Friday, November 07, 2008

Makkal Sakti Bergema di Amerika

Dunia meraikan kemenangan Obama
Mereka lupa sekejap pasal Osama
Tsunami politik juga melanda Amerika
Pertama kali Presiden berdarah Afrika
Seronok dan gembira mereka di Kenya
Kampung asal-usul bapa kepada Obama
Begitu juga sekolah Obama di Indonesia
Dan adik ipar Obama Dr Ng dari Malaysia
Dia kawin dengan adikObama nama Maya
Bukan Maya Karin tu pelakun drama

Silap McCain serang peribadi Obama
Taktik untuk menakutkan rakyat Amerika
Isu ketuanan juga dimainkan di sana
Serupalah macam disini pun sama
Akhirnya tersungkur Senator dari Arizona
Dan ikut sekali Sarah Palin dari Alaska

Obama berjaya tarik pengundi muda
Bagi peluang yang adil dan saksama
Obama tahu arus dan kehendak belia
Bukan macam Bush yang jahat dan gila
Disini pula UMNO cantas kaum intelek muda
Susah nak naik sebab Ketua Bahagian tak suka
Ahli UMNO sokong yang ada kuasa dan kaya
Walaupun personaliti itu penuh curiga
Khir Toyo mendadak kaya penuh bergaya
Duduk di banglo mewah entah berapa sewa
Duit gaji dan elaun kurang dari duit sewa
Tapi masih dapat percalunan kedua banyaknya
Begitu juga calun Presiden yang penuh tandatanya
Masih lagi belum terjawab pembunuhan Altantuya

Makkal Sakti bergema juga di Amerika
Kuasa rakyat menentukan kemenangan Obama
Kuasa rakyat sudah lama bergema di Malaysia
Barisan tumbang dalam pilihanraya bulan tiga
Hingga kini masih sukar nak percaya
Mereka sukar untuk nak adjas suasana
Masih berlagak dan angkuh macam biasa
Mereka sebenarnya ialah Hamba
Hamba kepada duit dan kuasa
Sebab tu mereka tak boleh tunggu bulan tiga
Lagi banyak duit kena perabis kalau lagi lama
Dalam UMNO itulah dia budaya
Wang ringgit sudah menghanyutkan mereka
Apa mereka ini benar-benar ikhlas wahai saudara
Ikhlas untuk berjuang demi bangsa dan agama
Mereka sebenarnya Pejuang Ringgit Malaysia!

Keris Silau
7 November 2008

6 comments:

Hayati said...

memang benar apa yang dikata
dah lama org tahu bagai dikata
tapi depa nie pekakkan telinga
asalkan perut penuh diisi hati pon suka.

Anonymous said...

tidak keterlaluan jika kita mengata
depa ni tak sembah Allah seperti yg dikata
sbb realitinya yg disembah pangkat dan harta
sampai sanggup berlaku zalim mencuri hak rakyat jelata

Pemuda Malaysia said...

harap silau jelah keris kau tapi tak tajam...

ko pegila sokong makkal sakti tue..
ko tak tahu hindraf yang banyak buat kerosakan di malaysia nie...

makkal sakti racist said...

makkal sakti?? benci perkataan tu. cintailah bahasa kebangsaan

Raja Marzuqi said...

Perjuangan manusia pada akhir zaman ialah membanyakkan fail, carta dan kertas kerja. Ia boleh mengabui mata, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

SALAM UKHWAH...Saya link blog saudara.

Anonymous said...

Pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (pekembar) akan bersidang di pusat dagangan dunia putra (pddp) pada bulan mac 2009.
Dari pencinta bahasa kebangsaan