Tuesday, February 05, 2013

Sketsa Pilihanraya


Ramai kita sudah terasa bahang
Dari Benut ke Teluk Bahang
Dari Perlis hingga ke Pahang
Memancing undi aku dan hang

Musim ini ramai YB jadi pemurah
Derma wang ringgit dan derma darah
Sentiasa senyum jarang marah-marah
Hulur wang zakat dan wang sedeqah
Beras sekampit dan angpau merah

Ada YB yang sanggup berjanji
Beri nombor talipon untuk dihubungi
Kalau tak boleh bayar yuran PIBG
Dia sanggup settle janji satu undi
Ada yang kata belum dapat gaji
Jangan risau YB sanggup memberi
Tak apa rezeki dari langit Tuhan bagi
Wang halal bukan wang curi
Untung saham Felda tempohari
Tiap2 Ketua Bagian dapat 5 lot free
Dapat lagi projek pasir berlori-lori

Untung juga penduduk Gaza
Berderu-deru diziarahi orang Malaysia
Menghulur bantuan sesama agama
Bila balik disambut macam wira negara
Marah Mahmud Abas tak mai jumpa dia
Yang penting lawatan PM disebar mediamassa
PM yang prihatin dengan nasib umat disana
Kak Ros pun simpati pakai muffler AlAqsa
Populariti naik setakuk anak tangga
Hilang cerita jam mewah dan cincin permata

Keris Silau
4 Februari 2013

3 comments:

Anonymous said...

Well crafted. Would always come here to read more.

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino bonus[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino bonus[/url] manumitted no consign hand-out at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino bonus
[/url].

azhan said...

Perjuangan yang tak akan berakhir selagi hidup di bumi milik Allah...

Terima kasih