Tuesday, January 10, 2012

Segala-galanya Anwar

Pelabur lari dari negara
Anwarlah sebabnya
Pertelagahan dengan Jakarta
Ini mesti Anwar yang bagi laga
Sekarang Yahudi berkuasa
Anwar lah punyanya
Melayu pecah jadi tiga
Keris bulan dan mata
Anwarlah penyebabnya
Gejala homoseksual naik di Malaysia
Ini sebab Anwar lah punya bala
Penurunan undi berbangsa Cina
Anwar juga dikatakan punca
Hassan Ali dibuang kerja
Salahkan Anwar juga
Tiga bom meletup di Jalan Duta
Ini mesti penyokong Anwar punya kerja
Masalah melanda Ketua Wanita
Lembu punya pasal Anwar yang kena

Ish ish inilah masalah orang kita
Diri sendiri salah tak ada
Maksum macam nabi kita
Sindrom salahkan lain manusia
Tiba-tiba datang bencana
Ribut taufan tsunami melanda
Bumi yang tidak pernah dapat gempa
Terbelah bumi menelan manusia
Orang akan kata ini bala
Maka tercari-cari datang dari siapa
Begitulah kisah dinegeri kita
Aku tidak kata Anwar paling taqwa
Ada juga cacat kelemahannya
Tapi kesian lah kat Nana
Cukuplah diaibkan dia dengan keluarga
Tuduh dia peliwat dan penzina
Tuduh dia agen Yahudi dan Amerika
Jaga-jaga lah mulut kita
Satu jari menduh dia
Empat jari menuding ke arah kita
Semoga kita jauhi membuat dosa.

Keris Silau
10 January 2012

6 comments:

pokehbusu said...

dah peragai kita macam tu atau peragai dia orang macam ni, selagai dia berkuasa selagi tu lah di orang tak salah.

@jis T@ntawi said...

ish3...jgnlah mnuduh(fitnah) smbarangan jikalau tiada bukti yg kukuh..yg mna fitnah ini lbih berat drp mmbunuh..nauzubillahi minzalik..

Anonymous said...

Cuba tengok Institud Kajian Dasar milik anwar..ditaja oleh pertubuhan kristian Jerman bernama KAS. KAS ditubuh kerana mahu membantu orang yahudi yang dizalimi oleh hitler.

http://www.kas.de/malaysia/en/about/partners/

Anonymous said...

Syaitan memang tidak mahu ada manusia yang berjuang untuk keadilan dan untuk rakyat berada didalam masyarakat, jadi mereka ( syaitan dan pengikut2nya) akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang kebaikan berada di sekeliling kita. Anonymous:spt komen saya kepada FoN, Pemerintah sekarang terang2 gunakan khidmat APCO sbg perunding Imej PM,apa lagi nak citer

Buasir Otak said...

WTF??? mcm ni pun ada ke?

Anonymous said...

jaga tingkahlaku anak bini dah la....sudah2 la tu. jgn kata org, diri kita yang lebih.