Monday, February 25, 2008

Seloka Pilihanraya 2008 (Siri 1)

Suratkhabar penuh dengan berita pilihanraya
Seperti biasa BN memperalatkan media perdana
Selain dari menggunakan Kemas dan Balairaya
Dan memegang tengkok kontraktor untuk dana
BN terus menguasai TV satu, dua dan tiga

Tapi kali ini BN nampak kelam kabut
Shahidan dan Radzi sudah bikin ribut
Negeri kecil seperti Perlis pun nak berebut
Begitu juga dinegeri lain semua jadi kalut
Pak Lah tak macam Tun M yang tidak takut
Orang macam Sharip Omar pun berani ugut
Awatlah hangpa semua ni buta perut
Mana Pak Lah tidak mengalami sesunggut
Nasib baik Jin ada untuk tolong urut

Pak Lah masih tunduk tidak berani
Walaupun kita tahu percaturan Khairi
Untuk mengatur orangnya disetiap negeri
Supaya mencapai cita-cita jadi Perdana Menteri
Lalu Mukhriz diposkan di Jerlun bukan Langkawi
Tujuannya supaya Mukhriz tewas di sawah padi
Dan tidak menguasai pulau pelancungan duti free

Tetapi ramai rakyat rasa kecewa
Tengku Adnan Mansor kekal di Putrajaya
Seorang menteri yang korup dan berdusta
Hubungan rapatnya dengan tauke judi Berjaya
Tapi Pak Lah tidak peduli kehendak rakyat jelata
Masih mahu peribadi yang moralnya tiada

Peribadi yang meragukan dipilih semula
Seperti Azim dalam kes PKZ yang rugi berjuta-juta
Rapidah yang sudah sinonim dengan AP kereta
Zam yang memalukan seperti dipaparkan AlJazeera
Badarudin yang celupar mulut kes pakaian Air Asia
Begitu juga Bung Radin yang merendahkan wanita
Wahai Pak Lah, tak ada ke calun yang lebih berwibawa?

Keris Silau
25 Februari 2007

Tuesday, February 19, 2008

Gila Nombor

Tarikh Lahir Siapa Pula 8 Haribulan?

Media utama dah mula dah
Main kotor dan berat sebelah
Penarikan diri Fong parlimen Batu Gajah
Boleh jadi tajuk utama media pemerintah
Apa punya kemaruk parti Pak Lah
Tak ada isu ke yang hendak didedah

Begitulah sama saja setiap pilihanraya
Jijik sungguh kelakuan media perdana
Lagi jijik tuan editor dan tuan punya
Kelirukan rakyat dengan membelitkan fakta
Negara maju sepatutnya bebas media
Bukan dikongkong oleh parti pemerintah yang ada
Begitu juga TV satu dua dan tiga
Tidak habis-habis menabur fitnah dusta
Kadang-kadang menyampah sekali pembaca berita
Walaupun muka manis dan lawa
Sebab tu Metro dan Kosmo jadi bacaan belia
Mereka muak dengan gelagat ahli politik negara
Mereka lebih nak tahu benarkah itu Ida Nerina
Atau berita artis yang ditangkap pejabat agama
Jadi pemikiran mereka kacau dan auta

Dalam PRU12 kita mau ramai anak muda
Tolonglah bagi laluan kalau sudah tua-tua
Yang tua pun perangai buruk macam kera
Lebih baik digugurkan dengan kadar segera
Seperti ahli parlimen Kebinatangan dan Jasin Melaka
Dan yang sudah "expired" macam MIC punya kapla
Lihat bagaimana sambutan rakyat Amerika
Dengan seorang pemuda kulit hitam Barak Obama
Aggresif, berprinsip dan penuh bertenaga
Kalau asyik tidur dan tersengguk saja
Macam mana nak memimpin negara
Lembik dan lelah mentadbir Malaysia
Buat keputusan guna ilham dan angka
Orang boleh agak kabinet baru akan diumum 13/3
Sebab nombor 13 satu keluarga suka

Wahai rakyat Malaysia yang budiman lagi beriman
Anda akan jadi raja sehari 8 haribulan
Anda akan jadi penentu bakal kerajaan
Siapa yang akan jadi pilihan
Dacing, roket, mata atau bulan
Bagi saya dacing dah kesaratan
Undilah parti yang boleh buat perubahan!

Keris Silau
19 March 2008

Friday, February 15, 2008

UNDILAH BARISAN UNTUK MASA DEPAN YANG…….ZZZZZZZ

Pak Lah suruh engko undi Barisan
Supaya agenda dia akan berterusan
Agenda pertama ialah tampuk pimpinan
Khairi akan terus dilantik menteri kanan
Karier politik Najib terus tertekan
Mungkin dia sipi-sipi kalah di Pekan

Agenda kedua sesuai dengan akronim Barisan
Barang Naik sudah menjadi kemestian
Malam 8 Mac kereta akan queue berpanjangan
Semua nak isi minyak penuh di stesen berdekatan
Dan ramai yang berpusu-pusu pergi Tesco atau Giant
Habis diborong tepung, gula, minyak dan susu isian

Agenda seterusnya kabinet akan mengalami rombakan
Namun yang kekal ialah menteri paling berpengaLAMAan
Ya betul Samy Velu tidak lain dan tidak bukan
Sebab engko jugak yang undi Barisan
Maka akan lebih banyak bangunan akan alami keretakan
Maka parlimen akan terus bocor semasa musim hujan
Kalau jalan runtuh Tuhan akan terus dipersalahkan

Jikalau BN juga yang engko pangkah
Engko akan terus dipimpin PM yang paling lemah
Bukan setakat lemah malahan kaki pelemah
Dia boleh tipu tarikh bubar parlimen tanpa rasa bersalah
Lain kali jawab no komen atau apa-apa saja lah

Jikalau BN juga yang menjadi pilihan anda
Anda akan terus dipimpin PM yang kaki lena
Walaupun dalam dewan yang gamat suasana
Dalam majlis di peringkat tempatan atau antarabangsa
Anda akan malu bila orang luar bertanya
Anda akan dipimpin oleh PM yang ilmu kurang didada
Kerana inilah PM yang paling kurang membaca
Tidak berapa peka perkembangan semasa
Cuba tanya dia siapa dia tu Obama
Dia akan jawab Obama tu anak Osama
Okaylah dia bukanlah seteruk yang disangka

Jikalau BN masih engko pangkah
Maka jangan harap terhapusnya gejala rasuah
Malah rasuah akan menjadi-jadi dan bertambah
Dari piun pejabat hinggalah menteri kabinet Pak Lah
Banyak lagi penyelewengan peringkat tinggi atau rendah
Malahan rasuah akan jadi kronik macam penyakit barah
Sebab diberitakan ACA pun bagi rasuah

Jikalau BN yang engko undi
Maka ramai lagi hakim mangkok di judiciary
Maka ramai pelabur-pelabur asing akan lari
Lihat bagaimana korupnya hakim-hakim disini
Dengan peguam ketua hakim pergi bercuti
Tipu pula kata kebetulan berjumpa di Changi

Keris Silau
15 Februari 2008

Tuesday, February 12, 2008

Thou shall not vote Barisan

Now only you talk on racial unity
Before this you talk like big bully
Keris wielding becoming part of the ceremony
To scare other races on Malay supremacy
And we still remember things said by Khairi
All this remain intact in our memory
We will not forget that episode easily

We will not give you 2/3 majority
Even though you hug and kiss me
Even if you declare holiday on Chap Goh Mei
And more funds for schools, temples and university
And continue to pour more goodie
And revise your New Economic Policy
Whatever thing you do to please our community
Your damage repairs are too late already
Too late to apologize or say sorry

Look at how scared Tsu Koon to Badawi
His indecisiveness to Federal was a mockery
New CM will be decided by Pak Lah and Khairy
Since there are deep interest among his crony
Three mega projects – PORR, 2nd Bridge and PGCC
Gerakan leave the decision to select among three
Why Gerakan acting president acted so cowardly
Can you decide instead of the Perdana Menteri
Tsu Koon your political career is fart already


Keris Silau
12 February 2008

Monday, February 11, 2008

Mana janji-janji mu ?

Bila baru jadi Perdana Menteri
Pak Lah banyak buat janji-janji
Antaranya dia akan kerja kuat lagi
Selain dari slogan work with me
Dia juga mahu hapuskan korupsi
Dan menjanjikan pendidikan berkualiti
Dan bercakap benar serta transparency

Empat tahun sudah berlalu pergi
Anda jadi hakim dan nilailah sendiri
Kerja kuat apa kalau asyik tidur siang hari
Tidur pula semasa mesyuarat dan majlis rasmi
Bukan omong kosong memang ianya realiti
Kalau kerja kuat selalu ada di ofis bukan bercuti
Di sini bencana banjir tapi dia bercuti dengan boss Ferrari

Nak hapuskan korupsi wahai sedara-sedari?
Yang kita tahu kepala penyamun menantu sendiri
Dan syarikat yang mendadak naik iaitu Skomi
Habis dirampok harta negara berguni-guni
Menantu berlagak macam dia Timbalan Perdana Menteri
Ceh... boleh bagi amaran kat orang jangan melobi
Untuk jadi calun parlimen atau dewan undangan negeri
Hang sebenarnya sapa wahai Encik Khairi
Hang cuma Pemuda Umno punya deputi
Orang UMNO sendiri pun meluat dan benci

Berbalik kepada janji dan kata-kata al Badawi
Masihkah kau ingat bila dia lancarkan Islam Hadari
Dia suruh kita baca dan mengkaji kitab suci
Tapi gambar begitu jelas dia pegang bahu sebelah kiri
Siapa lagi kalau bukan Michele Yeo, Ipoh mali
Dan setahu kita Islam suruh jaga akhlak isteri
Tapi tuan-tuan lihatlah sendiri dia punya bini
Inilah orangnya yang suruh kita bongkar kitab alGhazali

Berbohong nampaknya mudah sekali
Orang puteh kata it comes naturally
Membohongi rakyat melalui celah gigi
Antara sifat munafiq berjanji tapi tidak tepati
Wahai sedara sedari yang akan keluar mengundi
Biar kita ajar mereka kali ini
Mari kita menidakkan BN menang 2/3 majoriti

Bukan kita hendak memerintah negeri
Kalau tidak mereka akan buat sesuka hati
Lanjutkan kontrak Rashid SPR punya pengerusi
Walaupun kawan tu berat sebelah punya refri
Kalau BN yang salah dia tak bagi penalti
2004 dia yang jadi akitek BN menang landslide victory
The highest seats BN ever won never in history
Tu kerja dia lah persempadan semula constituency
Oleh itu I bagi tau you all sekali lagi
Pada hari mengundi iaitu 8 Mac ini
Please deny BN two-third (2/3) majority!


Keris Silau
11 February 2008

Thursday, February 07, 2008

Apa yang sibuk-sibuk….

Kenapa sibuk main teka-teki

Sampai kena tunggu inspirasi

Bulan Mac atau bulan Februari

Apapun BN akan menang 2/3 majoriti

Pak Lah masih kekal Perdana Menteri

Ye lah PAS menang beberapa kerusi

Begitu juga dengan PKR dan DAP

Tersungkur juga beberapa menteri

Ada lah muka baru macam Khairi

Akhirnya dapat juga bergelar YB

Bukan pesimis wahai tuan tapi itulah realiti



Bila dah dapat mandat baru

Barang akan naik tak payah tunggu

Rakyat yang memilih gelombang biru

Terpedaya dengan janji-janji palsu

Atau memang dangkal kurang ilmu

Ooops tak manis cakap begitu

Mungkin disebabkan pengaruh hantu

Tak nampak hijau cuma nampak biru



Pilihanraya banyak belanja

Yang untung orang buat bendera

Dan juga beberapa peniaga

Masa ceramah kutip duit derma

Untuk bayar duit PA dan sewa

Berbaloi sebab dapat dengar banyak cerita

Kutuk mengutuk itu perkara biasa

Manakala pekerja parti dapat makan percuma

Dapatlah biskut kering dan teh bunga

Seolah-olah ianya juga satu pesta



Jadi jangan ingat boleh berubah

Kecuali dengan kuasa Allah

Tampuk pemerintahan kekal kat Pak Lah

Satu penggal jangan dok mimpi lah

Tun M, perjanjian mu hanyalah bahan sejarah

Walaupun semua orang kata Pak Lah lemah

Tapi dia bukan lemah tapi dia pelemah

Dia masih berkuasa walaupun kadang2 lelah



Wahai rakyat Malaysia

Selamat berpilihanraya

PM kamu dah dapat ilham agaknya

Negeri ini ditadbir ikut ilham orang tua

Nasib baik dia tak kata

Aku dah bermimpi pilihanraya bulan TIGA!!!



Selamat Tahun Baru Cina!



Keris Silau

6 Februari 2008

Thursday, January 31, 2008

Tuhan selamatkan kami....

Ingat tak Haji Bakhil menyanyi
Dalam cerita popular P Ramlee
Mari kita nyanyi semula lagu ini
Allah selamatkan kami
Dari malapetaka menimpa kami
Yang dikepalai Imam Besar Hadhari
Dan dibantu oleh anak menantu Khairi
Serta kuncu-kuncu seperti Patrik Bedwee
Seleweng kuasa dan songlap habis bawa lari
Penyamun tarbus ternama pada zaman ini

Hancur habis negara punya ekonomi
Tadbir negara macam tadbir kewangan famili
Selalu hilang suka terbang ke luar negeri
Tak payah bayar tambang semuanya free
Tambahan pula ada bini baru berbangsa Serani
Maka berbulan madu di Davos dan Itali

Allah selamatkan kami
Dari malapetaka kesan inflasi
Harga barang naik melambung tinggi
Minyak, tol lebuhraya, gula dan kopi
Gaji naik sepuluh tahun sekali
Tapi barang naik bila BN menang majoriti
Tak caya tengok lepas pilihanraya nanti
Nama pun BN memang cocok sekali

TunM nasihatkan Imam Hadari berhenti
Kalau ikut satu penggal seperti yang dijanji
Tapi tok imam kita tidak peduli
Dia rasa syok bila naik jadi Perdana Menteri
Mana senang nak bagi kat dia punya deputi
Lagipun menantu belum menapak jadi menteri
Belum teguh kedudukannya dalam majlis tertinggi
Belum sempat dihapuskan Hisam, Najib dan Ali
Teuku Nan, Zam, Aziz dah boleh buat farewell party
Jangan harap you all akan terpilih Pemilu kali ini

Kali ini kita ajar dia orang ni
Kita ramai-ramai keluar mengundi
Tapi kita jangan pangkah dacing besi
Dacing sudah berat harta kita dia curi
Kita halang mereka 2/3 menang majoriti

Keris Silau
31 Januari 2008

Friday, January 25, 2008

Hikayat Hang Lah

Hang Lah tidak yakin menang
Dalam pilihanraya akan datang
2004 cemerlang, gemilang, terbilang
2008 banyak kerusi BN akan hilang
Pengakuan yang dibuat terang-terang
Selepas berjumpa dengan 3000 orang
Hang Najib disebelah tersentak jawapan hang
Sebelum lawan dan ngaku kalah siang-siang
Teringat aku kat Misbun lawan Hang Jiang

Hang Lah perlukan lebih mandat
Tidak cukup apa yang dia dapat
Dia mahu menang macam 2004
Lima tahun katanya tidak sempat
Nak buat perubahan yang mampat
Banyak benda yang hang tak mampu buat
Hang Lah kata 30 tahun baru semua dapat lihat
Visi dan misi yang dibuat untuk rakyat

Peeeeeerah inilah dia Hang Lah punya tipu muslihat
Selama lima tahun apa yang hang buat
Hang Lah asyik tidur di luar atau dalam pejabat
Dalam majlis rasmi atau bila bermesyuarat
Hang delegatekan kerja kat budak Tingkat 4
Habis harta negara disapu dan disebat
Khazanah negara hanya tinggal habuk serat
Penang Bridge cuma dapat buat sekerat
Habis rosak besi-besi dan cerucuk jadi karat

Hang Lah sudah tidak ada kemampuan lagi
Ramai rakyat sudah mulai mual dan benci
Dengan kepimpinan yang longlai dan lali
Rasuah semakin teruk dan tidak terbendung lagi
Jenayah semakin meningkat dari hari ke hari
Moral semakin teruk dikalangan menteri-menteri
Dan terus membiarkan bermahajarela Hang Khairi
Hang Khairi yang berkuasa tanpa jawatan menteri
Hang Lah juga tidak mampu lagi menangani inflasi
Hang Afdal tak tau buat apa cuma melawat pasar hari
Malah Hang Lah juga tidak mampu mentadbir ekonomi
Nasib baik lah ada orang macam Hang Zeti

Eloklah demi rakyat Hang Lah diminta berhenti
Hang Lah pergi lah berjalan dengan bini
Tak payah susah-susah lah jadi Perdana Menteri
Ikut macam mantan PM jadi mamak jual roti
Cukup lah lima tahun rosak habis satu negeri
Takut lagi lima tahun lingkup habis the whole country
Masa tu bukan hang cari damai abadi
Masa tu orang baling ketui batu berkodi-kodi.

Keris Silau
25 January 2008

Have a good weekend!

Tuesday, January 22, 2008

Apa dah jadi?

Baru-baru ni Pak Lah istihar cuti
Untuk KL iaitu untuk diri sendiri
Katanya KL jam bila Hindu angkat kavadi
Nampak sangat nak pancing undi
Sebab pengundi India tidak menyokong MIC
Terutama sekali sokongan terhadap Dato Samy
Mereka boooo yang sebelum ini dianggap Sami Suci

Zaman Pak Lah ialah zaman memberi
Selain cuti Thaipusam hari kerja hanya 5 hari
Sebelum ini orang gomen dapat naik gaji
Bonus tahunan masih dituntut oleh MTUC
Nampak gaya Pak Lah akan bagi
Kerja masih kurang efisyen dan rendah produktiviti

Pilihanraya dah dekat nak apa lagi
Kalau nak apa-apa masa la ni
Nak suruh Pak Lah luluskan universiti
Nak suruh dia luluskan projek tani
Nak elaun tambahan untuk cabut gigi
Nak biasiswa untuk anak yang diluar negeri

Nak suruh apa pun dia akan agree
Apa-apa perayaan pun dia boleh rasmi
Nak suruh apa lagi
Suruh dia cium dia punya bini
Tengoklah gambar di internet dia cium pipi
Tak pernah dibuat PM2 sebelum ni
Dah buang tabiat kita punya Perdana Menteri
Dia ingat macam Clinton cium Hillary
Tapi budaya Melayu di khalayak mana orang cium bini
Konon2 nak tunjuk he is a loving hubby
Dan model untuk mazhab Islam Hadhari
Cuba kalau Tok Guru Nik Aziz cium bini
Gempaq habis satu negeri
Keluar gambar muka depan NST
Nanti digelar Tok Guru horny
Tapi kalau PM yang buat ianya suami mithali

Keris Silau
21 January 2008

Monday, January 21, 2008

Jalan Duta Court is smelly

Whew, another white lies in the Inquiry
Lies, lies, lies no wonder Jalan Duta is smelly
Another Inquiry that turns into mockery
Ex CJ, had held the highest position in the judiciary
One don’t expect lies from that kind of credibility

Here are some excerpts from ex-CJ’s testimony
I just bumped into him and the family in Changi
And he decided to tag along to land of Maori
We happened to have the same travel itinerary
The travel plan was done by my secretary
I can’t stop him from following me, it’s his money
I put my hand on his shoulder only
He is kenalan biasa nothing extraordinary
I don’t hug him and kiss him on the pipi (made up by the author)
I am not close to him can’t you all see
I never get caught in close proximity
There were 5-10 pictures of me and family
I can’t stop him from taking picture of me
Was that Linggam, no I can’t see it clearly
Sounds like him tetapi saya tidak pasti
Whew, a bus load of lembu punya tahi

Grill them and they will lie to everybody
Cakap tipu mana boleh lari
Counsels questioned the evidences’ veracity
No wonder they want to avoid this Royal Inquiry
From white lies to loss of memory
Selective amnesia was just added to the glossary
Well you may get away from this inquiry
But I don’t think you could get away with the Almighty!

Keris Silau
21 January 2008

kenalan biasa= ordinary acquaintance
pipi = cheek
tetapi saya tidak pasti= I am not sure
lembu punya tahi = bull shits
Cakap tipu mana boleh lari = you can’t escape if you lie

Friday, January 18, 2008

The Story of Mistaken Royalty

Oh man, were you in Royal Inquiry?
How he become minister puzzles me
Teuku Mansor who heads Tourism Ministry
For your info he is not from Royalty
He has similar name to the late P Ramlee

Linggam mentioned his name sebelas kali
He said that fella must be intoxicated badly
Mabuk and failed to call his name correctly
Maybe he saw picture of Linggam with Martini
I thought that bottle in the picture was Linggam Sos Cili

Did he want to fool the Panel of Inquiry
They should charge him of lying blatantly
In legal terminology is called perjury
Becoming laughing stock across the country
Turning the proceeding into mockery

I don’t think he will be in the next GE
Together with those stupidest MPs
And should include Nazry the Balachi
And don’t forget the longest serving minister Samy
How about the fate of Sec Gen Mr. Radzi
Shahidan should forget to continue as Perlis MB
Our Infotainment minister Zam is out definitely
Soi Lek is already out as Health Minister and Labis MP
All Tun M-linked ministers can kiss goodbye already
So who will replace those menteris
The answer lies with Mr. Bed Wee
Will he bring in Lord Kali and son-in-law Khairi
Who is rumored to contest in Putrajaya constituency
Well, we will wait and see
If you ask me which minister that should be replaced immediately
My answer is the Grand Imam of Islam Hadhari
Also known as Malaysia Sleeping Beauty

Keris Silau
18 January 2008

Monday, January 14, 2008

Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR)

Bahang pilihanraya sudah dirasa
Kehangatannya lebih dari biasa
PRU12 dijangka dalam bulan tiga
Maka media perdana sudah mula propaganda
Semalam Pak Lah tersenyum bersama keluarga
Dipaparkan bersama cucu di akhbar2 utama
Khairy dan Nori juga kelihatan bersama
Tak ada gambar minyak masak di pasaraya
Untuk melupakan orang ramai kenaikan harga

Selepas ini propaganda berganda-ganda
Kita akan saksikan mereka lawat orang2 tua
Makan bersama orang kampung sambil bersila
Rasmikan balairaya, sekolah hatta tadika
Mengusap kepala pelajar sekolah di desa-desa
Bagi mengatakan mereka prihatin dan mesra

Pembangkang tidak boleh guna media
Tetapi muka mereka akan keluar juga
Seperti Anwar menari semasa dia nombor dua
Dan banyak berita yang negatif belaka
Tunjuk Haji Hadi punya serban besar belanga
Macam ala Taliban atau pengganas alQaeda
Untuk menakutkan orang bukan Islam di Malaysia

Pilihanraya berat sebelah memang begitu nyata
Dibantu oleh Pengerusi SPR yang begitu setia
Selepas 1999 SPR telah buat persempadanan semula
Bagi BN menang besar di seluruh negara
Kelantan hampir tumbang ke tangan mereka
PKR cuma menang satu kerusi parlimen sahaja
Pak Lah merasakan dia PM paling berjaya

Namun PRU 12 akan ternyata berbeza
Kerajaan tiga beranak ramai yang tak suka
Rasuah dan penyelewengan begitu berleluasa
Semakin teruk bukan semakin baik seperti yang disangka
Kepentingan negara banyak dijual ke Singapura
Badan kehakiman hilang kepercayaan rakyat jelata
Bangunan kerajaan bocor di Putrajaya dan Jalan Duta
Ahli2 parlimen BN yang tolol dan hina wanita
Penyelewengan yang teruk dari lapuran Audit Negara

Banyak lagi kalau nak tulis tak cukup satu muka
Pasal klip video Linggam dan pembunuhan Altantuya
Dan peribadi Pak Lah yang lembik dan tidak upaya
Sering tidur dalam majlis bukan lagi rahsia
Peribadi seperti Nazri dan Hisamudin ketua pemuda
Bersikap seperti gangster umtuk membela bangsa
Macam negeri ini bapa dia yang punya
Memang tidak digemari terutama orang Cina

Jadi bersedialah wahai rakyat Malaysia
Untuk menyaksikan lakunan dan sandiwara
Dari pendekar mat jasin dan si panglipurlara
Imam Besar Hadari dan anak menantunya.

Keris Silau
14 January 2008

Wednesday, January 09, 2008

Orang mengantuk disorongkan bantal

PM ditempelak oleh anak-anak muda
Dihadiahkan bantal sebagai tanda
Terkejut pihak keselamatan dan pemberita
Tidak pernah PM ditempelak sedemikian rupa
Sebab kata mereka memorandum tidak dibaca
Dibakul sampahkan dan respon pun tiada
Mau tidak mau pihak PM terus menerima
Hal ini belum dilapurkan media antarabangsa
Maka menjadi cukup aib kepada pemimpin negara
Jikalau berita ini dibaca di seluruh dunia

Mufti Perlis kata jangan jatuhkan air muka
Apabila menegur pemimpin negara
Tapi kita juga kena ambil kira
Sikap sebahagian anak-anak muda
Orang muda memang berlainan jiwa
Mungkin sudah bosan dengan pelbagai cerita
PM tidur dalam majlis rasmi bukan rahsia
Sudah jadi bualan umum merata-rata

Mereka malu punyai PM yang suka lena
Mana mungkin dapat membawa Malaysia
Ke satu tahap yang diiktiraf dunia
PM yang paling lemah yang kita ada
Minyak masak kurang dikedai dan pasaraya
Walaupun kita pengeluar terbesar didunia
Inflasi yang mencengkam rakyat jelata
Rasuah dan pecah-amanah berleluasa
Badan kehakiman yang tercalar imejnya
Indeks jenayah yang meningkat luarbiasa
FDI yang sekarang in kurang dari Indonesia
Cakap menantu boleh dijadikan polisi negara
Dan beliau masih kekalkan pemimpin yang tak guna
Orang seperti Rashid, Jasin, dan Zakaria
Semuanya boleh jadi bahan ketawa

Sudah sampai masanya
Kita perlu pimpinan yang berwibawa
Sekurang-kurangnya adil dan saksama
Kepada semua tidak kira bangsa
Melayu, Cina atau pun India
Bukan cuma cakap saja
Dan tidak tunduk kepada sesiapa
Kecuali Tuhan yang Maha Kuasa.

Keris Silau
9 January 2008

Monday, January 07, 2008

Surat untuk Nana

Ke hadapan Nana ku,

Najib kata jaga tingkah laku
Dengan kata lain ikut macam aku
Pandai buat orang lain tak tahu
Sebab bukti sudah jadi abu
Mac am kes si Atantuya Sharibu
Soi Lek kena belajar ilmu tu
Terutama dari menteri2 A Ma Nu
Sampai ke sudah dia tak mengaku
Sebab orang Melayu perangainya malu
Oleh itu dia buat dalam kelambu
CCTV tak dapat rekod sebab kelabu
DNA tak jumpa atas tilam dan bantai kekabu
Esok dia tetap mandi wajib sebab ianya fardu
Di dunia boleh sembunyi tapi akhirat semua akan tahu

Nana, ini ada satu lagi cerita
Mungkin Nana terlepas baca
Dalam NST Radzi diwawancara
Dia mahu MB baru untuk negeri di utara
Gantikan Shahidan yang semakin kuat agama
Orang Perlis nak berkaraoke kena pi Pulau Mutiara
Jadi dia mahu Azmi sebab dia ada bini muda
Sapa lagi kalau bukan Normala
Perempuan Melayu tercantik di dunia
Sebab dia boleh tarik pelancung ke sana
Kah kah kah menteri macam ni pun ada
Sebab tu Malaysia sekarang dalam gerhana
Sebab otak menteri macam buah kana
Tapi rakyat pun dua kali lima
Undi puak-puak ni dalam pilihanraya
Demokrasi ala Malaysia
Pengundi di suap dengan propaganda
Bukan setakat tu SPR pun sama
Rashid kata dia tak boleh buat lawak jenaka
Dia kata pilihanraya around the kona
Maknanya mungkin bulan dua atau tiga
Dia suruh semua rakyat percaya
Ya Allah awatlah teruk sangat perangai depa
Sorilah hari ni aku tulih loghat utara
Dah habis pikiaq sampai pecah kepala.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1429

Keris Silau
7 Januari 2008

Thursday, January 03, 2008

Cucur Kodok pun Makan Minyak

Harga minyak cecah $100 di pasaran
Kata analis $100 adalah satu permulaan
Inilah pembuka kata bagi tahun 2008
Satu permulaan yang tak ketahuan
Bermula dengan skandal seks Menteri Kesihatan
Kini harga minyak pula mengalami kenaikan
Entah apa lagi berita yang kurang menyenangkan

Kenaikan minyak mengundang inflasi
Harga barang keperluan melambung tinggi
Kini minyak masak kurang mungkin disembunyi
Inflasi bakal mencengkam rakyat negari ini
Terutama mereka yang kerja makan gaji
Kerajaan sudah istihar nak kurangkan subsidi
Dan kerajaan sudah tidak sabar lagi
Sudah mencanangkan kenaikan tak dapat dielak lagi
Cuma pilihanraya membuatkan hasrat terhenti
Nak keluarkan sebutharga pun kena berhati-hati
Semua akan naik termasuk simen dan besi
Semua barang akan naik satupun tak terkecuali
Terutama sekali barang makanan asasi
Seperti putu piring, wanton mee dan capati
Lepas ni kena makan nasi dengan kuah kari
Tak boleh dah nak order nan dan ayam tandoori
Tol sudah pun naik terima kasih kepada Tok Samy
Dari ELITE, SPRINT, NKVE dan tol Sg Besi
Orang KL dikelilingi plaza tol susah nak lari
Kecuali mereka yang bernasib baik pi kerja naik heli

Habis nak buat macam mana
Inflasi bakal mencengkam semua kita
Kalau bijak kita semua masuk persatuan pengguna
Kita atur strategi melawan kenaikan harga
Kita tukar kerajaan yang membazir wang negara
Mereka boleh makan besar rakyat papa kedana
Mereka boleh bermewah-mewah rakyat merana
Mereka makan rasuah tapi ikan bilis yang kena
Sepatutnya hasil minyak boleh membantu semua
Tapi pi buat menara berkembar dan litar lumba kereta
Setahun cuma dua tiga kali guna
Lepas tu tutup biar nyamuk bermahajarela

Kalau kerajaan yang berhemah
Dan bersih dari tabiat ambik rasuah
Dan tidak membazir dan bermewah-mewah
Dan tidak ada menteri yang tidur dan lemah
Dan tidak ada MP yang bodoh dan juah
Dan tidak ada pemimpin yang kemunafiqannya terserlah
Masa depan negara akan cerah
Terutama sekali mereka yang takut dengan Allah
Kalau gitu pilihanraya jangan silap pangkah
Kena ubah sebelum parah.


