Monday, September 08, 2008

PAS Muqabalah, Saiful Mubahalah, BN Munggalabah

Bila Hang Lah sedar Anwar bagi masalah
Dia istihar UMNO dan PAS bermuzakarah
PAS kata sebenarnya ia adalah muqabalah
Lalu tersepit dia suruh si Saiful mubahalah
Semuanya tak menjadi maka P44 BN jatuh kalah
Anwar kata 16 September tak ada masalah
BN tenggelam punca dan mula menggelabah
Dihantar 51 MP BN ke Taiwan oleh Hang Lah
Betui-betui punya dongoi cara BN memerintah
Apa punya haprak mentaliti BN dan Hang Lah
Aku rasa BN dah masuk kategori Mughalazah

Perabis duit hantar MP BN ke Taiwan
Misinya ialah belajar sambil berjalan
Malam boleh berseronok di kelab hiburan
Sepatutnya beramal lebih di bulan Ramadan
Macamlah tak boleh jalan lain-lain bulan
Hang Lah dan NorJeep kata ianya kebetulan
Hangpa ingat rakyat bodoh tak guna fikiran
Kalau tersepit eloklah hangpa dua letak jawatan

Mufti Perlis pun dah tulis pantun cari ganti
Kalau negara kacau eloklah hangpa dua berenti
Mana boleh Perompak ganti Pencuri
Perompak tu NorJeep Pencuri tu Bedwi
Ulama berhikmah bukan hentam peribadi
Itu mesej supaya Hang Lah sedar diri
Nak kawai Mat Semail pun tak reti
Alasan dia Ahmad tak dapat dihubungi
Apa punya haprak kita punya Perdana Menteri
Ya Allah awat teruk sangat si Dol sorang ni

Keris Silau
8 September 2008

2 comments:

Anonymous said...

sdr,saya sentasa membaca dan menghayati ulasan dalam blog ini.bukan saja isi/fakata yang menarik lebih penting bahasa dan kata-kata yang amat berkesan dan hikmah.tahniah.memang benar bahawa dakwah/kebenaran itu boleh disampaikan dalam banyak cara dan saudara telah buktikannya,tahniah dan teruskan.

Anonymous said...

51 MP yang pi Taiwan tu rombongan sambil belajar pasal pertanian.. biar betoi ni, semua MP tu pakar pertanian ke? Atau diapa ni nak tanam ubi kayu dan kentang lepas balik dari rombongan.. betoi betoi punya perabis duit negara!