Thursday, March 31, 2011

Kahwin Susah, Berzina Mudah

Susah ka nak berkahwin
Susah disebabkan adat mungkin
Belanja banyak bukan main-main
Mula-mula kena pergi cari cincin
Lepas tu tengok pakej pengantin
Meja makan dan set pelamin
Baju pengantin dua kali salin
Mekap nak macam Maya Karin
Kerusi duduk pun kena balut kain
Sewa kanopi sewa kipas angin
Gambar dan video itu kos lain
Tok Kadi berdoa yang lain amin
Itu pun kena fee tau Kak Min
Minuman sarbat dan air tin
Termasuklah kos katerin
Ayam daging dan ikan talang masin
Di Pahang kena jamu ikan patin
Semua tu mahai tau abang Pin
Serba-satu kalau kak belum khawin
Deejay dan lagu pun kena main
Tak ada muzik tak meriah la Kak Lin
Orang Penang kata penin penin
Lepas kahwin poket pun licin

Sebab tu la ramai tak menikah-nikah
Banyak belanja kami orang susah
Nak buat kenduri bukannya murah
Dah lama berkawan sejak sekolah
Terpaksa bersabar tunggu lama dah
Sebab tu ramai kena tangkap basah
Termasuk hakim mahkamah syariah
Kena tangkap dengan ahli qaryah
Siap bawa video bukankah tu lucah

Nampak bukankah zina lebih mudah
Adakah yang diatas kehendak sunnah
Adakah semua tu syarat sah nikah
Boleh kah kita ikut kehendak Rasulullah
Tak payah belanja besar untuk walimah
Yang penting maksiat dapat dicegah
Yang dituntut dapat dilaksana dengan mudah

Wallahualam.


Keris Silau
31 Mac 2011

Wednesday, March 30, 2011

Kebangkitan Rakyat


Bin Ali sudah terbang
Mubarak sudah tumbang
Gadafi tengah diserang
Ali Salleh semakin goyang
Rakyat Syria pula berang
Pemimpin hidup senang-lenang
Kumpul harta hingga kontang
Rakyat hidup serba kurang
Rakyat minta sedeqah negeri orang
Rakyat dizalimi dan diganyang
Yang menentang akan diserang
Yang berdemo akan ditendang
Maka hari ini rakyat bangun menentang
Di Yaman kad merah sudah dilayang
Ali Salleh kena buang padang
Ruhl keluar kamu sekarang
Rakyat zaiklan marah meradang

Rakyat sudah tidak tertahan
Melihat ketirisan dan penyelewengan
Pemimpin pula amalkan kezaliman
Harta negara jadi harta sendirian
Keluarga kroni kumpul kekayaan
Isteri-isteri kumpul emas dan berlian
Anak mereka jahat macam syaitan
Saif al Islam nama tak koman
Tapi bunuh rakyat tanpa belas kasihan
Kalau ada election menang 99.9
TV dan radio propaganda semua siaran
Tak ada suara alternatif dibenarkan
Serupa lah macam media tempatan
Semua baik-baik belaka pasal barisan
Yang buruk dan jahat adalah pakatan
TV radio asyik ampu orang Pekan
Kadang-kadang ampu si timbalan
Sibini pun bukan main sakan
Dari buat bahulu hingga acara sukan
Ada MP dari Kinabatangan
Suka hina orang perempuan
Kata wanita bawa kereta perlahan
Siap la dia Bik Mama bawa mesin gan

Apa yang berlaku di sana
Disini apa kurangnya
Peribadi diragukan dijaga
Semua dapat habuan belaka
Kita lihat GLC punya kepala
Tambi jadi Pengerusi Risda
Isa pula jadi Pengerusi Felda
Idris J jadi Pengerusi Mara
Tajudin pula Pengerusi Felcra
Habis semua dapat kat depa
Hang dan aku dapat apa
Hang dan aku siapa
Hang bukan ahli keluarga
Aku cuma rakyat biasa
Namun setiap kita ada suara
Dikumpul beramai jadi kuasa
Lihatlah di Mesir dan Tunisia
Suara rakyat tumbangkan penguasa
Tak mustahil berlaku disini juga
Jika mereka terus menindas kita.

Keris Silau
30 Mac 2011

Monday, March 28, 2011

Wahai Ustaz Ustazah

Muslimin dan Muslimah
Keris Silau ingin berceramah
Jikalau anda sudi dengarlah
Bukan nak jadi Fadilah Kamsah
Sekadar nasihat dan tazkirah
Untuk diriku sendiri dan ummah
Untuk familiku dan ahli rumah

Kerana masyarakat semakin parah
Hilang pedoman tanpa arah
Apabila keluar video lucah
Mufti-mufti diam diri tak ada yang marah
Cuma bekas mufti ajak orang membantah
Inilah antara penyakit yang parah
Apabila mufti cenderung ke pemerintah
Berdiam diri dalam hal yang salah
Memang senang cakap solat haji dan umrah
Senang sentuh bab zakat dan ibadah
Bila isu yang tidak memihak pemerintah
Tiba-tiba jadi macam tidak berlidah
Bukankah Qazaf tuntutan dari Syariah
Adakah neraka yang anda mau tempah
Takutlah azab dan siksa dari Allah

Tayang video lucah memang salah
Jabatan Agama tak pergi cegah
Kalau mengajar walaupun dirumah
Segerombolan datang menyergah
Buat bekas mufti macam penjenayah
Yang bagus diambil tindakan mahkamah
Yang kurang bagus diberi tauliah
Yang bagus disekat dari berkhutbah
Yang kurang bagus diberi anugerah
Yang bagus tak boleh beri kuliah
Yang tak bagus boleh ajar setiap qaryah
Inilah antara punca umat jadi lesu dan lemah
Bila ianya dipegang orang yang tak amanah
Kepimpinan bukan berdasarkan al quwwah
Setiap Mawlid nabi suruh cinta Rasulullah
Namun tindakan tidak mencerminkan sunnah
Sikap dengki menebal tak sudah-sudah
Prioriti sepatutnya pembangunan ummah
Namun tenaga dibuang buat benda tak berfaedah

Sekarang dah banyak kuliah di TV Alhamdulillah
Namun kita ralat dengan sebahagian Ustaz Ustazah
Yang glamor tu memang susah kalau nak tempah
Itu yang selalu masuk tv 3 dan tv hijrah
Kadang2 berbaju terang dan bergincu merah
Ada yang bergelar dato ada masih ustazah
Masuk tv sebab ayat-ayat memang petah
Terpegun penonton di studio dan dirumah
Tetapkan bayaran kalau nak jemput ceramah
Tiket First Class dan mau duduk hotel mewah
Economy Class dan AirAsia tak main lah
Bilik tamu di masjid tak sesuai lah
Rasa-rasanya inikah cara Rasulullah
Sebahagian promosi jualan dalam masjid Allah
Keluarkan hadis tentang kebaikan madu lebah
Jangan lupa beli sebotol selepas ceramah
Selain madu ada juga ubat bagi gagah
Ubat kuat yang telah siap jampi serapah
Macam-macam dari kismis hingga ajwah

Ustaz Ustazah pun makhluk Allah
Tidak semua yang ikhlas berdaawah
Ada yang takut hilang pangkat dan darjah
Ada yang jual agama jual maruah
Oleh itu marilah wahai ikhwah
Sedarkan mereka yang masih jahiliyah
Supaya benar-benar ikut jalan Allah
Berlemah-lembut penuh berhikmah
Kalau diherdik kita jangan marah
Kalau diperli dicaci sabar aja lah
Dunia dan cabaran adalah mehnah
Tiada jalan daawah yang lurus dan mudah
Daawah banyak berliku susah dan payah
Itu memang menjadi sunnatullah
Habuan dunia bukan matlamat pendaawah
Habuan akhirat menanti kita Insyaallah.

Keris Silau
28 Mac 2011

Friday, March 25, 2011

Jangan Ikut Syaitan

Musuh utama manusia ialah syaitan
Syaitan berada di keliling badan
Timur barat utara dan selatan
Dari atas bawah kiri dan kanan
Setiap masa dalam setiap keadaan
Hatta berpuasa dalam bulan Ramadan
Walaupun katanya dirantai sebulan

Membawa manusia ke arah kesesatan
Merasuk manusia membuat kejahatan
Hatta apabila kita sedang buat kebaikan
Tiba-tiba kita ujub timbul kebanggaan
Aku hebat dan maukan puji-pujian
Niat yang baik bertukar dipujuk rayu syaitan

Lihatlah berapa ramai dirasuk syaitan
Berapa ramai berada dilembah kemaksiatan
Yang sah haram tetap diminum dan dimakan
Dilanggah nya arak yang memabukkan
Setelah mabuk timbul sifat kebinatangan
Anak sendiri boleh jadi mangsa kerakusan
Sanggup memperkosa dan bunuh anak perempuan
Lihatlah perangai lebih teruk daipada haiwan
Binatang pun tahu yang mana betina yang mana jantan

Lihatlah manusia yang gila akan kekuasaan
Sanggup menfitnah dan buka keaiban
Sanggup caci-mencaci bermaki-makian
Sanggup membunuh demi kerusi kepimpinan
Jual negara walaupun rakyat papa kemiskinan
Jual maruah diri demi kekal di tampuk pimpinan
Siapa yang suka dan tepuk tangan
Siapa lagi kalau bukan musuh kita iaitu syaitan

Oleh itu wahai kawan-kawan
Tegakkan Islam dan mantapkan iman
Sucikan diri dan cari ilmu pengetahuan
Jangan kita abaikan asuhan dan pendidikan
Agar anak-anak jadi sebaik-baik insan
Semaikan akhlak yang baik ikut AlQuran
Walatusyrikibillah nasihat dari Luqman
Jangan kamu syirikkan AllahArRahman
Lihat juga dengan siapa mereka berkawan
Akhlak juga dibentuk melalui pergaulan
Berkawan penjual wangian maka wangi bau badan
Berkawan tukang besi maka dapat api percikan
Jangan dimanja sangat berkecukupan berterusan
Nanti bila susah sikit senang ditipu syaitan
Semoga nasihat saya baik untuk tuan-tuan
Tak lupa jugalah ibu-ibu dan puan-puan
Untuk diri dan famili ini satu peringatan
Semoga Allah lindungi kita dari syaitan

Keris Silau
25 Mac 2011

(idea datang dari khutbah Jumaat hari ini)

Thursday, March 24, 2011

Apa hobi orang Melayu?

Apa hobi orang Melayu
Suka tengok cerita hantu
Suka dengar kisah penunggu
Susah sangat nak baca buku
Suka benar dengar lagu
Suka tengok tv setiap waktu
Suka lihat artis lama dan baru

Apakah hobi orang Melayu
Suka pergi pasar minggu
Suka lepak lihat makwe lalu
Lepak buang masa tak jemu-jemu
Suka hisap dadah dan candu
Jadi sewel dan kepala tak menentu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau ada pesta ramai berpusu-pusu
Hiburan memang sinonim dengan Melayu
Suka sambut Merdeka dan Tahun Baru
Terkinja-kinja macam artis kutu
Lupa daratan dan ikutkan nafsu
Tak menikah dah pun jadi ibu

Apakah hobi orang Melayu
Suka buka aib tak tau malu
Sebab ada agenda tertentu
Tengok sapa nak jatuh dulu
Tayang cerita porno dan blu
Tak salah kata menteri Melayu
Sebab pelakun bukannya aku
Fitnah-memfitnah dari dulu
Selain tu suka mengampu
Memang lah muka tak tau malu
Rasuah depan mata mesti sapu
Lepas tu derma anak yatim-piatu
Orang nak pergi haji pun dia bantu
Baru orang kata pemurah selalu

Apakah hobi orang Melayu
Adakah mereka suka cari ilmu
"Malas lah" dibibir selalu
Berbudaya lemah dan lesu
Asyik tidur dan masuk beradu
Adakah kerana makanan tertentu
Adakah kerana belacan atau budu
Mungkin kurang zat dan madu
Walaupun ramai dah mula bermadu
Saya maksudkan ayam dan jambu madu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau begini macam mana nak maju
Asyik malas dan lesu
Asyik tengok drama tiap2 minggu
Kisah cinta kisah lagha kisah hantu
Akademi Fantasia dan Juara Lagu
Kuliah agama tak berapa laku
Habis macam mana nak maju
Salahkan siapa ibubapa atau cikgu
Nak kata Melayu kurang guru
Tak juga malah ramai prof di U
Ya bila kita fikir memang buntu
Apa yang kita kena ubah dulu
Kita mesti menguasai ilmu
Di manakah sumber ilmu
AlQuran dan sunnah sudah tentu
Bukan baca nak halau hantu
Bukan baca nak bagi kedai laku
Bukan baca untuk berlagu-lagu
Baca faham makna dan mesej tertentu


Wallahualam,

Keris Silau
24 Mac 2011

Wednesday, March 23, 2011

Fitnah III

Belum habis lagi sodomi kedua
Timbul satu lagi fitnah ketiga
Didedahkan di Carcosa Sri Negara
Hotel milik kerajaan Bik Mama
Dato T panggil media perdana
T yang penuh Tanda Tanya
Tontonkan aksi lucah si Nana
Iras-iras kata ramai pemberita
Diluluskan untuk tontonan media
Kelulusan dapat dari siapa
Tak salah itu yang Nazri kata
Mungkin dia sudah biasa
Zul Nordin masuk Bernama
Zul kata memang sah dia
Dulu dia lantang bersuara
Dia buat roadshow satu negara
Kata dia diantara peguambela
Sampai pendengar sedih hiba
Kisah arsenik goreng punya cerita
Sekarang jadi pencacai utama
Sebab tu rakyat muak dengan hangpa

Sudah lah kami dah nak muntah
Tak habis habis rekayarsa fitnah
Ada yang percaya mentah mentah
Sebab kat Nana depa menyampah
4 saksi yang dituntut oleh syariah
Kata mereka kuno tak relevan dah
Zaman teknologi sudah berubah
Kena pakai DNA punya kaedah
Itu sebab kena kat laki Azizah
Kalau diri sendiri kena fitnah
Nak pakai forensik atau syariah
Jangan kita engkari kaedah Allah
Kalau pandai buatlah satu ayah
Tentu tidak boleh petikan al Baqarah
Sebab mereka yang buat fitnah
Tidak takut azab dari Allah
Minta mufti leraikan masalah
Kenapa diam takut pemerintah
Oh.......kena guna hikmah
Bukan takut kat laki kakMah

Keris Silau
23 Mac 2011

Tuesday, March 15, 2011

First Lady

Jatuhnya Pak Lah kerana Khairi
Jatuhnya Najib kerana isteri
Itu antara analisis para pengkaji
Bukan saja pakatan yang benci
Tapi dari kalangan ahli sendiri
Tak nak cakap nanti kecik hati
Lihat saja jawapan abang Nazri
Kepada soalan YB Sungai Petani
Dalam isu panggilan First Lady
Tidak ada asas kukuh yang diberi
Katanya itu gelaran tak rasmi
Penuh muslihat dan manipulasi
Zuraidah kata itu hak permaisuri

Bila MAZA tulis pasal Tun Siti
Bagaimana tingginya budi pekerti
Bersifat keibuan dan motherly
Tak campur tangan tugas suami
Bukan gila cari publisiti
Tak terlibat dengan cerita misteri
Banyak masa habis buat charity
Melalui persatuan seperti Bakti
Tak terlibat fashion show luarnegeri
Tak berjalan keluar sendiri-sendiri
Muka pun nampak berseri-seri
Ini cuma title aja Datin Seri
Tak sombong dan bangga diri
Walaupun Tun belajar tinggi
Ada orang yang tak puas hati
Talipon kawan kita Dr. Asri
Apa pasal tulis macam perli
Nasib baik dah tak jadi mufti
Rasa pedas sebab makan cili
Marah macam gempabumi
Ombak naik macam tsunami
Apa pasal boleh jadi begini
Climate change dan green technology!!!!

http://drmaza.com/home/?p=1195

Monday, March 14, 2011

Bocor Lagi II

Di mana bocor lagi
Adakah di parlimen lobby
Atau di Dewan Undangan Negeri
Hujan lebat ke pagi tadi
Kalau bocor taruh lah baldi
Yang ketiak masam boleh mandi
Asyik bocor aja macam mana ni
Ada hajat nak bina reaktor TNB
Bumbung stadium pun collapse suddenly
Reaktor nuklear lagi tinggi teknoloji

Jadi apa yang bocor lagi
Rupa-rupanya bocor DPP
Kes apa lagi kalau tak sodomi
Anwar lawan SetPol Bukari
Karpal mengamuk pagi tadi
Afidafit bocor dan demonstrasi
Affidafit itu disebut dalam NST
Mahkamah belum mulakan sessi
So who leaked the informasi
Dont they signed Aku Janji
Aku janji kerja sama menteri
Election sudah mau mari
Imej Anwar mesti dicalari
BeEnd want to ensure victory
Then demo lead by Beraghim Ali
Very timely and coincidently
Minta Nana Non serahkan air mani
Ish ish apa hal dia orang ni
Tak malu kat orang luar negeri
Orang sudah muak cerita basi
Kali ni election gua tak mau undi
Sebab apa gua tak mau pergi
Gua sudah tak percaya lagi
Tipu dan tipu gua sudah benci
At the expense of taxpayers money
Satu lagi projek Bik Nanny
Sebab climate change dan green technology!!!!

