UMNO sedang menuju kehancuran
Hancur kerana kelabu dengan habuan
Baik ahli biasa atau ketua bahagian
Yang pakai songkok atau yang berserban
Yang pergi umrah tiap-tiap Ramadan
Semua beres kalau ada fulus ditangan
Calun yang bagus bukan lagi pilihan
Calun yang tabur duit dapat percalunan
Tidak kira personaliti yang meragukan
Tidak kira jika isteri yang kawal pergerakan
Pun boleh dipilih jadi pemimpin paling kanan
Mana dia yang ikhlas akan perjuangan
Semuanya dah lari masuk pakatan
Jijik melihat rasuah dan kemungkaran
Kemungkaran yang merosakkan keimanan
Kalau menang dapat ikut rombongan
Rombongan cek kiah pi berjalan-jalan
Wakil bahagian dapat ke Hatnyai atau Medan
Itu sebagai menghargai undi dan sokongan
Kita lihat ramai di kelab dangdut berpacaran
Dengan cewek-cewek main cubit-cubitan
Lepas menghempiaskan nafsu iblis syaitan
Keluar mencari makanan halalan taiyibban
Satu dunia tahu calun-calun bagi sogokan
Mereka lebih terbuka direstu pimpinan
Mereka kata kepimpinan melalui teladan
Yang atas buat sebab tu ianya jadi ikutan
Jadi kita mengharap Majlis Fatwa Kebangsaan
Sebelum tu tahniah kepada MFK akan keberanian
Mengharamkan yoga dan juga pondan
Sekarang ini ada satu lagi permintaan
Fatwa mengharamkan politik sogokan
Keris Silau
26 November 2008
Wednesday, November 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sifat ego lebih banyak pada ulama, zalim ada pada orang berkuasa, pura-pura sifat orang politik, tamak menjadi-jadi pada orang kaya, menunjuk-nunjuk kecantikan mainan pada wanita, kecewa budaya orang papa.
Dah puas dengan kalangan yang jiwanya berpenyakit. Dari pemimpin atasan ke pemimpin bawahan mahupun kalangan rakyat jelata. Kalau dah jiwa berpenyakit, mana nak ada lagi jiwa besar, jiwa kecil dan kerdil pun tak ada. Bangsa yang berjiwa besar inilah yang kini dinanti kewujudannya. Bahasa jiwa bangsa, bangsa yang bertaraf kebangsawanan.
Cadangan kepada bakal PM kita..Anwar IBrahim
1. Nanti hapuskan semua biasaiswa kepada orang-orang MELAYU kena bagi samarata dan berdasarkan merit.
2. Hapuskan MARA kerana hanya beri keutamaan kepada org MELAYU.
3. Hapuskan konsep UNIVERSITI BUMIPUTERA di UITM..
4. Minta semua masjid dan surau jangan pasang speaker diluar nanti org bukan melayu terganggu..
5. Benarkan semua TOKONG,GEREJA dan KUIL dibina di tanah kerajaan dan jgn lupa beri peruntukan.
6. Oleh kerana mendapat 2/3 majoriti nanti di PRU13,tolong hapuskan Artikel 153 dan Artikel yg mana YDP Agong ada kuasa beri permit,biasiswa dan apa-apa yg menunjukkan ketidaksamarataan.
7. Hapuskan Artikel BAHASA MELAYU sebagai bahasa rasmi dan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi kerana semua kaum dan menuntut hak samarata..
8. HApuskan semua sekolah kecuali sekolah kebangsaaan.
9. Hapuskan semua kouta yg melibatkan MELAYU supaya lebih adil,ISLAM itu adil.
10. HApuskan AKTA HASUTAN,ISA,KERAHSIAAN (ISO) kerana kerajaan perlu adil dan telus,malah ISLAM itu adil dan umat ISLAM tak perlu perlindungan daripada AKTA-AKTA tersebut.
11. And lastly dont forget to abolish MAJLIS FATWA KEBANGSAAN dan Mahkamah Syariah as it have no function to non Muslim..
reply ketam
jelas sekali otak singkat mu itu..
anyway, u tak kata ape pun pasal rasuah parti pekembar tu ye. heheh
akhir sekali hapuskan manusia manusia seperti ketam yg masih ada di malaysia ini.........
Post a Comment