Thursday, March 24, 2011

Apa hobi orang Melayu?

Apa hobi orang Melayu
Suka tengok cerita hantu
Suka dengar kisah penunggu
Susah sangat nak baca buku
Suka benar dengar lagu
Suka tengok tv setiap waktu
Suka lihat artis lama dan baru

Apakah hobi orang Melayu
Suka pergi pasar minggu
Suka lepak lihat makwe lalu
Lepak buang masa tak jemu-jemu
Suka hisap dadah dan candu
Jadi sewel dan kepala tak menentu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau ada pesta ramai berpusu-pusu
Hiburan memang sinonim dengan Melayu
Suka sambut Merdeka dan Tahun Baru
Terkinja-kinja macam artis kutu
Lupa daratan dan ikutkan nafsu
Tak menikah dah pun jadi ibu

Apakah hobi orang Melayu
Suka buka aib tak tau malu
Sebab ada agenda tertentu
Tengok sapa nak jatuh dulu
Tayang cerita porno dan blu
Tak salah kata menteri Melayu
Sebab pelakun bukannya aku
Fitnah-memfitnah dari dulu
Selain tu suka mengampu
Memang lah muka tak tau malu
Rasuah depan mata mesti sapu
Lepas tu derma anak yatim-piatu
Orang nak pergi haji pun dia bantu
Baru orang kata pemurah selalu

Apakah hobi orang Melayu
Adakah mereka suka cari ilmu
"Malas lah" dibibir selalu
Berbudaya lemah dan lesu
Asyik tidur dan masuk beradu
Adakah kerana makanan tertentu
Adakah kerana belacan atau budu
Mungkin kurang zat dan madu
Walaupun ramai dah mula bermadu
Saya maksudkan ayam dan jambu madu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau begini macam mana nak maju
Asyik malas dan lesu
Asyik tengok drama tiap2 minggu
Kisah cinta kisah lagha kisah hantu
Akademi Fantasia dan Juara Lagu
Kuliah agama tak berapa laku
Habis macam mana nak maju
Salahkan siapa ibubapa atau cikgu
Nak kata Melayu kurang guru
Tak juga malah ramai prof di U
Ya bila kita fikir memang buntu
Apa yang kita kena ubah dulu
Kita mesti menguasai ilmu
Di manakah sumber ilmu
AlQuran dan sunnah sudah tentu
Bukan baca nak halau hantu
Bukan baca nak bagi kedai laku
Bukan baca untuk berlagu-lagu
Baca faham makna dan mesej tertentu

Wallahualam,

Keris Silau
24 Mac 2011

9 comments:

Anonymous said...

Tahniah saya ucapkan kepada Keris Silau kerana telah kembali 'bersilau'. Teruskan berkarya kerana bagi saya semua hasil karya tuan amat baik, bermutu dan menghiburkan (walaupun pada isinya mungkin akan ada pehak yang tidak bersetuju, itu biasalah).

Saya amat bersetuju program TV kita mengandungi terlalu banyak rancangan hiburan.

Hadiah lumayan pula diberi kepada pemenang acara / program hiburan ini.

Sedikit masa dahula ada satu rancangan mengaji al qur'an secara interaktif, yang di kendalikan oleh Us Farid Ravi di salah satu stesen TV tempatan. Hadiah bulanan yang diberi kepada pemanggil yang berjaya membaca al-qur'an dengan betul dan baik ialah SENASKAH ALQURAN.

Walau pun kita tahu nilai AL-QUR'AN amatlah tinggi dan tidak boleh dibuat perbandingkan dengan apa-apa sekali pun, namun saya rasa eloklah diberi hadiah yang lebih baik, contoh mengerjakan umrah dsbnya.

Orang Lama (Kelawai)

Keris Silau said...

Terima kasih diatas sokongan orang lama Kelawai. Masjid baru bila nak siapa? Saya kerap juga tumpang solat disana. Suka arwah Ustaz badjenid. Wasallam.

dollahyankee said...

apa nak buat?prof di U tu pun semua melayu...

Anonymous said...

Terima kasih Keris silau kerna mu minda kami terbuka

Anonymous said...

Tuan Keris Silau,

Masjid baru kelawai yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada Ogos 2011. Tapi saya sangsi akan keupayaan kontraktor berkaitan untuk menyudahkan pembinaan mengikut jadual.

Lagipun, bukankah ini sudah menjadi lumrah dengan hampir semua projek kerajaan. Fasal harga jangan cakaplah, itu belum masuk VO lagi.

Saya yakin kami penduduk kelawai kena solat aidul fithri sekali lagi di surau sementara macam tahun sudah.

Tentang AllahYarham Us Ahmad Badjenid. Beliau telah menjadi iman di masjid kelawai lebih 60 tahun. Kira boleh masuk malaysian book of record.

Seingat saya (I am in my late 50s now) Us Ahmad lah yang selalu mengimankan semua solah di masjid kelawai. Malah apabila Us meninggal, jenazahnya di bawa ke masjid untuk di mandikan, dikafankan dan diziarahi oleh keluarga kawan dan kenalan. Ini bagi saya adalah satu keunikan.

Itu adalah rezeki Allah kepada beliau.

Orang lama kelawai.

Maaf saya 'terpetik' send dua kali.

Orang lama kelawai.

Keris Silau said...

Salam Orang Lama Kelawai,

Terima kasih diatas info panjang lebar. Terima kasih diatas sokongan saudara selama ini. Harap suatu hari kita dapat berjumpa.

Keris Silau said...

orang lama kelawai, boleh bagi email tak?

Keris Silau.