Wednesday, February 11, 2009

Perak - Satu Analisissinis

Habis dikroje nyer Najib Razak
Diumpan empat monyet nasi kerak
Dapat semula perintah negeri Perak
Negeri jadi celaru dan berselerak
Ada dua MB satu melayu satu mamak
Satu MB PR satu MB Barua NaZak

Tuanku memang ada budibicara
Untuk melantik siapa sahaja
Tapi kita pun tahu siapa tuanku suka
Bila ke Jakarta Tuanku ajak MB lama
Dan orang juga tau kaitan dengan Gamuda
Tapi keputusan Tuanku timbul salah sangka
Rakyat terguris dan demo di Kuala Kangsa
Mahu Tuanku baik-baik guna kuasa
Bukan engkar atau ingin menderhaka
Bukan untuk buat tuanku jadi murka
Namun niat supaya tuanku pikir semula
Semoga Tuanku dapat disanjung di atas takhta

Apa beza cara Najib dengan Nana
Nana tidak tawar mereka Ringgit Malaysia
Nana nak bawa undi tidak percaya
Tapi cara Najib sungguh berbeza
Najib guna ganjaran dan kudeta
4 monyet jadi kelabu tengok juta-juta
Dikurung tanpa pengetahuan sesiapa
Takut senasib macam Bala dan Altantuya
Arumugan pun terpaksa lari balik India

Tup tup tup mati MP Bukit Gantang
Manusia merancang Allah juga merancang
BN dan PR lihat ini satu peluang
Tok Jib akan buat apa saja untuk menang
PAS pula over-confident akan menang
Penduduk Bukit Gantang akan ditatang
Macam di Kuala Teganu dan Permatang
Kali ini biar apa yang datang
Kain pelikat kain batik atau wang
Ambik sebab memang tu duit kau orang
Tapi jangan sekali undi Barisan Natang!

Keris Silau
Februari 11 2009

2 comments:

joshua said...

hehehe

keris silau best lah

Tapi jangan sekali undi Barisan Natang!

Anonymous said...

Amat tak bersetuju dengan kes lompat lompat ni. Mana boleh ambik cara Keadilan. Dulu PKR nak ambik kuasa Sept 2008 secara lompat, sekarang BN pulak tiru cara PKR. Mana boleh, tapi Malaysia Boleh. Tak pe, Parti Kencing/Klentong Rakyat.

Habis le korang ni, percaya sangat dengan PKR, taksub tak bertempat. Tak, jadi le barua baru PKR.