Mula-mula Saiful bersumpah
Lepas tu Najib juga bersumpah
Nasib baik SamyVellu tak bersumpah
Rakyat naik mual dan menyampah
Rakyat tidak percaya tuduhan dan fitnah
Lalu rakyat hukum mereka yang bersumpah
Mereka kalahkan BN dan Arif Shah
Mereka menangkan Nana Non laki Azizah
Maka hari ni Nana Non yang angkat sumpah
Hari ni Nana Non jadi wakil rakyat yang sah
Jadi Ketua Pembangkang duduk depan Hang Lah
Nana Non akan jeggeh biji mata Hang Lah
Jeggehan Nana membuatkan Hang Lah gelabah
Gelabahan Hang Lah membuatkan ketiak dia basah
Bajet yang nak dibentang pun jadi serba salah
Baru dia tau Nana Non dok tunggu lama dah
Nana Non akan tanya soalan nasi tambah
Hang Lah tak leh jawab sebab tak cerdik masa sekolah
Lalu Nor Yakob kena standby tak leh mencelah
Bos hang bukan faham rakyat punya masalah
Dok asyik tidoq masa mesyuarat dan ceramah
Itulah senario dewan esok yaumul Jumaah
Muncul kembali wira rakyat melakar sejarah
Dengan keyakinan dan harapan beliau melangkah
Membawa obor rakyat dari Perlis hingga ke Sabah
Harapan untuk menapak ke Putrajaya amat cerah
Semoga doa dan usaha kita diberkati oleh Allah
Keris Silau
28 Ogos 2008
Thursday, August 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sdr
sampai masanya segala seloka dan syair politik tuan dibukukan dan dijual kerana amat bermakna dan berkesan.saya harap tuan mengambil inisiatif untuk mrmbukukanya macam bloger yang lain.
sau lagi seloka politik yang amat baik dan tepat
sekian
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk Keris Silau, selamat berpuasa :)
Post a Comment