Thursday, June 09, 2011

Wedding of the Year

Bila pembesar nak terima menantu
Maka ramailah kaki mengampu
Hotel lima bintang sudah tentu
Dari pelamin hingga hiasan lampu
Pereka fesyen sibuk siapkan baju
Sibuklah staf siapkan senarai tetamu
Senarai tu ada tak nama hang dan aku
Janganlah mimpi wahai Pak Abu
Walaupun kita ini anak yatim piatu
Sudah tidak berbapa atau ibu
Kita cuma layak masuk Bersamamu

Maka beraturlah para penaja
Ada yang taja gaun anak dara
Ada yang taja tuxedo si teruna
Mekap ditaja mak Andam Jawa
Ada kelas you tengoklah siapa
Seperti biasa limo ditaja Naza
Hello tak mainlah Proton Perdana
Kalau boleh nak carriage kuda
Ala macam Britain punya anak raja
Bukan macam cik Wan punya
Disiarkan live oleh Tivi Tiga
Stesen tv yang paling auta
Tetamu lain kena hantar bunga
Cantik bouquet besarnya nama
Nak bagi nampak kat Bik Mama

Mewah tapi kami tak minta
Orang sponsor kami terima
Kecil hati orang nanti berdosa
Tak baik tau kata mengata
Kami dah biasa tutup telinga
Apa salah ka terima penaja
Untuk kuatkan ekonomi Bumiputera
Fashion designer tu orang kita
Entah nama dia bunyi seperti Putra
Walaupun berasal dari Indonesia
Bunga telur buatan Melayu di Melaka
Kan bagus tu tolong orang meniaga

Begitulah cerita di sebuah negeri
Tak sama macam cerita di Turki
Disana Presiden pakai duit sendiri
Kereta kahwin pun milik peribadi
Tak mau terima hadiah orang beri
Dia arahkan hantar untuk charity
Satu contoh yang kita harus teladani

Keris Silau
9 Jun 2011
(kahwin koboi saja....)