Muslimin dan Muslimah
Keris Silau ingin berceramah
Jikalau anda sudi dengarlah
Bukan nak jadi Fadilah Kamsah
Sekadar nasihat dan tazkirah
Untuk diriku sendiri dan ummah
Untuk familiku dan ahli rumah
Kerana masyarakat semakin parah
Hilang pedoman tanpa arah
Apabila keluar video lucah
Mufti-mufti diam diri tak ada yang marah
Cuma bekas mufti ajak orang membantah
Inilah antara penyakit yang parah
Apabila mufti cenderung ke pemerintah
Berdiam diri dalam hal yang salah
Memang senang cakap solat haji dan umrah
Senang sentuh bab zakat dan ibadah
Bila isu yang tidak memihak pemerintah
Tiba-tiba jadi macam tidak berlidah
Bukankah Qazaf tuntutan dari Syariah
Adakah neraka yang anda mau tempah
Takutlah azab dan siksa dari Allah
Tayang video lucah memang salah
Jabatan Agama tak pergi cegah
Kalau mengajar walaupun dirumah
Segerombolan datang menyergah
Buat bekas mufti macam penjenayah
Yang bagus diambil tindakan mahkamah
Yang kurang bagus diberi tauliah
Yang bagus disekat dari berkhutbah
Yang kurang bagus diberi anugerah
Yang bagus tak boleh beri kuliah
Yang tak bagus boleh ajar setiap qaryah
Inilah antara punca umat jadi lesu dan lemah
Bila ianya dipegang orang yang tak amanah
Kepimpinan bukan berdasarkan al quwwah
Setiap Mawlid nabi suruh cinta Rasulullah
Namun tindakan tidak mencerminkan sunnah
Sikap dengki menebal tak sudah-sudah
Prioriti sepatutnya pembangunan ummah
Namun tenaga dibuang buat benda tak berfaedah
Sekarang dah banyak kuliah di TV Alhamdulillah
Namun kita ralat dengan sebahagian Ustaz Ustazah
Yang glamor tu memang susah kalau nak tempah
Itu yang selalu masuk tv 3 dan tv hijrah
Kadang2 berbaju terang dan bergincu merah
Ada yang bergelar dato ada masih ustazah
Masuk tv sebab ayat-ayat memang petah
Terpegun penonton di studio dan dirumah
Tetapkan bayaran kalau nak jemput ceramah
Tiket First Class dan mau duduk hotel mewah
Economy Class dan AirAsia tak main lah
Bilik tamu di masjid tak sesuai lah
Rasa-rasanya inikah cara Rasulullah
Sebahagian promosi jualan dalam masjid Allah
Keluarkan hadis tentang kebaikan madu lebah
Jangan lupa beli sebotol selepas ceramah
Selain madu ada juga ubat bagi gagah
Ubat kuat yang telah siap jampi serapah
Macam-macam dari kismis hingga ajwah
Ustaz Ustazah pun makhluk Allah
Tidak semua yang ikhlas berdaawah
Ada yang takut hilang pangkat dan darjah
Ada yang jual agama jual maruah
Oleh itu marilah wahai ikhwah
Sedarkan mereka yang masih jahiliyah
Supaya benar-benar ikut jalan Allah
Berlemah-lembut penuh berhikmah
Kalau diherdik kita jangan marah
Kalau diperli dicaci sabar aja lah
Dunia dan cabaran adalah mehnah
Tiada jalan daawah yang lurus dan mudah
Daawah banyak berliku susah dan payah
Itu memang menjadi sunnatullah
Habuan dunia bukan matlamat pendaawah
Habuan akhirat menanti kita Insyaallah.
Keris Silau
28 Mac 2011
Monday, March 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment