Selepas berakhirnya puasa Ramadan
Raya disambut penuh kemeriahan
Bertakbir bertahmid kepada Tuhan
Berjaya kita mengekang syaitan
Disiang hari kita berpuasa tak makan
Dimalam hari bertaraweh dan baca Quran
10 malam terakhir kita lakukan pecutan
Mencari Lalilatul Qadr itulah tujuan
Kita harap dapat puasa lagi tahun depan
Sedih juga untuk meninggalkan Ramadan
Namun lagi sedih bila Shawal menjelma
Bukan sedih kerana terpaksa bekerja
Atau tidak dapat beraya bersama keluarga
Tapi sedih sebab maksiat berleluasa
Walaupun baru habis sebulan berpuasa
Perangai macam budak habis periksa
Buku tak mau tengok nak enjoy giler
Artis-artis kita sudah meloncat terkinja-kinja
Hiburan bermula selepas sembahyang raya
TV istiharkan kita raya sebulan lamanya
Mufti mana pula keluarkan fatwa
Aidil Fitri cuma diraya cuma sehari saja
Tak ada raya kedua ketiga atau seterusnya
Aidil fitri tidak sama macam Aidil Adha
Ada yang lakukan syirik semasa raya
Menziarahi keramat atau dato koya
Menyembah keramat serta memuja-muja
Ini jelas melanggar aqidah agama
Majlis Agama diam diri tak buat apa-apa
Itu sebabnya ajaran sesat berleluasa
Sehingga ada yang mati nak tebus dosa
Apa nak jadi dengan orang kita
Senang sangat dan mudah percaya
Mengaku wali dan nabi sudah biasa
Wahai tuan-tuan dan puan-puan
Tiada hadis kata raya sebulan
Itu hadis Melayu hadis rekaan
Jangan ia dijadikan ikutan
Semoga ianya menjadi panduan
Keris Silau
8 Oktober 2008
Wednesday, October 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
Nak tanya sikit? Dr. Asri tu belajar berpuisi daripada tuan ke? Sedap juga bunyi nyer.
Tuan Keris Silau,
Depa sambut raya sebulan mungkin kerana nak bagi 'balance' dengan posa sebulan. Kalau tak balance susah jugak, tampang.
Tu yang posa sebulan. Macam mana pulak yang posa tak cukup sebulan tapi sambut raya sakan...ramai jugak.
Posa enam macam mana pulak ?
Orang Lama
Kelawai
Post a Comment