Kami mahu berdemo aman
Untuk menuntut Kebersihan
Kebersihan bukan Kekotoran
Supaya Espi'ar dengar rintihan
Tidak akan timbul kekacauan
Tidak akan rosak perniagaan
Nanti jalan jam kesesakan?
Di KL jam sudah kebiasaan
Jam walau baru setitik hujan
Jam kalau ada bas kerosakan
Jam kalau ada jualan besar-besaran
Jam kalau VIP nak hadiri jamuan
Kereta lain kena berenti bagi laluan
Nanti peniaga akan kerugian?
Peniaga Jalan Tunku Abdul Rahman
Mana ada rugi malah raih keuntungan
Hari tu laku peniaga air minuman
Hari tu laku peniaga baju hujan
Sebab takut disembur asid kehijauan
Kalau sehari tidak terjejas keuntungan
Biasa la Melayu 4 hari buka 3 hari liburan
Nanti terjejas iklim pelaburan?
Pelabur tak mari bukan pasal demo jalanan
Pelabur tak mari pasal insentif berkurangan
Pasal kepincangan polisi kewangan
Pasal banyak rasuah dan penyelewengan
Pasal polisi bertukar dari bulan ke bulan
Pasal kena beri saham kat proxy kawan
Demo untuk luahkan perasaan
Jangan ada provokasi pihak lawan
Jangan hanya pandai buat ugutan
Suruh orang Cina stok makanan
Bukan untuk sehari tapi 6 bulan
Jelas nampak terserlah kedangkalan
Orang nak demo kenapa bangsa dikaitkan
Kenapa salam 1 Malaysia tidak dilaungkan
Mungkin meraba-raba mencari jawapan
Untuk menyelamatkan dari ketenggalaman
Lihat sahaja tajuk akhbar Utusan
Tidak ada satu pun yang menggalakkan
Kebanyakan berita berbau perkauman
Orang muda menolak seruan kebangsaan
Cuma segelintir veteran masih menaruh harapan
Namun harapan semakin gelap ditelan perubahan
Keris Silau
22 Jun 2011
Thursday, June 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Well done Tuan Keris Silau.
Saya dah lama tak baca 'paper' dan tak dengark berita TV RTM dan stesen-stesen yang sewaktu dengannya.
Tak rugi apa-apa pun.
Malah untung pula ada, dapat save RM50 sebulan.
Nak belarark cara aman pun polis tak bagi.
Saya takut esok-esok bila nak bawa mayat pi Tok Keramat pun kena minta permit polis, kalau tak dia kata perarakan haram. Bukan takat mayat saja hat lain semua nanti kena usung. Tak ka haru....
Orang Lama Kelawai.
Pembetulan sikit,
"Bukan takat mayat saja yang kena usung, semua orang yang mengiringi mayat pun nanti sekali kena usung"
Orang Lama Kelawai
Hahaha depa memang mcm tu geng2 pandi kutty apco@umno-bn tu ! kira apa kata umnoi depa ikut saja silap aribulan mayat sekali masuk balai kahkahkah,
Salam Orang Lama Kelawai,
Terima kasih. Boleh saya tahu nama tuan? Msg kat saya kalau segan: kerissilau@yahoo.com atau Facebook Keris Silau.
Post a Comment