Friday, February 15, 2008

UNDILAH BARISAN UNTUK MASA DEPAN YANG…….ZZZZZZZ

Pak Lah suruh engko undi Barisan
Supaya agenda dia akan berterusan
Agenda pertama ialah tampuk pimpinan
Khairi akan terus dilantik menteri kanan
Karier politik Najib terus tertekan
Mungkin dia sipi-sipi kalah di Pekan

Agenda kedua sesuai dengan akronim Barisan
Barang Naik sudah menjadi kemestian
Malam 8 Mac kereta akan queue berpanjangan
Semua nak isi minyak penuh di stesen berdekatan
Dan ramai yang berpusu-pusu pergi Tesco atau Giant
Habis diborong tepung, gula, minyak dan susu isian

Agenda seterusnya kabinet akan mengalami rombakan
Namun yang kekal ialah menteri paling berpengaLAMAan
Ya betul Samy Velu tidak lain dan tidak bukan
Sebab engko jugak yang undi Barisan
Maka akan lebih banyak bangunan akan alami keretakan
Maka parlimen akan terus bocor semasa musim hujan
Kalau jalan runtuh Tuhan akan terus dipersalahkan

Jikalau BN juga yang engko pangkah
Engko akan terus dipimpin PM yang paling lemah
Bukan setakat lemah malahan kaki pelemah
Dia boleh tipu tarikh bubar parlimen tanpa rasa bersalah
Lain kali jawab no komen atau apa-apa saja lah

Jikalau BN juga yang menjadi pilihan anda
Anda akan terus dipimpin PM yang kaki lena
Walaupun dalam dewan yang gamat suasana
Dalam majlis di peringkat tempatan atau antarabangsa
Anda akan malu bila orang luar bertanya
Anda akan dipimpin oleh PM yang ilmu kurang didada
Kerana inilah PM yang paling kurang membaca
Tidak berapa peka perkembangan semasa
Cuba tanya dia siapa dia tu Obama
Dia akan jawab Obama tu anak Osama
Okaylah dia bukanlah seteruk yang disangka

Jikalau BN masih engko pangkah
Maka jangan harap terhapusnya gejala rasuah
Malah rasuah akan menjadi-jadi dan bertambah
Dari piun pejabat hinggalah menteri kabinet Pak Lah
Banyak lagi penyelewengan peringkat tinggi atau rendah
Malahan rasuah akan jadi kronik macam penyakit barah
Sebab diberitakan ACA pun bagi rasuah

Jikalau BN yang engko undi
Maka ramai lagi hakim mangkok di judiciary
Maka ramai pelabur-pelabur asing akan lari
Lihat bagaimana korupnya hakim-hakim disini
Dengan peguam ketua hakim pergi bercuti
Tipu pula kata kebetulan berjumpa di Changi

Keris Silau
15 Februari 2008

No comments: