Thursday, January 03, 2008

Cucur Kodok pun Makan Minyak

Harga minyak cecah $100 di pasaran
Kata analis $100 adalah satu permulaan
Inilah pembuka kata bagi tahun 2008
Satu permulaan yang tak ketahuan
Bermula dengan skandal seks Menteri Kesihatan
Kini harga minyak pula mengalami kenaikan
Entah apa lagi berita yang kurang menyenangkan

Kenaikan minyak mengundang inflasi
Harga barang keperluan melambung tinggi
Kini minyak masak kurang mungkin disembunyi
Inflasi bakal mencengkam rakyat negari ini
Terutama mereka yang kerja makan gaji
Kerajaan sudah istihar nak kurangkan subsidi
Dan kerajaan sudah tidak sabar lagi
Sudah mencanangkan kenaikan tak dapat dielak lagi
Cuma pilihanraya membuatkan hasrat terhenti
Nak keluarkan sebutharga pun kena berhati-hati
Semua akan naik termasuk simen dan besi
Semua barang akan naik satupun tak terkecuali
Terutama sekali barang makanan asasi
Seperti putu piring, wanton mee dan capati
Lepas ni kena makan nasi dengan kuah kari
Tak boleh dah nak order nan dan ayam tandoori
Tol sudah pun naik terima kasih kepada Tok Samy
Dari ELITE, SPRINT, NKVE dan tol Sg Besi
Orang KL dikelilingi plaza tol susah nak lari
Kecuali mereka yang bernasib baik pi kerja naik heli

Habis nak buat macam mana
Inflasi bakal mencengkam semua kita
Kalau bijak kita semua masuk persatuan pengguna
Kita atur strategi melawan kenaikan harga
Kita tukar kerajaan yang membazir wang negara
Mereka boleh makan besar rakyat papa kedana
Mereka boleh bermewah-mewah rakyat merana
Mereka makan rasuah tapi ikan bilis yang kena
Sepatutnya hasil minyak boleh membantu semua
Tapi pi buat menara berkembar dan litar lumba kereta
Setahun cuma dua tiga kali guna
Lepas tu tutup biar nyamuk bermahajarela

Kalau kerajaan yang berhemah
Dan bersih dari tabiat ambik rasuah
Dan tidak membazir dan bermewah-mewah
Dan tidak ada menteri yang tidur dan lemah
Dan tidak ada MP yang bodoh dan juah
Dan tidak ada pemimpin yang kemunafiqannya terserlah
Masa depan negara akan cerah
Terutama sekali mereka yang takut dengan Allah
Kalau gitu pilihanraya jangan silap pangkah
Kena ubah sebelum parah.


Keris Silau
3 Disember 2007

No comments: