Suratkhabar penuh dengan berita pilihanraya
Seperti biasa BN memperalatkan media perdana
Selain dari menggunakan Kemas dan Balairaya
Dan memegang tengkok kontraktor untuk dana
BN terus menguasai TV satu, dua dan tiga
Tapi kali ini BN nampak kelam kabut
Shahidan dan Radzi sudah bikin ribut
Negeri kecil seperti Perlis pun nak berebut
Begitu juga dinegeri lain semua jadi kalut
Pak Lah tak macam Tun M yang tidak takut
Orang macam Sharip Omar pun berani ugut
Awatlah hangpa semua ni buta perut
Mana Pak Lah tidak mengalami sesunggut
Nasib baik Jin ada untuk tolong urut
Pak Lah masih tunduk tidak berani
Walaupun kita tahu percaturan Khairi
Untuk mengatur orangnya disetiap negeri
Supaya mencapai cita-cita jadi Perdana Menteri
Lalu Mukhriz diposkan di Jerlun bukan Langkawi
Tujuannya supaya Mukhriz tewas di sawah padi
Dan tidak menguasai pulau pelancungan duti free
Tetapi ramai rakyat rasa kecewa
Tengku Adnan Mansor kekal di Putrajaya
Seorang menteri yang korup dan berdusta
Hubungan rapatnya dengan tauke judi Berjaya
Tapi Pak Lah tidak peduli kehendak rakyat jelata
Masih mahu peribadi yang moralnya tiada
Peribadi yang meragukan dipilih semula
Seperti Azim dalam kes PKZ yang rugi berjuta-juta
Rapidah yang sudah sinonim dengan AP kereta
Zam yang memalukan seperti dipaparkan AlJazeera
Badarudin yang celupar mulut kes pakaian Air Asia
Begitu juga Bung Radin yang merendahkan wanita
Wahai Pak Lah, tak ada ke calun yang lebih berwibawa?
Keris Silau
25 Februari 2007
Monday, February 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ape-ape je lah keris silau oi..dulu saya dengar ada semangat BA..semua pembangkang bersatu...sanggup kongsi matlamat dan membantu rakyat...sekarang nih...mana BA tuh....tinggal kenangan...nampaknya sekarang nih parti yg dulu sehati sejiwa dah bercerai berai..sebab nak selamatkan poket masing-masing jugak...mana-mana wakil rakyat pun
macam tuh..jangan tuduh BN aje...pikir-pikirkan lah yea
jgn lupa melawat blog saya http://blackgagak.blogspot.com/
Post a Comment