Sibuk pula negara berkebajikan
Dan kemenangan puak Erdogan
Mat Sabu pula naik Timbalan
Kalah Nasha dan Tuan Man
Ketua Pemuda kekal untuk Hassan
Di Selangor Hassan Ali digugurkan
Di Penang pula kekal Salleh Man
Tahniah untuk yang dapat jawatan
Namun itu bukan satu kemasyhuran
Itu sebenarnya taklif dan bebanan
Hebat nampak barisan kepimpinan
Hingga cuak juga pihak lawan
Teruk dia hentam Pas dalam Utusan
Katanya kami sudah dulu buat kebajikan
Katanya kepimpinan ulama diketepikan
Timbul kes khalwat abang Mat di Kelantan
Ish ish macam-macam isu ditimbulkan
Lepas tu macam mana nak perpaduan
Kau hentam kawan tu habis-habisan
Apa sebenarnya negara berkebajikan
Seharusnya dia selari dengan keIslaman
Mengajak maaruf mencegah kemungkaran
Konsep yang harus mereka perluaskan
Satu sistem yang menekankan keadilan
Keadilan bermaksud untuk semua insan
Semua insan harus mendapat kesamarataan
Dan konsep alhurriyah iaitu kebebasan
Bukan kebebasan mutlak tetapi ada batasan
Pentadbiran yang telus tidak ada penyelewengan
Tidak ada pilih kasih saudara atau kawan-kawan
Banyak lagi yang perlu diperincikan
Namun cukup sebelum pembaca kebosanan
Maka dengan itu mari kita buat kajian
Sebab dia kata PAS tiru Barisan
Dah lama katanya buat kebajikan
Sudah lebih 50 tahun buat kebajikan
Apakah bentuk kebajikan dibuat Barisan
Tidak dinafikan banyak juga kebaikan
Namun Melayu masih dibelenggu kemiskinan
Yang diatas terus mengaut kekayaan
Berbillion keluar ikut darat atau lautan
Ada yang membina istana idaman
Lanskap saja nilainya berjuta-jutaan
Transaksi hartanah dibuat tanpa pengetahuan
Dua set undang-undang dijalankan
Satu untuk musuh dan satu lagi untuk kawan
Yang dimusuhi dilondeh difitnah diaibkan
Salahguna sistem pendakwaan dan kehakiman
Penyelewengan demi penyelewengan
500 juta komisen masih dalam siasatan
Entah berapa juta lagi yang disembunyikan
Buat laman facebook RM1.8 juta dihabiskan
Satu lagi projek kerajaan Barisan
RM27 juta untuk sejuta belia dikumpulkan
Walaupun kebanyakan kos mendapat tajaan
Bukan CSR tapi dipaksa dengan kerelaan
Maka tuan-tuan buat penilaian
Yang baik seharusnya diberi pujian
Namun mungkar nyata mesti didedahkan
Walaupun kita ke univeristi biasiswa kerajaan
Namun kita rakyat prihatin hal kebajikan
Ayah bagi duit belajar satu pertanggungjawaban
Anak juga mempunyai hak untuk beri teguran
Keris Silau
15 Jun 2011
Wednesday, June 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
indah susunan kata-kata dan tepat dan padat sekali, tahniah
terima kasih YB. Saya sokong anti-Lynas.
i just love it!!!! keep it on....
Post a Comment