Monday, February 11, 2008

Mana janji-janji mu ?

Bila baru jadi Perdana Menteri
Pak Lah banyak buat janji-janji
Antaranya dia akan kerja kuat lagi
Selain dari slogan work with me
Dia juga mahu hapuskan korupsi
Dan menjanjikan pendidikan berkualiti
Dan bercakap benar serta transparency

Empat tahun sudah berlalu pergi
Anda jadi hakim dan nilailah sendiri
Kerja kuat apa kalau asyik tidur siang hari
Tidur pula semasa mesyuarat dan majlis rasmi
Bukan omong kosong memang ianya realiti
Kalau kerja kuat selalu ada di ofis bukan bercuti
Di sini bencana banjir tapi dia bercuti dengan boss Ferrari

Nak hapuskan korupsi wahai sedara-sedari?
Yang kita tahu kepala penyamun menantu sendiri
Dan syarikat yang mendadak naik iaitu Skomi
Habis dirampok harta negara berguni-guni
Menantu berlagak macam dia Timbalan Perdana Menteri
Ceh... boleh bagi amaran kat orang jangan melobi
Untuk jadi calun parlimen atau dewan undangan negeri
Hang sebenarnya sapa wahai Encik Khairi
Hang cuma Pemuda Umno punya deputi
Orang UMNO sendiri pun meluat dan benci

Berbalik kepada janji dan kata-kata al Badawi
Masihkah kau ingat bila dia lancarkan Islam Hadari
Dia suruh kita baca dan mengkaji kitab suci
Tapi gambar begitu jelas dia pegang bahu sebelah kiri
Siapa lagi kalau bukan Michele Yeo, Ipoh mali
Dan setahu kita Islam suruh jaga akhlak isteri
Tapi tuan-tuan lihatlah sendiri dia punya bini
Inilah orangnya yang suruh kita bongkar kitab alGhazali

Berbohong nampaknya mudah sekali
Orang puteh kata it comes naturally
Membohongi rakyat melalui celah gigi
Antara sifat munafiq berjanji tapi tidak tepati
Wahai sedara sedari yang akan keluar mengundi
Biar kita ajar mereka kali ini
Mari kita menidakkan BN menang 2/3 majoriti

Bukan kita hendak memerintah negeri
Kalau tidak mereka akan buat sesuka hati
Lanjutkan kontrak Rashid SPR punya pengerusi
Walaupun kawan tu berat sebelah punya refri
Kalau BN yang salah dia tak bagi penalti
2004 dia yang jadi akitek BN menang landslide victory
The highest seats BN ever won never in history
Tu kerja dia lah persempadan semula constituency
Oleh itu I bagi tau you all sekali lagi
Pada hari mengundi iaitu 8 Mac ini
Please deny BN two-third (2/3) majority!


Keris Silau
11 February 2008

No comments: