Friday, August 15, 2008

Medan Jihad jadi Medan Jahat

Ariff Shah dipilih sebagai korban
Walaupun Raya Haji lagi beberapa bulan
Dato Jalil dan Pirdaus berlopong kempunan
Dua kali kalah pun masih ada hati nak lawan
Kalah pula dengan seorang calun perempuan
Presiden Partai Keadilan iaitu Kak Wan
Dato Jalil orang tak suka dengan keangkuhan
Dok tayang Jaguar timbulkan meluat dan kebencian

Orang kampung suka orang yang baik perangai
Tak kiralah kalau Imam atau bekas pegawai
Bagi depa walaupun Imam tapi tak mematuhi piawai
Sebab Imam sepak tong tak tentu hala tunjuk bebai
Walaupun janggut sejemput tapi perangai kusut-masai
Dok elok-elok jadi Imam balik kampung jadi pecacai
Mana orang kampung tak marah-marah terus tibai
Silap haribulan nanti mulut pun kena cabai
Eloklah duduk diam-diam makan roti cicah gulai

Jadual DSAI di Permatang Pauh sungguh ketat
PKR Penang pastikan semua area kena melawat
Jangan silap dengar pula nanti kata kena meliwat
Latar dan belakang semua sukarelawan akan disiasat
Supaya tiada lagi agen jahat yang buat khianat
Termasuk pembancuh kopi O atau Kopi Larat
Budak laki hensem tidak akan diambil atas nasihat
Marka-marka yang cun-cun juga jangan rapat
Jihad telah pun diistiharkan kepala depa iaitu Mami Jat
Sebenarnya bukan jihad tapi nak buat jahat
Eloklah mereka-mereka ini digelar sebagi Mujahat
Mereka sebenarnya pecacai yang dijadikan alat
Berhati-hatilah baca bismillah dan doa selamat
Mereka ini lebih bahaya dari hantu yang sesat
Berikut diperturunkan panduan mengenali sifat-sifat
Satu mereka bermisai dan kurang sekali ada janggut lebat
Kedua berbaju putih ada lambang keris merah berkarat
Wanita berbaju putih dan kainnya merah pekat
Yang muda sikit pakai baju pink yang singkat-singkat
Walaupun bertudung pink tapi masih nampak aurat
Sebab dia orang pakai seluar jean yang ketat-ketat
Itu lah beberpa sikit panduan supaya kita tak masuk jerat

Keris Silau
15 Ogos 2008

2 comments:

Anonymous said...

Ustaz tendang tong jadi Executive Director WWE Holdings Bhd. Syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail, yang dapat banyak projek kerajaan.

Di Pulau Pinang ustaz ni tolong Dato Lan Saidin lobby untuk projek Jelutong Sewerage Treatment Plant (JSTP) bernilai hampir setengah billion.

Ini lah dunia... atau lebih tepat 'hisbul dunia'.

Tukang teropong.

Sydgustav said...

Salam,Bro Keris Silau, propose another seloka....the title will be..
Nana NoN dah Menang or from Sbrg Jaya ke PutraJaya.
P/S -Thank You to whoever involve in/directly on yesterdays by-election.