Keris Silau
3 Disember 2007

Wednesday, January 02, 2008

Letter to Mat John (Part 10)

Dear Mat John,

Hot news, Malaysian Minister in sexual controversy
Mr. Chua Soi Lek, heads Health Ministry
His sex romp was recorded by CCTV
And downloaded from 4 cameras into one-hour DVD
And someone kind enough to distribute them free
So check your mailbox for free copy
And this time nobody questioned its authenticity

I urged you to destroy the DVD immediately
It is disgrace as it is part of pornography
You don’t want to see 60 year old man having sexual fantasy
Of course he gets free supply of Viagra or Tongkat Ali
He just passes the regulation for alternative medicine like homeopathy
By the way he said I am sorry
He still wants to remain as Menteri
He said his apologies were accepted by his wife and family
They accepted my apology and they are behind me
Of course otherwise shoru miss la tambi

It is interesting to listen to comment from Mr. Badawi
As usual he is the last person to know the story
So he hasn’t made any statement officially
If he said it is okay “itu dia punya hal peribadi
Then this government is lack of morality
You never know what to come out from Islam Hadhari
Soon the Grand Imam of Mazhab Hadari will produce the decree

Soi Lek probably had disgruntled enemy
It can be within his political party
General Election is approaching maybe
And they don’t want him to be Labis MP
That’s the risk of being political celebrity
They will continue to intrude your privacy
There are many politicians caught in close proximity
With mistress, girlfriends and hot nanny
Some are known and some are kept in almari
Some are caught in 5 star hotels and some are in KTV
Some are caught in Dangdut club right in the city
Some realized it is a sin in committing adultery
So they crossed the border to solemnize by Thai kadhi
But now people flock to Perlis for their own safety
Southern Thai now in turmoil especially in Pattani

Well Mat John, 2008 promises more absurdity
Bolehland will continue to churn out more sensational story
You don’t have to listen to Feng Shui
Leaders supposed to be role model for everybody
“Jangan tukar pasangan” is slogan by Health Ministry
To remind people the danger being infected by HIV
Well,Chua Soi Lek will remember that slogan very intimately!


Keris Silau
2 January 2008

P.S. I would like to dedicate a song from Timbaland to Soi Lek: “It is too late to apologize”
http://www.youtube.com/watch?v=h8oBykb_Pqs&eurl

Monday, December 31, 2007

Letter to Mat John (Part 9)

Dear Mat John,

As 2007 is closing its curtain
Year 2008 remain uncertain
Political clowns will continue to entertain
Will Samy Vellu become disdain?
Or will he continue to be Indians chieftain
Or his political career ends in the TOL lane

How about the fate of Pak Lah Badawi
Nicknamed as Malaysia Sleeping Beauty
Will he continue to steer BN to thumping majority
Or 2008 will witness the BA’s victory
BA winning the election is like mimpi siang hari
A popular song sung by the late Broery
Perchance they reduce the two third majority
Maybe Gerakan got fed-up with Umno’s bully
As the case of Youth leader Paranjothy
So Gerakan decided to join with PKR and DAP
Three parties that members are multi-ethnicity
Reflecting new Malaysians living in this beautiful country

Well, we wish it becomes a reality
Malay, Chinese and Indian live in harmony
Together with Kadazans, Ibans, and Benggali
Makan, minum, main dan tidur sekali
Learn to appreciate the diversity
We don’t need NEP or DEB
Since it only benefits the cronies and First Family
You and I do not enjoy the free AP
You and I were not granted permit teksi
You and I do not get timber konsesi
You and I cannot become university’s VC?
Even though you are qualified and have three PhD
Even though you are born and breed as Bumi
Since you and I do not belong to a governing party
Or support them and sign Aku Janji

We can continue to be pensyarah universiti
Nampak glamour tapi pocket got not money
The most affordable car is Waja or Myvi
Since we know promotion is not on meritocracy
It is better for us to migrate oversea
The only thing you will miss is politicians absurdity.

Well Mat John, Happy New Year!
Enjoy the fireworks along the Yarra River!

Keris Silau
31 December 2007

Dear Readers,

I would like to wish all of you Happy New Year. Thank you for taking time to read my satirical antics all this year. Some of you have sent me emails and words of encouragement, not forgetting to those that appreciate my writings silently.

My biggest hit for 2007, I guess, must be Bocor Lagi. I hope you enjoyed them. If any words that might hurt your feelings, well, I am sorry, it meant to hurt. He he he.

Anyway, please continue reading. Some of you suggested that I compiled them into a book. Well, let me think about that next year.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca dan terima kasih kerana terus membaca tulisan saya. Ada yang menghantar emel memberi kata perangsang buat saya, dan ada yang menghargai secara diam.

Antara tulisan yang paling popular apabila membuat Google Search ialah Bocor Lagi dan saya juga menerima emel dari kawan-kawan tulisan saya sendiri. Saya harap anda terhibur dan jikalau anda marah, saya mohon maaf, sebab sememangnya ia bermaksud begitu.

Ada yang memberi cadangan supaya saya menerbitkan buku tulisan saya ini. Biarlah saya fikir masak-masak.

Selamat Tahun Baru 2008

May Allah bless you, semoga Allah memberkati anda.

Keris Silau
December 31, 2007.

Tahun 2007 Tinggalkan Banyak Memori

Tahun 2007 akan berlalu pergi
Banyak peristiwa berlaku tahun ini
Yang meninggalkan banyak memori
Seperti perkawinan Datuk K dan Siti
Disiarkan secara langsung buat pertama kali
Begitu juga putus tunang secara rasmi
Antara Ina dan penyanyi popular Mawi
Tak habis-habis cerita selebriti
Dari Paris Hilton hinggalah si gila Britney
Namun tak ketinggalan juga Pak Lah Badawi
Memilih Jean Danker Abdullah sebagai isteri
Pak Lah menjadi model versi Islam Hadhari
Bertepatan dengan Mencari Damai Abadi
Bukan harta yang bertimbun-timbun yang dicari
Rupanya Pak Lah mencari calun isteri
Lalu disuruh membongkari kitab-kitab suci
Seperti yang ditulis oleh Ghazali dan Shafie
Namun tak jumpa tutup aurat tak wajib untuk isteri

Lalu ahli parlimen pun berniat nak buat kenduri
Disembelihnya lembu dan kambing biri-biri
Dihalaman parlimen sebab nak jek Perdana Menteri
Diajaknya sekali Lim Kit Siang dan Tok Guru Haji Hadi
Peristiwa yang menjadi bahan ketawa luar negeri
Selain dari peristiwa bocor teruk di lobi
Dan peristiwa dua MP yang menghina MP wanita DAP
Selain dari parlimen bocor wanita bocor sebulan sekali
Begitu celupar dan bodoh otak letak celah gigi

Selain mempunyai PM yang hobinya tidur disiang hari
Kita juga ramai badut dikalangan menteri-menteri
Dan yang paling ketara ialah budak kolek si Nazri
Misainya kontot kepalanya botak berseri-seri
Kononnya dialah menteri yang bijak bistari
Temuramah di NST menyerlahkan keangkuhan peribadi
Dia kata cuma boleh ikut pendapat majoriti
Kalau majoriti makan tahi hang pun ikut makan tahi

Tahun 2007 juga banyak peristiwa menyedihkan hati
Seperti pembunuhan adik Nurin yang amat ngeri
Tidak jumpa pembunuhnya sampai ke hari ini
Dan rakyat dikejutkan dengan pembunuhan sensasi
Berkecai Altantuya dibom C4 untuk hilangkan bukti
Pembunuhan yang menimbulkan banyak kontroversi
Sebab dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri
Razak Baginda ialah broker pembelian senjata api
Altantuya ialah bekas kekasihnya “pembantu peribadi”

Banyak lagi peristiwa yang nak dicerita disini
Namun masa begitu mencemburui
Kalau ada masa kita akan tulis banyak lagi

Selamat Tahun Baru 2008.

Keris Silau
31 December 2007

Wednesday, December 26, 2007

Bahaya Dadah dan Rasuah

Lingkup negara kerana rasuah
Sebab rasuah sudah jadi barah
Dari peringkat atas hingga bawah
Nak lepas kena bagi seribu setengah
Tidak kalau masuk lokap orang salah
Nak projek kena bagi kat orang tengah
Dari projek kecil hinggalah projek mewah
Tidak kira pegawai berjawat tinggi atau rendah
Dari piun yang jaga fail pejabat tanah
Hinggalah kepada menteri kabinet Pak Lah
Seolah-olah rasuah sudah jadi lumrah
Rakus, haloba meresap ke dalam darah
Pupus sudah sikap bersih dan amanah
Tidak peduli lagi siksaan dari Allah
Hatta jamuan majlis tahlil sambut Maal Hijrah
Janganlah pula ada yang memberi rasuah
Untuk langkah giliran menunaikan haji ke Mekah
Semua tu akan mengundang bala dan musibah

Lingkup negara juga dengan isu dadah
Sama saja anak orang kaya atau susah
Yang susah makan yang murah-murah
Bila bekalan habis mula marah-marah
Kepala otak bercelaru tak tentu arah
Ada yang sampai sanggup bunuh ibu ayah
Ya Allah minta simpang wa Nauzubillah
Mereka hilang pegangan hilang maruah
Kerana nak memuaskan nafsu serakah
Sudah tidak bernilai lagi untuk ummah
Jadi bebanan kepada keluarga dan pemerintah
Dulu dapat straight As di sekolah
Ingat boleh jadi loyar atau doktor falsafah
Sekarang lebih hina dan murah dari sampah
Kalau dah terjebak nak berpatah balik susah
Pusat Serenti tidak menyelesaikan masalah

Islam mengharamkan dadah dan rasuah
Islam merupakan penyelesai masalah
Islam bukan mendatangkan musibah
Sebab Islam adalah satunya agama disisi Allah
Muhammad merupakan Rasul penyudah
AlQuran adalah panduan untuk seluruh ummah
Bacalah AlQuran yang tidak pernah diubah
Ayuh segera dapatkan senashkah
Dan bacalah setiap ayat dan surah
Pasti terdapat jawapan kepada setiap masalah

Wahai pemerintah
Jangan kau lembik dan lemah
Jangan kau boros dan bermewah-mewah
Jangan kau pinggirkan rakyat di bawah
Jangan kau buat maksiat di bumi Allah
Jangan kau abaikan amanah
Jangan kau lupa amanat Rasulullah
Segeralah dan berbaliklah kepada Allah

Keris Silau
26 December 2007