ramadan bulan keberkatan

Berpuasalah dengan penuh keimanan
Hendaklah kita banyakkan amalan
Bersolat jemaah dan membaca Quran
Bersedeqah dan buat kebajikan
Memberi juadah kepada jiran-jiran
Satu amalan yang telah dipinggirkan
Orang nak berbuka bagilah makan
Dengan itu kita harap dapat keberkatan
Seperti apa yang dijanjikan Tuhan
Untuk kita sampai ke maqam ketaqwaan

Keris Silau
5 Ramadan 1432H

5 comments:

Azura said...

entri yang bagus :)

Admin said...

Assalam o alikum i love ramzan

Diamond said...
This comment has been removed by the author.
acep said...

nice artikel mas,,

posting yang sangat bagus

MAAC said...

I was very encouraged to find this site. I wanted to thank you for this special read. I definitely savored every little bit of it and I have bookmarked you to check out new stuff you post.
Animation courses