Monday, August 01, 2011

Adakah Syaitan Digari?

Ramadan menjelma lagi
Syaitan semua kena gari
Seolah-olah dirantai besi
Tapi syaitan tak berhenti
Kalau tidak aman dunia ini
Maksiat sudah terhenti

Polis pula banyak korupsi
Bila raya banyak nak dibeli
Banyaklah minta duit kopi
Dosa pahala letak tepi
Adakah syaitan dibesi?

Banyak pula jualan aidilfitri
Bila membeli ikut nafsu-nafsi
Semua nampak cantik cik Siti
Semua nak yang baru dan berseri
Nak berlian macam PM punya isteri
Entah apa-apa nak itu dan nak ini
Bukankah syaitan sudah dibesi?

Ada yang masih suka menari
Kelab dangdut suka dikunjungi
Melaram malam hingga awal pagi
Tarawih tak ada dalam dictionary
Solat tahajud jauh sekali
Tadi kata syaitan kena gari?

Bila seseorang itu berpuasa
Dengan niat untuk bertaqwa
Mengharungi lapar dan dahaga
Mengelak dari melakukan dosa
Turut berpuasa mata dan telinga
Mulut tak mencaci tidak berdusta
Berpuasa semua seluruh anggota
Maka benarlah apa Rasulullah kata
Syaitan dirantai dan tidak berkuasa
Untuk menghasut mereka yang bertaqwa.

Keris Silau
1 Ramadan 1432

2 comments:

huruhara69 said...

selamat berpuasa kerissilau

cityiklan said...

Get Free Dofollow Linkback From Us!

Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia