Tuesday, August 12, 2008

Jihad di Permatang Pauh

Sharizat istihar jihad di Pulau Mutiara
Kita nak tanya jihad menentang siapa
Nak perangi kafir harbi atau Zionis durjana
Oh jihad menentang Nana Non dalam pilihanraya
Ulama mesti geleng kepala baru punya fatwa
Jihad dengan tabaruj dan tudung terbuka
Jihad ini pastinya menggerunkan Amerika
Sebab ianya dilancarkan oleh sayap wanita
Siapa tak kenai anak mami tanjung bunga

Kata Sharizat jihad sebab negara dalam bahaya
Kalau Matang Pauh jatuh kat tangan Nana
Hancuk negara jatuh kat pengkihianat bangsa
Sebab Nana Non agen Yahudi dan orang Cina
Tak boleh biaq dia ambil alih kuasa
Habis dia selongkak kami punya cerita
Kami jenuh nak tepih bila pemberita tanya

Saban hari kita dengar cerita lawak menteri
Dari Hamid Albar hingga Dollah Badawi
Hamid Albar pertahankan Saiful Bukhari
Tak boleh dakwa Saiful sebab dia jadi saksi
Dan juga dia yang buat lapuran polis sendiri
Apa punya keeerr menteri kita yang satu ni
Mat Ezam pula la ni jadi anjing Bedui
Dulu buat lapuran rasuah terhadap Perdana Menteri
Bersumpah tak akan masuk UMNO sampai mati
Ahli politik yang tidak ada integriti
Ahli politik yang sembah Ringgit lima kali sehari
Kalau Mat Ezam lalu depan orang akan tuuuiii
Orang akan tanya Mat Ezam mana 6 kotak disembunyi
Kononnya ada semua rahsia rasuah dan salahlaku menteri
La ni silap haribulan dia boleh cium tangan Khairi
Mana Rafidah tak cemburu dan iri hati

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Kalau selalu berbohong
Ikut perangai macam menteri (Umno)

Keris Silau
12 Ogos 2008

4 comments:

Anonymous said...

Ni nak pebetui sikit.

Mami Jad bukan oghang Tanjung Bunga. Mola-mola duk di Langkawi Road, dekat Kebun Lama lepaih tu pindah pi Lorong Mat Taib, Jelutung.

Kalau tak salah baca sekolah St. George belum pi TKC di Seremban.

Orang Lama
Kelawai.

Keris Silau said...

Salam Orang Lama Kelawai,

Terima kasih memperbetulkan fakta walaupun kadang-kadang karya tu rekaan semata-mata, tiada kaitan yang hidup atau yang mati. Bukan apa, takut kena saman. La ni depa main berjuta-juta, mana la saya ada duit sebanyak tu.

Saya tau dia masih ada tanah di Lorong Mat Taib, dekat dengan rumah Haji Sahak.

Dia buat court badminton untuk budak-budak.

Long Man said...

shahrizat shahrizat
aku pun pelik sangat
ye ke dia nak berjihad
ataupun nak kena jilat
tak teringin aku nak menjilat
sebab dah tentu berkarat

shahrizat shahrizat
aku pun pelik sangat
jihad menentang orang sesat
tentulah syahid bila diangkat
kebenaran pulak nak dijihad
dah tentu sesat bila diangkat


amacam bro keris silau? agak2 aku boleh compete dengan bro ke bila buat blog pantun? ;)

Keris Silau said...

Boleh....boleh. Silakan, the more the merrier.