Friday, March 25, 2011

Jangan Ikut Syaitan

Musuh utama manusia ialah syaitan
Syaitan berada di keliling badan
Timur barat utara dan selatan
Dari atas bawah kiri dan kanan
Setiap masa dalam setiap keadaan
Hatta berpuasa dalam bulan Ramadan
Walaupun katanya dirantai sebulan

Membawa manusia ke arah kesesatan
Merasuk manusia membuat kejahatan
Hatta apabila kita sedang buat kebaikan
Tiba-tiba kita ujub timbul kebanggaan
Aku hebat dan maukan puji-pujian
Niat yang baik bertukar dipujuk rayu syaitan

Lihatlah berapa ramai dirasuk syaitan
Berapa ramai berada dilembah kemaksiatan
Yang sah haram tetap diminum dan dimakan
Dilanggah nya arak yang memabukkan
Setelah mabuk timbul sifat kebinatangan
Anak sendiri boleh jadi mangsa kerakusan
Sanggup memperkosa dan bunuh anak perempuan
Lihatlah perangai lebih teruk daipada haiwan
Binatang pun tahu yang mana betina yang mana jantan

Lihatlah manusia yang gila akan kekuasaan
Sanggup menfitnah dan buka keaiban
Sanggup caci-mencaci bermaki-makian
Sanggup membunuh demi kerusi kepimpinan
Jual negara walaupun rakyat papa kemiskinan
Jual maruah diri demi kekal di tampuk pimpinan
Siapa yang suka dan tepuk tangan
Siapa lagi kalau bukan musuh kita iaitu syaitan

Oleh itu wahai kawan-kawan
Tegakkan Islam dan mantapkan iman
Sucikan diri dan cari ilmu pengetahuan
Jangan kita abaikan asuhan dan pendidikan
Agar anak-anak jadi sebaik-baik insan
Semaikan akhlak yang baik ikut AlQuran
Walatusyrikibillah nasihat dari Luqman
Jangan kamu syirikkan AllahArRahman
Lihat juga dengan siapa mereka berkawan
Akhlak juga dibentuk melalui pergaulan
Berkawan penjual wangian maka wangi bau badan
Berkawan tukang besi maka dapat api percikan
Jangan dimanja sangat berkecukupan berterusan
Nanti bila susah sikit senang ditipu syaitan
Semoga nasihat saya baik untuk tuan-tuan
Tak lupa jugalah ibu-ibu dan puan-puan
Untuk diri dan famili ini satu peringatan
Semoga Allah lindungi kita dari syaitan

Keris Silau
25 Mac 2011

(idea datang dari khutbah Jumaat hari ini)

4 comments:

Ariff Budiman said...

Masyaallah. begitu cepat idea datang. Ya Allah jauhkan kami dari syaitan yang di rejam

Anonymous said...

teruskan luahkan ada rahsia yg nak dinyatakan.

hentian said...

hidup ini memang tak boleh lari dari hasutan syaitan..

Anonymous said...

dan syaitan itu datang dalam berbagai bentuk..