Tuesday, May 31, 2011

Kisah Ayah dan Anak

Wahai anak hendaklah berjimat
Jangan makan gula banyak sangat
Jangan buka kipas biarlah berhangat
Jangan pakai mutu pakailah beskat
Jangan pakai mikrowave pakailah pengat
Jangan guna mesin basuh gunalah keringat
Jangan makan gula makanlah halua maskat
Jangan bercuti luar negara cukuplah Hulu Langat

Sebab ayah sudah tidak larat
Subsidi ayah sudah meningkat
Jadi ayah terpaksa potong sekerat
Ayah tahu memang susah memang berat
Nak buat macam mana bini ayah ni jahat
Dia mau duit lebih nak jalan pi Muscat
Dia nak bawa kawan dan kaum kerabat
Sebab dia dapat anugerah yang terhebat
Kemudian depa minta istana lima tingkat
Belanja tak kontrol kos semakin meningkat
Dari ratusan juta hingga berbilion wang rakyat
Baru-baru ni sejuta belia pula melawat
Ayah kena keluarkan duit sebab nak memikat
Tidak kalau belia tu undi Pakatan Rakyat

Itupun Ron95 masih harga lama
Bil letrik bawah 70% masih sama
Ayah ingat kat adik dan abang semua
Tapi bila pergi kedai barang naik harga
Elektrik naik gula naik kata peniaga
Jadi kita kenakan kepada pengguna
Tapi ayah kata 70% tidak kena
Ayah ni pandai membohong juga
Tapi nasib baik adik pandai membaca
Esok adik tak mau undi ayah dalam pilihanraya!

Keris Silau
31 Mei 2011

Friday, May 27, 2011

Islam untuk 1 Dunia

Islam itu untuk semua
Tidak kira apa bangsa
Arab Melayu India atau Cina
Bukan hak ekslusif Perkasa
Kulit putih kulit hitam sama
Islam tidak ada membeza-beza
Nabi bawa mesej untuk 1 Dunia
Bukan hanya untuk 1 Malaysia
Atau 1 Melayu 1 Bumi entah apa-apa
Mana ada Melayu sama beragama
Kalau tak caya lihat di Indonesia
Yang dikatakan serumpun dengan kita
Ada yang Hindu ada yang Buddha

Islam merentasi semua bangsa
Islam merentasi sempadan negara
Islam merentasi perlbagai warna
Lihat Bilal yang berasal dari Afrika
Walaupun kulit hitam tapi mulia
Sa'idulMuazzin kesayangan semua
Kesayangan nabi junjungan kita
Islam tidak membeza miskin atau kaya
Islam tidak membeza lelaki atau wanita
Islam tidak membeza rakyat atau raja
Habis apa yang berbeza
Yang berbeza ialah mereka yang bertaqwa
Di sisi Allah, merekalah yang mulia.



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah Hujurat:13



Wallahualam.

Keris Silau
27 May 2011

Wednesday, May 25, 2011

Otak di Kepala Lutut

Nazri kata Berahim badut
Badut yang cakap mengarut
Nazri tu pun suka mencarut
Suasana sudah jadi kelam-kabut
Tunggu di parlimen perang mulut
Bertekak bercakap melalut-lalut
Silap haribulan kena baling kasut
Semua tu patut buang dalam laut
Bersama-sama dengan tali-barut
Yang berfikir guna kepala lutut

Rakyat sudah muak karut-marut
Dari kisah video dan saiz perut
Dari Omega dan gaya rambut
Muka cekang atau muka kedut
Fokus lah buat kerja yang patut
Tangani masalah sosial yang kusut
Bukan menambahkan lagi kalut
Harta negara habis engkau kaut
Dari darat hingga dalam laut
Semakin hari semakin susut

Inflasi yang terus menjerut
Tiada lagi kedai harga patut
Dari gula hingga kelapa parut
Dari seri muka dan jemput-jemput
Tarif elektrik pula nak naik kut
Kehidupan rakyat semakin semput
Tiada lagi wujud pasang surut
Akhir bulan semua hutang tersangkut
Along pula tak habis-habis ugut
Nak potong jari nak buraikan perut
Kita dengar pun cuak dan takut

Marilah kita buat apa yang patut
Kalau mereka masih lagi mencarut
Kita semua kena ikut macam semut
Kita sepakat gigit sampai mereka melutut
Sakit sampai terkencing dan terkentut
Biar dia mengulas macam kena sesungut
Kau ingat rakyat suka hisap candu pulut
Cakap melepas tak ada insuran mulut
Eloklah insaf sebelum ajal maut.


Keris Silau
25 Mei 2011

Tuesday, May 10, 2011

Gula Naik Lagi

Harga gula naik 20 sen lagi
Kerajaan untung rakyat rugi
Orang kaya 20 sen celah gigi
Rakyat biasa jadi mangsa lagi
Kos kehidupan semakin tinggi
Gaji cuma kais pagi makan pagi
Dulu lapar boleh juga rebus maggi
Kini cuma makan roti empat segi

Tunggu kenaikan berantai lepas ni
Cucur badak cucur udang cucur kandasturi
Kueh akok kueh batang buruk kueh koci
Bengkang gandum bengkang kacang bengkang ubi
Bubur kacang bubur pulut hitam bubur nasi
Mee mamak mee bandung mee kari
Roti canai roti telur roti benggali
Nasi kerabu nasi pattaya nasi mandi
Restoran padang restoran tomyam restoran sushi
Kedai mamak kedai runcit kedai kopi
Pasaraya besar pasaraya giant pasaraya hari-hari
Banyak sangatlah nak sebut disini
Boleh dikatakan merangkumi semua industri
Termasuklah buah-buahan dan hasil asas tani
Di semua bandar termasuk Miri dan Sungai Petani

Rasa geram macam nak maki
Isteri "contoh" boleh jalan pi Turki
Tinggalkan anak tinggalkan laki
Bukan aku jeolous bukan aku jaki
Apa faedah 60 orang pergi Turki
Naik kapalterbang bukan jalan kaki
Rakyat disuruh belanja ikut rezeki
Fikir-fikirlah wahai kaum hawa dan lelaki
Dulu bubuh minyak Ron97 penuh tangki
Hari ni naik kapcai aja Honda atau Suzuki
Dulu sampai lobi hotel tinggal kereta kat joki
Hujung minggu bolehlah buffet di Sasaki
Hari ini makan di warung To' Ki
Boleh lah ada beberapa ringgit baki
Inilah alkisah dari Chuping ke Sariki

Keris Silau
10 Mei 2011

Monday, May 09, 2011

Wahai Ikhwah (khusus untuk para daei)

(this posting is intended for daei only)

Kami perlukan pendakwah
Tak semestinya ustaz ustazah
Tak semestinya balik Kaherah
Tak perlu pakai kopiah
Tak perlu kena berjubah
Tak semestinya yang bertauliah
Tak semestinya jurusan shariah
Tak perlu handal berceramah
Tak perlu handal berkhutbah
Tak perlu berlughatul arabiyah
Tak perlu menang musabaqah
Tak semestinya Haji atau Hajjah
Tak semestinya Syed atau Sharifah

Pertama niat ikhlas kerana Allah
Kalau tak ikhlas baik tak payah
Setiap tingkahlaku adalah qudwah
Contohnya solat subuh berjemaah
Walaupun masjid sebelah rumah
Tapi asyik solat subuh gajah
Tahu tak apa tu subuh gajah
Waktu matahari dah naik dah
Kalau dia tau ganjaran berjemaah
Merangkak kat jalan pun dia redah
Jangan bagi alasan tak munasabah
Seperti pulang lewat dari usrah
Bagaimana mahu lakukan islah
Kalau jiwa kita masih lemah

Sebagai pendakwah kena amanah
Tengok setengah ajk qaryah
Orang ramai infaq fisabilillah
Kawan kita pula pecah amanah
Bayar hutang pinjaman rumah
Niat nak pinjam pun ditegah
Duit lalu depan mata maklumlah
Jadi kelabu mata tengok not merah
Tiap-tiap Jumaat orang sedeqah
Tulis besar-besar berapa jumlah
Macam bubu masuk tak keluar dah
Elok guna untuk tujuan daawah
Bukan disimpan kutip faedah
Atau guna bantu orang susah
Atau buat tusyen budak sekolah
Program ilmu dan kuliah-kuliah
Program khusus untuk belia qaryah
Supaya elak dari merempit dan dadah

Masjid merupakan rumah Allah
Pusat pengembangan dakwah
Bukan hanya solat dan aqadnikah
Sebab tu ada perkataan imarah
Memakmurkan rumah Allah
AJK kena quwwah dan amanah
Tak semestinya dari parti pemerintah
Yang hanya mai bila VIP singgah
Bacalah ayat 18 surah atTaubah
Mereka yang memakmurkan masjid Allah
Solat zakat wa man yakh sha ilalLah
Tidak takut siapa kecuali Allah

Itulah serba sedikit ciri pendakwah
Keluar tajuk sikit cerita masjid Allah
Yang penting akhlak para pendakwah
Akhlak berdasarkan peribadi Rasulullah
Serulah dengan hikmah dan hasanah
Hikmah adalah Quran dan Sunnah
Jangan tinggi suara cepat marah
Bukan suatu jalan yang mudah
Tak ada sapa bentang karpet merah
Banyak rintangan dan mehnah
Banyak kata-kata kesat serta fitnah
Dilemparkan kepada pendakwah
Sabar dan solat mohon pada Allah
Tugas kita sebagai khalifah
Atas muka bumi ini lakukan islah
Mentaliti yughair atau ubah
Ikut junjungan besar Rasulullah
Berdasarkan alQuran dan Sunnah
Jangan kita pula gugur rebah
Sebab syaitan ada atas dan bawah
Mahu menyesatkan dalalah
Semoga Allah memberi Rahmah.

Keris Silau
9 Mei 2011

Friday, May 06, 2011

Wanita contoh

Wanita contoh

Ada yang tersedak
Ada yang terus gelak
Ada yang loya dan muak
Ada yang batuk keluar kahak
Ada yang tersenyap macam orang nazak
Dapat berita terkini menantu Tun Razak
Diangkat wanita contoh di Sidang Kemuncak

Bukan cemburu tapi tersentak
Nafas tiba-tiba jadi sesak
Tak dapat diterima kepala hotak
Contoh terbaik wanita berakhlak
Atau contoh wanita paling galak
Yang cium hero depan khalayak
Hero Hindustan yang paling kacak
Kalau ikut contoh ni confirm rosak

Selepas ke Oman dan Arab Saudi
Rombongan Cik Kiah ke Turki
Dalam 60 orang mewakili Bakti
Termasuklah seorang anak mami
Shoppinglah apa nak buat lagi
Bukan bersidang green technology
Itu sepatutnya dihadiri Menteri
Harap jangan komen pasal tsunami
Itupun dalam ucapan first lady
Dia galakkan usahawan melabur disini
Macam buat tugas MIDA dan MITI
Sebab tulah dia nak pejabat rasmi
Siap dengan political secretary

Tak pernah ada isteri PM macam ni
Dari zaman Tunku ke Dollah Badawi
Dulu suami keluar negara tanpa isteri
Jimat wang negara tak bawa bini
Sekarang isteri keluar negara tanpa suami
Dunia sudah terbalik wahai sedara-sedari
Ingatkan wanita pertama tu Permaisuri
Tapi sebenarnya FLOM tu jadi First Lady
Diconfirm sendiri oleh Dato Nazri
Teruslah menonton watak ini
Entah apa yang dia nak buat lagi
Wallahualam.

Keris Silau
6 May 2011

Thursday, May 05, 2011

Itulah dikatakan politik....

Dulu kawan kini lawan
Dulu boleh minum secawan
Dulu boleh makan sepinggan
Dulu sanggup cium tangan
Kini sanggup sumpah Quran
Rela untuk dilaknat Tuhan
Demi untuk mengaibkan rakan

Sebab tu hati-hati pilih kawan
Ikutlah satu perumpamaan
Berkawanlah dengan penjual wangian
Kita sebagai kawan dapat haruman
Kalau kawan tukang besi dapat percikan
Mungkin api terpercik ke badan

Bila hampir jadi pemimpin nombor satu
Kau cakap semua dibawah setuju
Mereka tepuk tangan bertalu-talu
Kini kau sudah jadi seteru
Apa yang kau cakap semuanya tipu

Dulu bila lawat Amerika Syarikat
Kau dilihat punyai pengaruh yang kuat
Sebab dapat layanan baik dan hebat
Kini bila kau ke sana untuk melawat
Kau dituduh ejen Yahudi yang dilaknat
Dituduh ejen yang bocor maklumat

Kalau berucap ramai yang bagi pujian
Sekarang ni orang yang sama beri kejian
Itulah resam dunia wahai kawan-kawan
Zaman sekarang banyak perubahan
Dulu Apple dan Blackberry cuma buah-buahan
Kini kedua-dua buah tu boleh buat panggilan

Begitulah dunia politik masakini
Kalau dulu semua sibuk Islam Hadari
Islam Hadari Terengganu Bistari
Sekarang sudah tidak dengar lagi
1Malaysia pula disebut sana-sini
Bila naik PM baru itupun tolenji

Semasa kau ditampuk kekuasaan
Ramai dikeliling ambil kesempatan
Minta projek dari Kementerian Kewangan
Ramai kaya-raya dengan hanya satu tandatangan
Ada yang jadi Pengerusi Bank Simpanan
Ada yang dapat pink form berkepingan

Bila dipecat semua tak ngaku jadi kawan
Tinggallah beberapa orang dalam saf depan
Yang tak dikenali jadi hero di jalanan
Kena pukul sampai darah berlumuran
Inilah mereka yang sanggup berkorban
Mereka tak minta projek tak minta jawatan
Namun kekadang kita lupa beri penghargaan
Maaf kalau tersinggung cuma satu peringatan
Supaya tak berulang lagi kawan jadi lawan
Banyak nama nak sebut dari SK ke Nalakarupan
Mungkin banyak sungguh ujian dari Tuhan
Dipukul dipenjara dilondeh dan diaibkan
Semua itu sebahagian dari perjuangan
Semoga Allah memberi kemenangan kepada kebenaran.

Keris Silau
5 May 2011

Monday, May 02, 2011

La tahzan!

Jangan salah sangka
Kalau jadi kaya bahagia
Mungkin kaya tapi sengsara
Duit dalam bank berjuta
Tapi hidup penuh derita
Mungkin miskin tapi hati gembira
Hidup aman walaupun tidak berharta
Sebab nikmat bahagia Allah yang kurnia

Jangan salah sangka
Rumah besar macam istana
Bilik besar tilam empuk selesa
Tapi tidur tidak nyenyak lena
Tidur malam tapi selalu terjaga
Mungkin yang tidur di kaki lima
Atau mereka yang dipenjara
Lebih nyenyak tidur mereka
Sebab nikmat tidur Allah yang kurnia

Jangan salah sangka
Makan di restoran berjenama
Semuanya lazat dan sedap belaka
Kekadang lidah tak dapat merasa
Simiskin makan secukup rasa
Nikmatnya sedap tidak terhingga
Sebab nikmat rasa, Allah yang kurnia

Begitulah kita hanya hamba
Hamba kepada Maha Pencipta
Kalau bumi bagaikan debu dicakerawala
Manusia cuma sebesar zarah sahaja
Allah sahaja tempat penggantungan kita
Kalau mereka nak berbuat apa-apa
Mereka hendak menghalang kita
Namun jika Allah tidak mengizinkannya
Maka tidak akan berlaku apa-apa
Sebab Allah sahaja pemberi redha
Kerajaan Allah lebih besar berkuasa
Tidak boleh dihalang oleh sesiapa
Jika Allah mahu memberi nikmatNya
Orang humbankan ulama dalam penjara
Orang sangka mereka akan berjaya
Membawa dukacita dalam jiwa mereka
Tidak, sebenarnya mereka gembira
Orang halang rezeki ulama pewaris anbiya
Orang sangka mereka akan lapar dahaga
Namun orang soleh tidak mati lapar dahaga
Jika mereka soleh, Allah urus mereka
Orang tembak mati pejuang agama
Orang sangka tentu mati dalam sengsara
Namun Allah telah menjanjikan syurga
La tahzan innallahu maana
Jangan bersedih Allah bersama kita!

Keris Silau
2 May 2011
(sebahagiannya dikutip dari Kuliah DrMAZA di IQ)