Friday, May 25, 2007

Islam itu Mudah

Marilah kita buang yang bidaah
Kembali kepada amalan Sunnah
Yang disampaikan oleh Rasulullah
Bukan melalui hadis palsu dan lemah
Kadangkala boleh rosak aqidah
Bukan kita bincang benda khilafiah
Tapi kita nak ajak orang ikut Sunnah
Kalau tidak ummah semakin parah

Islam itu agama yang mudah
Jangan pula kita bagi payah
Macam puasa tak perlu ludah-ludah
Tak perlu sedia banyak juadah
Mati tak perlu buat kenduri arwah
40 atau 100 hari tak ada dalam seerah
10 Muharam tak perlu bubur asyurah
Tak perlu samak bila masuk rumah
Solat jama qasar bila lebih 60 marhalah
Begitu juga bila berada di Arafah
Dan apabila kita melontar jamrah
Tak ada air boleh guna debu tanah
Jangan sampai terlepas solat fardiah
Masuk Islam tak perlu bin Abdullah
Tukar nama pun tak payah
Tak perlu bersanding bila bernikah
Itu adat Melayu yang bercanggah
Tak perlu pakai pelikat atau jubah
Asalkan tutup aurat jangan terdedah

Ya, Islam itu mudah
Kita kena kuatkan aqidah
Pertingkatkan ibadah
Ilmu ialah perisai dinniyah
Tanpa ilmu jadi jahiliyah
Perbanyakkanlah bersedeqah
Menolong yang faqir dan susah
Berjihad menegakkan kalimah
Sehingga tiada lagi fitnah

Keris Silau
24 May 2007

4 comments:

shukor said...

alamualaikum bang,
i followed your articles and even fwd it to group mail.Nice work , terima kasih.
As for the distance allowable us to take a cut of 4 to 2 rakaat and combine practices, i think it starts at 2 marhalah, nor 60 .2 marhalah is approximately 60 miles.
sekian, wassalam.

Anonymous said...

Ya, terima kasih.

Anonymous said...

So far saya ada ambil beberapa puisi anda letak dlm blog saya..ok tak...

Anonymous said...

Taraknama,

ok, saya dah tau thru google search. Go ahead,unless someone go and mofify it without my knowledge.