Kecoh kelab taat suami
Rasanya belum ada lagi
Katanya sudah ada 1000 ahli
Terbuka kepada semua isteri
Cawangan baru di Rome Itali
Amboi sampai negeri Berlusconi
Itu yang dilapurkan berita terkini
Dulu ada kelab poligami
Entah berapa banyak ahli
Abang Jem elok jadi Pengerusi
I follow you tiap-tiap pagi
Isteri keempat kata dia ada isi
Entah apa maksud si isteri
Apapun tahniah moga diberkati
Bila nak panggil kenduri
Kelab taat akan buat kursus sehari
Bagaimana memuaskan si suami
Entah apa tips yang akan diberi
Mungkin macam mana nak pilih lingerie
Kain batik Jawa simpan dalam almari
Kemudian kena sembur minyak wangi
Bila abang bau dia tak akan lari
Apapun seks bukan segala-galanya
Kalau mahu suami isteri bahagia
Kalau tidak mahu suami buat dosa
Ikutlah asas dan kehendak agama
Semailah kasih sayang dan cinta
Isteri yang bijak urus rumahtangga
Suami pandai mengurus keluarga
Si isteri menjadi tempat bermanja
Si suami yang bijak menyusun kata
Tidak mengguris perasaan dan jiwa
Keris Silau sekadar berseloka
Sebab bukan pakar rumahtangga
Oleh itu jangan terasa terhina
Sebab hamba cuma manusia biasa.
Hadis untuk panduan:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh
seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza
wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
Keris Silau
7 Jun 2011
Tuesday, June 07, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment