Monday, January 05, 2009

Allah Selamatkan Palestina

100% salah Zionis celaka
Mengebom membunuh rakyat Gaza
Hamas cuma alasan Israel gila
Lebih kejam dari singa atau serigala
Lihat siapa yang ramai merana
Anak-anak kecil dan wanita
Mereka rebah sebagai shuhada
Merekalah insan Kelas Pertama
Diuji Allah dari dahulu kala

Pabila Israel membedal Gaza
Berdiam buta pula Amerika
Mana pejuang hak asasi manusia
Pandai menuntut hak dunia ketiga
Namum membisu saja di Gaza
Bush kata Hamas punya angkara
Eloklah dipenggal kepala nya
Kena baling kasut padan muka
Israel jadikan Bush alat boneka
Menghalalkan apa yang Israel suka
Kita lihat apa pula alasan Obama

Ayuh adik ayuh saudara
Bangun berjihad dengan segera
Kita ke Gaza membela agama
Apa kita cuma bagi derma
Cuma demonstran bakar bendera
Tiup semboyan jihad wahai ulama
Apa sangat kesenangan dunia
Sayang Mercedes sayang harta
Tak sanggup kita tinggal negara
Membiarkan umat Palestin sengsara
Israel memperkosa saudara kita
Israel sembelih anak dan wanita
Apa kita masih sibuk berpesta
Kembangan api tahun baru dah tiba
Kembangan api yang benar ada di Gaza

Keris Silau
5 Januari 2009

1 comment:

KC said...

100% salah Zionis belaka,
Memang gitu tanggapan umum,
Psikologi propaganda media perdana,
Bukan iya bukan tidak, kita menyokong si Zionist.
Peluru bertabur tak kenal mangsa.
Nak tau kisah, biar berasas sejarah,
Tanggal 29, bulan sebelas, tahun empat puluh dan tujuh,
Bangsa Bangsa Bersatu semua setuju,
Resolusi Satu Lapan Satu Palestin dibelah dua.
Sebelah Arab sebelah Yahudi.

Tahun 48, bermula lah Perang Arab-Israel,
Balatentera Egypt, Syria, Jordan serta Lebanon bersama Iraq,
Mula mengasak negara si Yahudi sehingga ranap berkecai,
Walau bernyawa ikan Yahudi terus melawan,
Sehingga ditawan kembali tanah sendiri,
Terus melawan hingga menawan tebing kepunyaan lawan.
Tahun 57 membuka tirai Perang Sinai,
Diikuti Perang Enam Hari tahun 67,
Ankara Eygpt, Syria dan Jordan bergabung jihad,
Menentang Yahudi yang jauh kurang balatenteranya,
Sekali lagi bertaburan lari di tewas Yahudi,
Sehingga kehilangan Tebing Barat, Gaza, Sinai dan Golan Heights.
Semenjak tu perang berulang berkali-kali,

Amalan perang, bila kalah kenalah lanyak,
Harta benda habis berkecai nyawa rakyat terus melayang,
Habis dah kalah menanggis pulak,
Mengadu bapak, mengadu mak.
Tak kan Yahudi nak mengucap ”Thank You for coming, killing me!”

Pokoknya, dari sejarah kita beriktibar,
Berperang dengan Yahudi kekerasan pasti mengalah.
Kenapa tidak berjihad membina minda rakyat?
Itu senjata yang paling dahsyat!