Tuesday, March 15, 2011

First Lady

Jatuhnya Pak Lah kerana Khairi
Jatuhnya Najib kerana isteri
Itu antara analisis para pengkaji
Bukan saja pakatan yang benci
Tapi dari kalangan ahli sendiri
Tak nak cakap nanti kecik hati
Lihat saja jawapan abang Nazri
Kepada soalan YB Sungai Petani
Dalam isu panggilan First Lady
Tidak ada asas kukuh yang diberi
Katanya itu gelaran tak rasmi
Penuh muslihat dan manipulasi
Zuraidah kata itu hak permaisuri

Bila MAZA tulis pasal Tun Siti
Bagaimana tingginya budi pekerti
Bersifat keibuan dan motherly
Tak campur tangan tugas suami
Bukan gila cari publisiti
Tak terlibat dengan cerita misteri
Banyak masa habis buat charity
Melalui persatuan seperti Bakti
Tak terlibat fashion show luarnegeri
Tak berjalan keluar sendiri-sendiri
Muka pun nampak berseri-seri
Ini cuma title aja Datin Seri
Tak sombong dan bangga diri
Walaupun Tun belajar tinggi
Ada orang yang tak puas hati
Talipon kawan kita Dr. Asri
Apa pasal tulis macam perli
Nasib baik dah tak jadi mufti
Rasa pedas sebab makan cili
Marah macam gempabumi
Ombak naik macam tsunami
Apa pasal boleh jadi begini
Climate change dan green technology!!!!

http://drmaza.com/home/?p=1195

3 comments:

hentian said...

'kasian' malaysia kerana punyai 'first lady' yang macam gini...

Wa Bo san said...

Pasal First Lady tu , memang benar gelaran untuk isteri Ketua Eksekutif sesebuah negara bukan raja, maharaja atau sultan kecuali raja tersebut juga adalah ketua eksekutif negaranya saperti Brunei yang mana baginda adalah sultan dan perdana menteri Brunai.

Ketua Eksekutif Malaysia adalah perdana menterinya. Sapertimana negara negara yang mempunyai raja saperti Thailand,England dan Sweden , First Lady di negara negara ini juga adalah isteri perdana menteri masing masing BUKANnya permaisuri negara tersebut. Baca di link sini utk senarai First Lady seluruh dunia: http://www.planetrulers.com/first-ladies/

Anonymous said...

First lady ka second lady ka....mai dengan malaikat maut dia tibai lagu tu jugak. Malaikat maut tak makan rasyuah ooo....Kita nak hidup di dunia ni berapa lama lagi..awat yang dok kalut nak pulun..tu..pulun lah pulak untuk yang kita nak bawak pi nu...perjalanan amat jauh dan makan masa yang tersangat lama...boleh kah duit ringgit yang banyak dan kedudukan di dunia ni tolong kita?

Orang Lama ( Kelawai )