Thursday, July 07, 2011

Tersebarnya Bidaah

Bila kita bersyahadah
Tiada Ilah selain Allah
Muhammad Pesuruh Allah
Asas kita Quran dan Sunnah
Begitu juga dalam ibadah
Kita jangan pandai tambah
Kita jangan pandai ubah
Sebab itu adalah bidaah
Bidaah itu adalah dalalah

Mungkin terlalu ghairah
Nak kejar pahala barakah
Tapi terus ke kancah bidaah
Jahil juga punca masalah
Ikut aja cakap ustaz-ustazah
Jangan soal-soal ustaz marah
Walaupun ustaz tak beri hujjah

Apabila muncul Rejab Syaaban
Maka keluar hadis-hadis rekaan
Hadis solat raghaib juga palsuan
Begitu juga solat khas nisfu syaaban
Terpesong segala bentuk amalan
Malangnya disebar para agamawan
Dalam ceramah dan kuliah mingguan
Bila kita menegur datanglah tuduhan
Kata kita memandai tanpa kelulusan
Padahal kita minta dalil pembuktian
Adakah pernah Rasulullah lakukan
Inilah fitnah pada akhir zaman
Bukan berdosa dalam buat kejahatan
Berdosa apabila cuba buat "kebaikan"

Keris Silau
7 July 2011








SABDA NABI S.A.W:
“..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. (Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam dalam al-Mustadrak المستدرك dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288)

1 comment:

Anonymous said...

Bukan Tahqiq al-Mustadrak tapi Talkhis al-Mustadrak