Wednesday, March 09, 2011

Bila Mau Potong?

Kerajaan nak potong subsidi
Sebab takut jadi bankrapsi
Gula tepung dan bahan api
Semua dijangka naik lagi
Maka berlakulah inflasi
Walaupun dijamin Saberi
RON95 tak akan naik lagi
Sapa percaya janji menteri
Siakap senohong ikan duri
Pandai bohong jadilah menteri
Nanti bila naik salahkan Gadafi
Gadafi pun tunggu nak mati
Askar dah habis kepung Tripoli
Entah dia dah lari pi Saudi
Apa pun balik cerita dalam negeri
Rakyat terus diancam hilang rezeki
Kais pagi makan pagi
Bila hujung bulan dapat gaji
Habis bayar sewa habis bayar ceti
Hidup tertekan ramai bunuh diri
Hutang ceti dibawa mati
Itu sebab jenayah semakin menjadi
Curi telor ayam dan curi coli
Tak senonoh tapi itu yang terjadi
Kita perlu ramai pakar psikitari
Sebab ramai stress dan gila babi

TokJib suruh belanja berhemah
Nasihatkan kurang belanja rumah
Cara hidup lifestyle kena ubah
Dulu makan di restoran Minah
Kini makan di warung kak Jah
Dulu naik kereta mewah
Kini hanya Bas Mini Wilayah
Dulu pakai pasca bayar talian mudah
Kini kena tukar pakai fon murah
Dulu kalau order gulai ikan kelah
Kini kena makan ikan sebelah
Nasi pun kurangkan setengah
Sebab pemimpin suruh berhemah
Namun lihat adakah mereka berhemah
Berbilion bilion bina istana mewah
Tengoklah isteri dia kak Mah
Shopping di London dan Timur Tengah
Masjid India Jalan Tunku tak main lah
Sebab tu baru ni dia dapat anugerah
Itulah model ETP engkau terus payah
Berbilion wang haram yang dipindah
Disuruhnya berhemah apa ke jadah
Suruh berhemah tapi masih makan rasuah
Suruh berhemah tapi tiris dan tidak amanah
Lapuran Ketua Audit Negara dibakulsampah
Yang menyeleweng bebas tidak bersalah
Rakyat marhaen merana dan parah
Wang gaji cukup untuk belanja sekolah
Ramai dok berdoa YB dia jadi arwah
Bila byelection dapatlah angpau merah
Kononnya kerajaan prihatin orang susah
Jamil pun lulus serta-merta bantuan qaryah
Ada yang naik heli sebab dia isteri solehah
Laki dia suruh dia tak boleh engkar perintah
Itulah cerita di negeri Antah Berantah.

Monday, March 07, 2011

Raja Gelek, Raja Katak dan Raja Kotak

BN menang dengan sorak
Seminggu kempen bagai nak rak
Bawa turun Raja Gelek dan Raja Katak
Tidak ketinggalan juara Raja Kotak
Tak cukup tu bawa anak dara paling galak
Londeh habis abang Anwar dan kakak
Pokcik di Felda ada nangis ada yang gelak
Chermen Felda janji imbuhan yang tertunggak
Pencacai-cacai pun sebok dok membedak-bedak
Kalau tak ada upah macam mana nak gerak
Memang ramai kempen termasuk Persatuan Mamak
Sediakan nasi kandar dan teh tarik kurang lemak
Beruntunglah Kerdau dan Merlimau rezeki banyak
Agensi kerajaan diguna tanpa malu tanpa syak
Duit pembayar cukai disalur menteri ke banyak pihak
Seolah-olah menteri tu seorang pemurah dan warak
Oleh itu yang menang bukan benar-benar layak
Yang menang itu punyai Wang dan Jentolak
Kalau tak pangkah alamat bantuan ditolak
Kalau tak pangkah minta apa pun dia buat pekak
Si cikgu yang tak pangkah kena hantar ke Sarawak
Ini politik yang memualkan dan cetek otak
Lihat sepanduk yang menggambarkan seorang ulamak
Sanggup menghina Tok Guru diliwat macam budak
Hentikan ini sebelum anak-anak muda naik muak
Dengan kelakuan orang tua-tua yang macam budak-budak
Kenapa muka saya muka penipu ka wahai adik kakak
Saya isteri yang soleh kata seorang isteri di khalayak
Aku tak tahu nak menangis atau nak gelak!