Salam untuk semua,
Saya diminta menulis Seloka ISA oleh Presiden GMI, Saudara Syed Ibrahim pada tahun lepas untuk program GMI. Saya letakkan semula tulisan yang terdahulu mengenai ISA.
ISA ialah akta zalim yang mesti dihapuskan.
Mufti Perlis telah mengatakan ISA bukan berlandaskan hukum Islam.
Sila tandatangan di bawah untuk membantah akta ISA dan membebaskan semua tahanan ISA.
http://www.PetitionOnline.com/isa1234/petition.html
Habuk pun tara!
Menteri Dalam Negeri cakap kosong belaka
Satu bentuk penipuan jauh dari fakta
Bila beri jawapan dalam parlimen yang mulia
Katanya bantuan diberi untuk keluarga mangsa
Bantuan apa wahai pembesar negara
Bantuan tak ada gangguan ada
Nak beri dua ratus bukan main berkira
Tapi habuk pun tara
Bukan dua ratus yang kami minta
Kami mahu mangsa ISA dibebas segera
Bantuan apa kalau diganggu SB-SB durjana
Memberi tekanan dan pecah cermin kereta
Ugutan demi ugutan kepada isteri mangsa
Menteri cuma pandai buat kenyataan
Tapi tidak tahu akan keadaan
Zaman dia katanya tak ada tangkapan
Tapi ISA diguna di seberang Laut Cina Selatan
Ini lah sebahagian dari perangai setan
Suka tipu demi menjaga kedudukan
Ya lah sebab mahukan kemewahan
Dia bukan tahu apa erti penderitaan
Naik bot mewah di seberang lautan
Kita disini disiksa susah cari makan
Dia boleh bawa artis luar berpesta-pestaan
Berhibur bergelak ketawa dalam majlis keramaian
Kita disini menangis anak-anak kelaparan
Wahai kerajaan pimpinan Dollah Badawi
Apa jenis ajaran yang dibawa Islam Hadari
ISA tak ada dalam ajaran Islam ori
Tangkap tanpa bicara bukan ajaran Islam yang suci
ISA ni hukum fikah ke berapa Islam Hadari
Sedarlah sikit umur semakin tua dimakan hari
Rumah kata pergi kubur kata mari
Kau nak jawab apa kat kubur nanti
Kau nak minta tolong sapa khairi
Dalam kubur yang gelap tak ada khairi atau nori
Kau kena jawab seorang diri
Begitu juga dengan pembesar dan menteri
Soal akhirat syurga neraka tak boleh lari
Sekarang di dunia kamu semua siksa kami
Kamu tangkap kami punya suami
Bagi alasan mengancam keselamatan negeri
Apa jenis alasan yang diberi
Jemaah Islamiyah tak ujud di Malaysia kata IGP
Kenyataan bercanggah tak kiralah Dompok atau Johari
Nampak sangat nak menipu tentang hak asasi
Oleh itu janganlah buang masa lagi
Bebaskanlah mangsa akta kejam ini
Keris Silau
16 December 2007
Rintihan Kamunting
Wahai rakyat Malaysia
Anda masih mampu senyum dan ketawa
Menikmati masa bersama keluarga
Menjamah juadah yang beraneka rupa
Hujung minggu beriadah di taman-taman bunga
Setiap tahun pulang ke kampong berhari-raya
Menonton drama yang menghiburkan jiwa
Namun luangkanlah sedikit masa
Untuk menjenguk mangsa kekejaman ISA
Yang tiada tempat merintih rasa
Kerana dituduh pengganas tanpa bicara
26 mangsa sudah hampir 6 tahun di Kemta
Satu tempoh ISA yang paling lama
Isteri di rumah memendam rasa
Anak-anak merindui belaian manja
Rindu amat sangat bapa yang tercinta
Ada yang tidak tertahan menanggung derita
Jiwa tertekan hidup dalam trauma
Memikirkan nasib bapa pulang entah bila
Hampir enam tahun dikurung dipenjara
Terkurung di blok batu dan pagar raksasa
Seolah-olah Kem Xray Guatanamo di Cuba
Kalau benar mengancam keselamatan negara
Keluarkan bukti penglibatan dengan segera
Tempoh enam tahun bukti tak dapat jumpa
Ini benar-benar melanggari hak asasi manusia
Undang-undang kejam ala rimba
Kalau betul-betul nak pulihkan mangsa
Jikalau kamu yakin mereka terlibat sama
Pulangkan mereka ke pangkal keluarga
Wahai pembesar negara
Dengar sini kami ingin berbicara
Allah berjanji akan dimakbulkan doa
Orang-orang yang disiksa dan dianaiya
Takutkanlah hukuman Tuhanmu Allah Maha Esa
Kau masih mampu ketawa besar dan berpesta
Kau masih mampu terbang sini terbang sana
Tapi kau telah menyalahgunakan kuasa
Kau biarkan mereka menanggung derita
Akibat kesalahan yang telah direkacipta
Oleh mereka yang berperangai syaitan durjana
Kau juga membiarkan anjing-anjing mu menganggu isteri mangsa
Mengugut dan ambil kesempatan kelemahan wanita
Namun Allah Maha Berkuasa
Kau tidak akan terlepas dari siksaan neraka
Wahai kawan-kawan di luar sana
Bangunlah dan keluarkanlah suara
Bantah ISA sekeras-kerasnya
Kami tidak mahu harta-benda
Kami memerlukan doa anda
Kami mahu sokongan padu saudara
Kami sudah tiada lagi airmata
Cuma semangat yang membakar dan membara
Yang mahu keadilan ditegak dibumi tercinta
Keris Silau
12 December 2007
Saturday, September 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Masuk jail pun anak/bini rindu, kluar negara pun anak bini rindu, dah buat salah, mesti lah kene hukum. ISA patut diperkuatkan lagi untuk menjaga negara. Sepatut nya Anwar tu masuk ISA selama lama nya, tak ada mangsa liwat lepas tu
Memang dalam Islam tak ISA, dalam Islam pun tak da mencaci, menuduh sepertimana yang Keris Silau ni buat. Nak tunjuk baik konon, pegi dah, tengok diri sendiri dulu lah. Caci sana, fitnah sana/sini, Islam apa ko ni....
parti kencing rakyat memang jahanam. ko buta kepala hotak. bacul! penakut. memang sah UMNO totok. memang sah sial! celaka!
teruskan perjuangan mu kerissilau!
hafiz said...
parti kencing rakyat memang jahanam. ko buta kepala hotak. bacul! penakut. memang sah UMNO totok. memang sah sial! celaka!
teruskan perjuangan mu kerissilau!
Kah kah kah..Parti Kencing Rakyat, Parti Meliwat Rakyat...kah kah kah...Kene kencing lah dengan anwar..kah kah kah
Hafiz...hehehe marah ko ye..kah kah kah..Parti Kencing Rakyat
Post a Comment